Pages

Monday 15 April 2013

SUKAN : JOHOR DT BENAM TERENGGANU DITEMPAT SENDIRI 0-1.


Kalah Di Tangan JDT, Tidak Patahkan Semangat Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 April (Bernama) — Kekalahan 0-1 kepada Johor Darul Takzim (JDT) di tempat sendiri dalam saingan Liga Super Jumaat malam, tidak akan mematahkan semangat Terengganu untuk menghadapi pula Negeri Sembilan pada pusingan kedua sukur akhir Piala FA pada Selasa ini.
Malah jurulatih Elavarasan berkata pasukannya akan bangkit untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala FA.

“Semangat kita tidak luntur walaupun kredebiliti kita sedikit tercalar dalam perlawanan Liga Super malam tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terengganu kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dari 12 pasukan.

Ia mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi pada suku akhir pertama minggu lepas.

Elavarasan berkata Terengganu akan segera membaiki segala kelemahan dan kecacatan yang ada bagi menyekat Negeri Sembilan dalam pertemuan itu nanti.

Mengenai kekalahan kepada JDT malam tadi, bekas jurulatih Felda United musim lepas itu berkata Terengganu bukan lemah, sebaliknya mempunyai banyak peluang yang dipersia-siakan.

Justeru itu, beliau berkata Terengganu akan memberikan tumpuan bagi mempertajamkan bahagian serangan supaya kelemahan itu tidak berulang ketika bertemu Negeri Sembilan.

“Kita kena baiki secepat mungkin segala kelemahan bagi memastikan kita berada di kedudukan terbaik sebelum tirai Liga Super dilabuhkan,” katanya.

Sumber suaragenerasibaru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...