Pages

Wednesday 10 April 2013

PANAS!! AMIGA JADI SETAN BISU, ISU CEC DAP.









POLITIK


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga umpama “syaitan bisu” yang terkedu dan tidak mampu bersuara apabila tidak konsisten dalam memperjuangkan pilihan raya yang bebas serta adil kerana terus berdiam diri dalam isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP hujung tahun lalu.



Setelah mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara dengan perhimpunan Bersih, Ambiga memilih untuk mendiamkan diri apabila berhadapan dengan isu pemilihan CEC itu meskipun didakwa terdapat kira-kira 700 perwakilan yang dinafikan hak mengundi.

Sedangkan pemilihan CEC yang berlangsung itu juga mendapat pelbagai aduan seperti penipuan dalam proses pengundian, manipulasi undi dan perwakilan haram.

Beliau yang kononnya memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihan raya seharusnya mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat dan bertindak untuk menentang DAP.

Keputusan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 itu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, dan jawatankuasa lama juga banyak yang kekal.

Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjadualan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari sebagai salah seorang anggota CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong. Beberapa ahli parti pula bertindak membuat aduan kepada ROS berikutan kebimbangan mereka terdapat unsur manipulasi dalam keputusan itu.

Jelas di sini membuktikan Ambiga bukanlah memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih sebaliknya berjuang untuk pembangkang atas nama NGO yang dibiayai dana asing demi menghuru-harakan negara.

Isu pemilihan CEC DAP itu juga langsung tidak disentuhnya, sebaliknya mencari kesalahan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR), walaupun badan pengendali pilihan raya itu telah membuat penjelasan berkali-kali.

Kenapa Ambiga tidak menganjurkan demonstrasi Bersih terhadap DAP seperti yang dianjurkannya terhadap SPR dahulu?

Terbukti perjuangan Ambiga hanyalah sekadar memenuhi tuntutan sesetengah pihak yang mahu menggunakan sirinya sebagai pencetus huru-hara dan keganasan di negara ini.

Malah, lebih mengejutkan, Pakatan Rakyat juga telah berikrar sekiranya mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum 13 nanti, mereka akan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran kerana mendakwa sistem pilihan raya tidak adil.

Tidak pula disebut tentang kejayaan mereka menawan lima negeri dan kekal berkuasa di Kelantan, sedangkan jika pilihan raya itu satu penipuan, sudah pasti tidak seinci pun negeri-negeri di Malaysia ini akan dapat ditawan mereka.

Amat menyedihkan, kenyataan-kenyataan Ambiga dan pemimpin pembangkang dipercayai bulat-bulat oleh pengikut yang telah diperbodohkan mereka.

Ambiga seharusnya mengambil tindakan sama terhadap DAP seperti mana dilakukannya terhadap SPR.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak, itulah sikap Ambiga yang sebenar apabila membutakan dirinya mengenai penipuan yang wujud dalam pemilihan CEC tempoh hari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...