Pages

Tuesday 2 April 2013

TERHANGAT !!! AKU YAKIN RAMAI BEBUDAK PAS TAK TAHU KEBENARAN ISU MEMALI. BONGKAR!!!



Aku betul-betul yakin ramai bebudak hingusan PAS yang tak tahu pasal isu Memali yang sebenarnya. Ramai budak-budak PAS ni belum lahir pun masa peristiwa berdarah ni berlaku kat Baling pada tahun 1985.

Kalau depa tahu cerita pun, semuanya diceritakan oleh puak-puak PAS yang mereka-reka cerita versi tipu untuk lindung kejijikan dalaman parti tu. Tak betul tu. Pemimpin PAS yang baru-baru pun tak tahu cerita sebenar. Mungkin depa dok belajar kat oversea terima tajaan Kerajaan BN time tu...

Cuba dapatkan cerita dari orang yang betul-betul rasional dan atas pagar, aku yakin depa tak tipu dan ceritanya tepat sebagaimana yang dilaporkan kerajaan sebelum ni...

Masa tu, aku dah ada kat Kedah. Arwah ayah aku siap bawak aku pegi Memali, tengok apa yang berlaku. Tapi kami pegi lepas tragedi tu berlaku la... Nak mati ke pegi situ time diorang tengah berperang... Maklum la..arwah ayah aku memang PAS tulen.. Bukan macam PAS sekarang ni...

Aku masih ingat lagi time tu.. kami pegi Memali naik kereta berempat. Penuh satu kereta ikut sekali konvoi Arwah Ustaz Fadhil Noor... Meh sini aku cerita...

Kami sampai Memali. Aku ingat, aku pernah jumpa bapa Ustaz Ibrahim Libya ni dulu. Cuma masa tu dia separuh umur, tak tua sangat macam sekarang ni. Tapi kami takde la ambik gambar bapa Ustaz Ibrahim Libya time tu.. dan Ustaz Fadhil berbincang dengan para pemimpin PAS kat situ.

Bapa Ustaz Ibrahim Libya dah cerita kat depa semua apa yang berlaku. Tapi, PAS time tu ambik keputusan untuk bela arwah Ustaz Ibrahim Libya atas alasan "NAK DAPATKAN MILEAGE POLITIK"...

Tapi Kerajaan masa tu diperintah oleh Tun M. Tun M bijak berdiplomasi dan berunding untuk settle semua masalah tu. Lepas berbincang, waris-waris mangsa Memali tu dapat pampasan berpuluh ribu... Semua puas hati.. Lagi pun, memang betul pun geng Ustaz Ibrahim Libya melampau time tu...

PAS cuba ambik kesempatan. Depa tubuh tabung Memali. Tapi macam kata Cikgu Non yang jaga tabung tu dulu, hampir semua dana Tabung Memali tu di seleweng oleh "tangan-tangan ghaib" dalam PAS, khususnya Mat Sabun...

Jadi, aku ucap terima kasih la kat kawan-kawan UMB aku yang up balik cerita asal pasal Memali ni.

Memang betul Ustaz Ibrahim dihantar ke Libya, Mat Sabu dihantar ke Iran, Muhammad Daud ke Iraq dan anak Pok Nik Ajis ke Selatan Thai...Dan untuk pengetahuan korang, semua ni boleh dikatakan pusat gerakan SYI'AH..!!!

Nasihat aku kepada budak-budak PAS ni supaya tengok video ni sampai habis. Nanti keluar yang Part II nanti, aku akan siarkan lagi... Tengok yang ni dulu... Lepas tengok, baca pulak fakta ni (click kat sini..) Gerenti faham...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...