Pages

Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts
Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts

Monday, 20 May 2013

MARI KITA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KARPAL SINGH!!!




Setelah KArpal bersuara ..baru lah nampak ketegasan dan nampak sedikit kedaulatan undang2 kita dipertahankan.

Dulu ni..berbuih2 Sultan2 Melayu bertitah!! Beribu2 report polis..beribu2 keluhan.

Najib tak kata apa pun..Arwah Menteri Dalam Negeri sibuk ngan AMARANNYA..Polis masa tu sibuk nak baca ratus2 report dan nak kaji report2 tu lama gak ler...polis Singapore, malam ni buat ..esok terus je cekup. Polis Malaysia dah brpuluh2 amaran dan nasihat..dari perhimpunan di Kelana Jaya, selamba je teruskan beberapa himpunan lagi..kemudian banyak ler laporan polis, polis Malaysia pulak baru buka kertas siasatan..

Datok Najib..sonyap je!! Dulu dalam TV berkobar2 kabor nak pertahankan kedaulatan tanah ini walaupun seinci!!
Kedaulatan undang2 tak yah pertahankan ke? takkan dah bergolek2 mayat atas jalan macam bergolek2 mayat di Lahad Datu..baru nak kabor akan pertahankan kedaulatan undang2 walaupun 1 inci!!??

P Ramlee nak buat citer dalam Anakku Sazali..nak displin masa kecil..jgn sampai dah besar panjang baru nak displinkan..terlalu banyak kerosakan nanti!!

Bila Karpal berbunyi...aku musykil gak sebenarnya ..sejak PRU 12 lagi, sebenar2nya yg merintah Malaysia ni BN ke sapa?
Kalau aduan dari pihak DAP..segera bertindak, tak yah buka kertas siasatan lagi!! Bila DAP komplen mereka dilayan macam Anjing dan diberi makan makanan yg sesuai utk anjing..deras je siasat.

Bila terkeluar gambar bogel pompuan "CINA" didalam penjara ..DAP ngamuk, segera je siasatan..DAP maki hamun dalam surat kabor..mengelupur PM masa tu ngan polis2.
Tapi setelah didapati bukan "CINA"..tak de sapa dari kerajaan BN dan pihak polis menuntut pempin2 DAP untuk minta maap secara terbuka..atau saman kerana secara tak langsung membuat kekecohan dan perasaan tidak tenteram dikalangan rakyat..

Wahai tuan...tuan telah diberikan kuasa pemerintahan..Merintahlah!! Tuan2 bukannya orang2 berniaga yg mana customer always right!!

Berat nak cakap ni..contohi ler LIM GUAN ENG, LIM KIT SIANG, TERESA KOK, KARPAL, NGEH, TONY PUA, RONNIE LIu...kalau silap cam ner pun, mereka buat muka basi je!! ada dorang kisah ngan polis, ngan Sultan, ngan PM Malaysia, ngan Menteri KDN...dorang kisah apa yg mereka kisahkan je.

Contoh dalam BN..Tun M je..tapi Tun M ni Melayu, biasanya melayu2 ni tak berapa suka nak follow..
cam Melayu2 PAS ler..selepas Nik Aziz, Lim Guan Eng ler idola dan icon mereka!!

Tun M..jika ikut nak popular, dicium tangan dan dipuji pasti Anwar tu hari tak dipecatnya. Undang2 ialah undang2..walaupun beliau dimaki hamun, beliau tidak berganjak...demi agama, bangsa dan negara!! Allah swt tetap berikan 2/3 majoriti walaupun ada dalam UMNO sendiri mengharapkan beliau tergolek dog!!

Tengok ler Najib...memang popular!! mana2 orang tunjuk 1 jari..semua orang senyum depan dia..tak de kekerasan..tak de ketegasan..penuh kasih sayang..penuh harapan yg rakyat akan sayang kembali padanya!!
Nah ambik!!..

PM bukannya artis..bukannya ulamak..untuk disanjung dan dipuja!! PM ialah pemerintah yg dihormati dan disegani..PM tak hidup dalam glamor macam artis..atau pun disujud sembah macam sesetengah ulamak ..

Bukannya suruh jadi zalim dan kejam...tapi tegakkan kedaulatan undang2 !! Dah usahlah hanya berani ngan yg halus2 je..
mana2 pempin pertikaikan kedaulatan Raja2 Melayu, hak2 keistimewaan orang2 Melayu, Islam agama resmi..walaupun dalam Parlimen..secara auto kerakyatannya akan ditarik..tak perlu buka kertas siasatan atau ambil kenyataan..ada je statement semada sms, tweet, penulisan, percakapan..secara auto.

Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan sama lah ngan kedaulatan tanah Tanah Melayu ini..jika kabor tak redha lihat tanah Tanah Melayu ni dicemar walaupun 1 inci..gitu juga Perlembagaan Persekutuan, kerana tu lah pokok yg menaung perpaduan di Tanah melayu ni..

