Pages

Thursday 18 April 2013

HOTTEST!!! PENDUDUK BANDAR TUN RAZAK MENGAMUK. KHALID DIAM DIAM MANJA..





Saya yakin lebih sejuta rakyat Malaysia sudah menonton laporan berita di Buletin Utama memaparkan kemarahan penduduk pangsapuri di Bandar Tun Razak yang menghadapi masalah gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.

Kalau rasa terlepas laporan di TV3 itu, sila tonton rakaman youtube Buletin Utama di pautan ini (http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/10_000_Penduduk_Selangor_Derita_Tanpa_Air.html) atau sila tonton berita RTM1 di bawah…


Sudah tonton dah kenal pasti masalah rakyat di Bandar Tun Razak itu? Siapa Ahli Parlimen Bandar Tun Razak? Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim yang merupakan Menteri Besar paling gagal dalam sejarah negeri Selangor!

Bayangkan dan cuba letakkan diri isteri, anak perempuan atau saudara perempuan anda di tempat kakak-kakak kita yang mengamuk sakan di pangsapuri terbabit, apa anda rasa? Marah? Bengang? Kecewa? Atau memang nak humban Khalid dalam Sungai Klang?

Bukan sekali kawasan itu dilanda masalah air yang menyusahkan rakyat, malah gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini merupakan kali kedua para penduduk di situ terseksa dengan kerenah Menteri Besar yang tak tahu buat kerja itu.

Malah penduduk yang sebelum ini mengundi Khalid mendakwa bahawa Menteri Besar itu langsung tidak turun padang ketika mereka dilanda masalah air pada kali pertama, dan kali kedua pun tidak nampak langsung batang hidungnya.

Mana perginya tanggungjawab seorang Ahli Parlimen dan Menteri Besar yang sedang digalas Khalid? Kuasa ditangannya selama lima tahun. Dia boleh menyelesaikan masalah itu sekelip mata sekiranya dia mahu. Tapi kenapa dia tak buat begitu?

Itupun Khalid ada hati lagi merayu pada rakyat Selangor untuk memilihnya pada PRU ke-13 ini? Sudah lima tahun dia diberi peluang, tapi dia sia-siakan rakyat yang memilihnya pada PRU yang lepas. Peluang apa lagi yang dia mahukan? Peluang untuk seksa rakyat untuk lima tahun lagi?

Dalam kenyataan Khalid di Twitternya baru-baru ini, dia didakwa berkata…

“Ramai yang pertikaikan kenapa saya berpindah ke DUN Pelabuhan Klang, ini adalah politik. Kita perlu pindah bila pengundi dah tak suka.”

Malah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah pun dalam kenyataannya mengenai Khalid membayangkan Menteri Besar itu tidak akan dilantik semula ke jawatan yang disandangnya itu sekiranya Pakatan Haram menang di Selangor sekali lagi.

Nampak sangat Khalid bukan saja tidak mengambil tahu tentang rakyat di Parlimen Bandar Tun Razak, malah dia memang tak buat kerja di DUN Ijok yang diwakilinya. Mungkin dia sebok berceramah politik setiap masa sehingga lupa pada rakyat yang mengundinya sebelum ini.

Tolonglah Khalid. Masalah air di Selangor bukan masalah politik dan tak payah kaitkan dengan politik, boleh? Ini semua masalah rakyat. Asyik-asyik Khalid salahkan UMNO, salahkan SYABAS yang kononnya syarikat milik UMNO dan sering menuduh Kerajaan Pusat sengaja sabotaj kepimpinannya.

Padahal, satu Selangor tahu bahawa menurut undang-undang, Kerajaan Negeri wajib memastikan rakyat sentiasa menerima bekalan air yang cukup. Siapa Menteri Besar yang mengetuai Kerajaan Negeri Selangor kalau bukan Khalid “Gagap’?

Saya harap Khalid buang jauh-jauh mimpinya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekali lagi. Mungkin dia tersenarai sebagai calon PKR dan bertanding di DUN Pelabuhan Klang nanti, tapi belum tentu dia menang berdasarkan rekod buruknya di DUN Ijok.

Tak habis-habis dengan politik, rakyat juga yang jadi mangsa. Terlalu fanatik mengejar kuasa dan menyalahkan orang lain, rakyat juga yang terpaksa menanggung akibat Khalid yang tak tahu buat kerja. Orang seperti inikah yang layak dipilih rakyat sebagai pemimpin? Fikir sendirilah…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...