Pages

Wednesday 17 April 2013

HOTTEST!! KRISIS AIR SELANGOR : AZMIN SALAHKAN KHALID



Menjelang PRU13 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Azmin terus menyerang seteru utama beliau, Khalid Gagap kerana menyelesaikan isu air di Selangor khususnya di Gombak. Bagi Azmin, Khalid perlu bertanggungjawab isu gangguan bekalan air yang sedang melanda Gombak sekarang ini.



Azmin mendesak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang dikelolakan oleh Khalid dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mana kerajaan negeri Selangor turut mempunyai share selaku pihak bertanggungjawab mempercepatkan tindakan penyelesaian.

Tindakan yang dilakukan oleh Azmin adalah sangat tepat kerana kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid telah menghalang pembinaan Projek Loji Rawatan Air Sungat Langat 2. Khalid dengan bangga menyatakan Projek Langat 2 tidak perlu disegerakan kerana bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

Khalid melalui exconya, Ronnie Liu telah melawat kesemua empaangan di selangor untuk meyakinkan penduduk, negeri Selangor tidak mungkin berhadapan dengan krisis air. Semua empangan penuh katanya. Khalid pula kata air di selangor terlalu banyak sehingga banjir.

Tetapi apabila secara tiba-tiba paras air di Empangan Sungai Selangor menyusut secara mendadak, Khalid kelam-kabut mengumumkan akan melaksanakan proses pembenihan awan untuk meningkatkan paras air.

Bertambah parah lagi, beberapa logi dan rumah pam yang sedang beroperasi dan memproses air rawatan melebihi kapasiti maksimum telah rosak sehingga menyebabkan bekalan air terputus di beberapa kawasan.

Tapi Khalid masih lagi egonya tidak mahu meneruskan projek Langat 2. Tidak cukup dengan itu, Khalid Gagap dengan angkuh menolak tawaran kerajaan Negeri Sembilan yang bersedia membantu dengan membekalkan air terawat kepara rakyat Selangor.

Bagi mereka yang tidak ada otak, mereka akan menyalahkan kerajaan pusat berikutan krisis air yang semakin kritikal di Selangor ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Khalid mencadangkan suapaya rakyat Selangor minum air lombong. Kata Khalid, kos rawatan air bekas lombong adalah lebih murah dari projek Langat 2. Persoalannya sanggupkah kita minum air lombong. Tentu tidak. Cadangan Khalid itu dikritik hebat oleh rakyat.

Untuk menjaga egonya, Khalid mencadangkan alternatif lain iaitu menggunakan teknologi membran. Tetapi teknologi membran walupun teknologi moden, ianya tidak dapat mengeluarkan air terawat dalam skala besar dan bukan penyelesaian jangka masa panjang.

Khalid ini cakap tak guna otak. Dia men sebut jer apa yang terlintas kat kepala tanpa fikir implikasinya. Jika semua hendak tahu, Khalid TIDAK membuat sebarang KAJIAN atau USAHA untuk memastikan rakyat Selangor mendapat air yang bersih. Apa yang dilakukan hanya janji-janji yang sedap didengar sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...