PM ialah yg bertanggungjawab..bukan KArpal tu PM, bukan Teresa Kok, bukan LGE atau LKS..

Tapi mungkin gak...PM kita sebenarnya ialah Karpal!! Selamba je dia kabor Singh is The King!!

Sumber theflyingkick

Monday, 29 April 2013

PANAS !!! HUDUD TAK SESUAI - KHALID IBRAHIM


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memecahkan tembelang parti PKR apabila membuat kenyataan menolak Hudud yang dibawa PAS, dengan alasan dalam keadaan sekarang ia tidak membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan.



Sedang pada sebelum ini serin mendakwa bahawa PAS berjuang untuk menegakkan hukum Islam namun seperti kebiasaanya rakan sekutu mereka dari parti komponen pakatan pembangkang, PKR dan DAP tetap bertegas dan tak henti-henti menolak pelaksanaan hukum itu.

Umpama orang yang bertepuk sebelah tangan, apabila Khalid bertegas mengatakan walaupun Hudud diterima sebagai salah satu prinsip pentadbiran Islam, namun Perlembagaan Persekutuan tidak akan membenarkannya. Apatah lagi ingin dilaksanakan bagi menghormati rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas masyarakat.

“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam.

“Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid ketika ditanya oleh pihak wartawan semalam.

Bagi PAS untuk melaksanakan Hudud, mereka perlu melutut kepada PKR dan DAP kerana PAS tiada suara dalam PR. Mereka tidak akan menjadi parti utama dalam PR, peranan yang dimainkan hanya cukup sekadar sebagai pemerhati dan dijadikan alat dan kuda tunggangan semua pihak yang berkepentingan.

Pelaksanaan hukum Hudud telah diperjuangkan oleh PAS sebelum ini semenjak parti tersebut ditubuhkan. Setelah bersama PR, PAS tidak lagi mengangkat hukum Hudud sebagai isu utama dan lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Jingga dikeluarkan oleh pakatan tersebut.

Datuk Dr Haron Din bagaimanapun yakin rakan PR akan menerima undang-undang hudud kerana DAP sanggup bertanding menggunakan simbol PAS jika simbol roket mereka tidak dibenarkan.

Lebih malang bila Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh turut menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.

Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Karpal sekali lagi menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.

“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk,” ujarnya.

Kesimpulannya, Pas sebenarnya sedar bahawa selagi bersama dengan DAP dan PKR adalah musthil untuk mereka mengangkat ‘Hudud ala Pas’ di Malaysia. Namun atas faktor kuasa dan pangkat ia terpaksa dilakukan demi menipu pengundi bahawa Pas tetap memperjuangkan Islam, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Sunday, 14 April 2013

BONGKAR!! ANDA PERLUKAN PEMIMPIN YG BERGELUT ISU MORAL, UNDILAH PR??!!



 

Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap.

Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah.

Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit.

Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Mohd Najib.

Pada pilihan raya ini, Datuk Seri Najib akan meminta rakyat untuk memberi mandat yyang besar kepada beliau berdasarkan kepada sukses, ‘track record’ serta pencapaian yang yang telah ditempa selama empat tahun memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara.

Datuk Seri Najib menerima mandat daripada perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah dan PRU ke 13 merupakan pilihan raya negara pertama beliau menerajui sebagai ketua kerajaan.

Ketika kerajaan Barisan Nasional menawarkan Aku Janji kepada rakyat untuk meneruskan tradisi membela serta memperjuangkan nasib rakyat tidak mengira kaum, agama atau warna kulit, pihak pembangkang juga menghidangkan manifestonya yang penuh dengan janji-janji manis.

Berbeza dengan BN yang mampu berbangga dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang selama hampir enam dekad, pembangkang yang menamai mereka sebagai Pakatan Rakyat belum pernah terserlah kemampuan dan bukti mereka mentadbir sebuah negara yang kompleks dan majmuk seperti Malaysia.

Jika berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang hanya berjaya melunaskan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji dalam manisfesto pilihan raya umum 2008, maka manisfesto yang ditawarkan kali ini sudah semestinya disangsi dan diragui rakyat.

Jika setakat mentadbir beberapa buah negeri pembangkang sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbagai rupa, bentuk dan kerumitannya serta membawa arus pembangunan yang sangat didahagakan terutamanya oleh segmen masyarakat miskin dan daif, bagaimana pula mahu memerintah sebuah negara yang lebih luas, kompleks dan penuh dengan rencam cabaran dan dugaan?

Jika pembangkang dilihat tidak mampu merealisasikan janji-janji dalam manifestonya begitu juga kepimpinan yang mahu ditawarkan untuk memimpin Malaysia.

Datuk Seri Najib berjanji akan mencalonkan sekurang-kurangnya 40 peratus muka baru yang lebih muda, keterampilan yang hebat, professional dan komited untuk membela rakyat.

BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi.

Di dalam aspek ini pembangkang amat ketinggalan sekali.

Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim akan mencecah 67 tahun dan bukanlah calon utama pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana Pas sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat masih sepenuhnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri malah telah mencadangkan presidennya Andul Hadi Awang kepada jawatan itu.

Walaupun Anwar dilihat sebagai tokoh pembangkang paling laak untuk diketengahkan sebagai calon PM namun faktor lain menidakkan pula keserasian beliau kepada jawatan itu.

Beliau pernah menjadi orang nombor dua di bawah Tun Dr Mahathir, menteri kewangan selama lapan tahun serta menduduki jawatan timbalan presiden dalam UMNO.

Jika Anwar pernah mengatakan kepada pelapis-pelapis semasa mengetahui Abim dahulu bahawa seorang pemimpin itu harus bersih dan nampak bersih.

Di sini Anwar kecundang dalam penilaian kesesuaiannya sebagai PM.

Walaupun bijak berbicara, pandai berbahas, ada sifat kepimpinan tetapi pelakunya buruk dan jijik.

Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya.

Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri, Anwar tetap menafikannya.

Perilaku Anwwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral.

Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.

Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat, Eropah malah di Singapura juga.

Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit.

Walaupun mempunyai ‘creditial’ agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal, Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.

Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya, Mustafa Ali.

Jadi sebenarnya Mustafa lah de facto menteri besar yang sebenarnya dan bukannya Abdul Hadi.

Beliau juga takut kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan sentiasa akur kepada kehendak pemimpin veteran itu.

Jika Abdul Hadi menjadi PM, bukan beliau yang berkuasa tetapi Nik Aziz yang akan membuat semua keputusan penting bagi pihaknya.

Dalam Dap, barisan pimpinannya tidak banyak berubah sejak era tahun 1960an.

Umpamanya Lim Kit Siang masih terus menjadi pemimpin yang memegang kuasa sebenar di dalam Dap sejak 1969 bila mana parti-parti politik lain sudah banyak kali berganti pemimpin.

Monday, 8 April 2013

GEMPAR !!! KALAU SEBAB KEISHATAN NIK AZIK KARPAL SINGH LAGI SAKIT - AZIZAN




Tindakan kerajaan PAS Kedah mengutuk pentadbiran kerajaan PKR Selangor telah menunjukkan kita dengan jelas tiada keserasian di dalam Pakatan haram ini. Kedah yang diterajui Ustaz Azizan nampak begitu takut dengan angin perubahan yang berlaku di Kedah sehingga terpaksa mengkritik kerajaan Selangor untuk mengalihkan perhatian masalah-masalah yang melanda di negeri itu sepanjang lima tahun pemerintahan PAS.



Banyak masalah yang tidak mampu diselesaikan sehingga menyebabkan kerajaan negeri Kedah tidak berani menjanjikan apa-apa untuk untuk pilihan raya akan datang.

Sebaliknya Azizan terpaksa bekerja keras dengan memberi perhatian khusus ke atas usaha menunaikan janji-janji lama yang gagal ditepati spanjang pemerintahan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan…mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar.

“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni,” kata Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Gagap.

Azizan baru-baru ini teruk dikritik kerana menipu telah membina sebanyak 12 buah masjid dan dengan bangga meletakkannya di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’. Kalau sayang dengan Kedah kenapa sanggup nak tipu rakyat? Inikah imej Islam yang dibawa oleh PAS? Memalukan.

Akhirnya Azizan akur kerajaan Pakatan tidak mampu menunaikan janji-janji manis mereka sewaktu pilihan raya. Oleh sebab ini, amatlah wajar pemimpin-pemimpin Umno Kedah mengambil iktibar dan membantu rakyat Kedah dari terus ditipu parti Isle itu.

Mereka seharusnya tidak mengutamakan jawatan tetapi bersatu dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU13 nanti.

Malah Tahap kesihatan Azizan yang kerap kali menjadi isu kembali menjadi tumpuan apabila beliau gagal hadir dalam beberapa majlis penting kebelakangan ini. Sebagai contoh pernah satu ketika, Azizan selaku ‘tuan rumah’ tidak muncul pada majlis yang menyasarkan lebih 35,000 tetamu di Seri Mentaloon, kerana dikatakan mengalami masalah kesihatan serius.

Mengenai desakan beberapa pemimpin akar umbi PAS yang mahukan beliau digantikan dengan calon lain pada PRU-13 berikutan masalah kesihatan yang beliau alami, Azizan berkata beliau akan bertanding termasuk mempertahankan DUN Sungai Limau jika diminta pucuk pimpinan parti.

“Kalau orang cakap dah lama, beri orang lain takpe lah. Tapi saya tetap ketuai PAS negeri bersama pakatan pembangkang untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) (pada PRU-13). Saya nak jadi kapten, saya jeneral pilihan raya, tak boleh lemah, kena kuat.

“Kalau masalah kesihatan, Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lagi sakit. (Pengerusi DAP) Karpal Singh naik wheel chair (kerusi roda) terus,” katanya.

Sumber



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...