Pages

Monday 29 April 2013

WAJIB BACA!!! LETUPAN BOM : LANGKAH AWAL PR CETUS 'MALAYSIA SPRING'




Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal dua hari lepas seharusnya membuka mata semua, bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan ‘Malaysia Spring’ iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar. Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah, kini wajar memikirkan semula perkara ini.

Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat ‘Arab Spring’, malah seruan ke arah ‘Dataran Tahrir’ juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri. Antara yang terakam ialah:

1. Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut, “’Malaysian Spring’ sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil”. Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring.

2. Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata, “Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi, hak untuk membangkang dan hak kebebasan. Dalam hal ini, ‘Arab Spring’, khasnya, adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam. Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi.”

3. Pada 15 April 2013, dalam satu wawancara dengan US Business Channel, CNBC, Anwar sekali lagi menyebut mengenai ‘Arab Spring’ namun dalam nada yang agak ‘ringan’, katanya, “Apa yang kita perlukan ialah pentadbiran yang baik bagi mengukuhkan institusi demokrasi. Peralihan dalam demokrasi adalah melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan dengan Timur Tengah atau ‘Arab Spring’”. Jelas, Anwar agak ‘cuak’ dan lebih berhati-hati akhir-akhir ini dalam memperkatakan semangat ‘Arab Spring’ yang sebelum ini begitu giat disemarakkannya di kalangan pengikut-pengikutnya.

Namun, menyaksikan keganasan yang berlaku di sana sini, pergaduhan sehingga ada yang membawa maut, penemuan berbagai jenis senjata di kalangan pekerja pilihanraya pembangkang di Pulau Pinang oleh polis, termasuk kejadian letupan bom membuktikan bahawa Anwar bukan berjenaka atau berkias.

Bukti juga boleh dilihat melalui siri demonstrasi-demonstrasi yang didalangi PR selama ini. Apa yang mengecewakan Anwar ialah ‘Malaysia Spring’ masih lagi gagal dilaksanakan kerana peserta tidak seramai yang dijangka, dan mereka-mereka yang sanggup mengganas pula tidaklah seramai mana.

Berdasarkan kenyataan Anwar sendiri serta rentetan demonstrasi yang didalanginya, maka tiada sebab bagi penyokong pembangkang untuk terus menafikan niat sebenar pemimpin mereka iaitu untuk melihat Malaysia bermandi darah dan hancur lebur. Tidak perlu menidakkan hakikat ini kerana seruan ‘Dataran Tahrir’ dan ‘Arab Spring’ itu sendiri sudah cukup menjelaskan senario yang diinginkan mereka.

Justeru, sebelum penyokong pembangkang membiarkan diri terbakar dek emosi bencikan kerajaan, wajarlah terlebih dahulu merenung nasib yang menimpa rakyat Mesir sesudah ‘Dataran Tahrir’. Dataran Tahrir bukan sahaja menyaksikan ramai yang terkorban, tercedera, hilang tempat tinggal, tempat kerja tetapi juga ekonomi negara terus merudum, pengangguran meningkat berkali ganda dan perniagaan lingkup. Rakyat Mesir kini secara terbuka menyatakan kekesalan apabila kerajaan baru ternyata lebih ‘tertutup’ dari yang sebelumnya malah sehingga ke hari ini masih belum mampu memulihkan keadaan.

Hakikatnya, tiada satu pun negara-negara Arab yang melalui ‘Arab Spring’ yang memperlihatkan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Maka, Malaysia tidak perlulah melalui nasib yang sama semata-mata untuk membantu Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...