Pages

Showing posts with label Lim KIt Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim KIt Siang. Show all posts

Monday, 29 April 2013

TERPANAS!!! LIM KIT SIANG TOLAK ANWAR???!! JOM RISIK..



Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri pilihan menunjukkan hubungan kepimpinan dalam pakatan pembangkang yang semakin rapuh.



Kit Siang langsung tidak menyebut Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan ini menunjukkan satu undi DAP bermakna satu undi kepada Pas, mereka hanya mahu menguji reaksi dan penerimaan komuniti Cina terhadap Pas.

Setiap kali isu hukum hudud Pas timbul, Karpal berkeras menolak perkara itu, namun Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP akan cuba menyembunyikan niat sebenar Pas. Kenyataan untuk lantik Anwar jadi Perdana Menteri hanya satu taktik DAP untuk memancing dan memperdaya pengundi.

Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Macam mana ni? Kata Pakatan Rakyat tapi nampaknya masih tak bersepakat lagi nak memilih bakal PM. Perkara ini memberi petunjuk kepada rakyat agar biarlah memilih kerajaan yang benar-benar tegas dan sepakat dalam menerajui parti.

Bukan setakat memilih sesuatu pihak disebabkan populariti atau rasa marah kepada pihak lain. Secara tak langsung ini membuktikan masalah salah laku sosial Anwar menjadi penyebab Kit Siang menolak Anwar sebagai PM PR.

Hakikat itu menunjukkan dalam PR kini wujud tiga nakhoda yang ingin mengemudi sebuah bahtera dan mereka saling bertelagah untuk jawatan tersebut.

Rakyat sudah tentu akan menjadi mangsa kerakusan mereka dannegara sudah pasti akan huru hara apabila kata sepakat antara mereka tidak menunjukkan tali prhubungan yang kukuh sebaliknya bekerjasama atas prinsip “brsetuju untuk tidak bersetuju.”

PAS juga melalui Majlis Syura Ulama dalam satu mensyuarat tertutup sebelum ini didakwa membincangkan perkara berkenaan.

Jika benar pendirian majlis itu menolak Anwar menyandang jawatan tertinggi negara, ini tidak mengejutkan kerana dikatakan memang itu pendirian sebahagian besar pemimpin dan anggota PR

Saturday, 20 April 2013

PANAS!! AHLI DAP MULA BERTINDAK KERANA DINASTI LIM PUNCA PERGOLAKAN DAP.



DAP dikenali sebagai parti anak beranak yang urusan pentadbirannya dijalankan bagai sebuah syarikat swasta persendirian milik keluarga. Itu identitinya yang tak siapa dapat nafikan.

Pendek kata bila sebut saja DAP orang akan teringatkan Dinasti Lim kerana disebabkan jasa dinasti itulah, kini DAP di puncak kegemilangan sehingga mampu menjadi abang besar kepada PAS dan mempunyai orang kanan seperti PKR.

Itu cerita dulu kerana beberapa bulan kebelakangan ini imej Dinasti Lim nampaknya sudah tercalar terutama sekali selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung akhir tahun 2012.

Sana sini wujud kebimbangan ketara di kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang kemungkinan parti itu akan digantung atau diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) gara-gara kemelut penyelewengan semasa pemilihan tempohari.

Lebih dramatik lagi bila timbul dakwaan menyatakan RoS tidak mengiktiraf senarai ahli CEC DAP dari pemilihan itu disebabkan banyak keraguan yang timbul.

Proses pemilihan CEC itu sepatutnya lancar seandainya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta balaci kroninya berpegang teguh pada aspek ketelusan semasa pemilihan itu.

Tapi disebabkan besarnya nafsu untuk menguatkan kedudukan Dinasti Lim, maka berlakulah silap mata di mana kroni Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari tiba-tiba sahaja menduduki tangga ke-20 sebagai ahli CEC yang dipilih.

Zairil atau nama sebenarnya ialah Christopher Ross Lim, 100% darah keturunan Cina, dinaikkan kedudukannya sebagai ahli CEC walau hakikatnya tidak terpilih, semata-mata untuk menonjolkan konon ada juga pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli DAP.

Tambah menimbulkan kecelaruan bila mana seramai 753 orang perwakilan keturunan India sengaja dinafikan hak memilih hanya semata-mata kelompok pemimpin dan perwakilan itu memusuhi Dinasti Lim.

Disebabkan kecelaruan dan penyelewengan yang berlaku akhirnya meletakkan DAP dalam keadaan tersepit berdepan dengan siasatan selepas ahli-ahli DAP sendiri membuat laporan kepada ROS kerana meragui ketelusan proses pemilihan CEC DAP.

Dan baru sekarang para pemimpin DAP sibuk menyuarakan kebimbangan mereka kalau-kalau DAP terpaksa digantung atau dikuburkan sebelum atau selepas PRU-13, sudah agak terlambat kerana kerosakan yang berlaku sukar sekali diperbetulkan.

Namun seandainya ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi beban kesalahan itu kelak perlu dipikul oleh Dinasti Lim.

Sunday, 14 April 2013

BONGKAR!! ANDA PERLUKAN PEMIMPIN YG BERGELUT ISU MORAL, UNDILAH PR??!!



 

Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap.

Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah.

Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit.

Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Mohd Najib.

Pada pilihan raya ini, Datuk Seri Najib akan meminta rakyat untuk memberi mandat yyang besar kepada beliau berdasarkan kepada sukses, ‘track record’ serta pencapaian yang yang telah ditempa selama empat tahun memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara.

Datuk Seri Najib menerima mandat daripada perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah dan PRU ke 13 merupakan pilihan raya negara pertama beliau menerajui sebagai ketua kerajaan.

Ketika kerajaan Barisan Nasional menawarkan Aku Janji kepada rakyat untuk meneruskan tradisi membela serta memperjuangkan nasib rakyat tidak mengira kaum, agama atau warna kulit, pihak pembangkang juga menghidangkan manifestonya yang penuh dengan janji-janji manis.

Berbeza dengan BN yang mampu berbangga dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang selama hampir enam dekad, pembangkang yang menamai mereka sebagai Pakatan Rakyat belum pernah terserlah kemampuan dan bukti mereka mentadbir sebuah negara yang kompleks dan majmuk seperti Malaysia.

Jika berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang hanya berjaya melunaskan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji dalam manisfesto pilihan raya umum 2008, maka manisfesto yang ditawarkan kali ini sudah semestinya disangsi dan diragui rakyat.

Jika setakat mentadbir beberapa buah negeri pembangkang sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbagai rupa, bentuk dan kerumitannya serta membawa arus pembangunan yang sangat didahagakan terutamanya oleh segmen masyarakat miskin dan daif, bagaimana pula mahu memerintah sebuah negara yang lebih luas, kompleks dan penuh dengan rencam cabaran dan dugaan?

Jika pembangkang dilihat tidak mampu merealisasikan janji-janji dalam manifestonya begitu juga kepimpinan yang mahu ditawarkan untuk memimpin Malaysia.

Datuk Seri Najib berjanji akan mencalonkan sekurang-kurangnya 40 peratus muka baru yang lebih muda, keterampilan yang hebat, professional dan komited untuk membela rakyat.

BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi.

Di dalam aspek ini pembangkang amat ketinggalan sekali.

Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim akan mencecah 67 tahun dan bukanlah calon utama pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana Pas sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat masih sepenuhnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri malah telah mencadangkan presidennya Andul Hadi Awang kepada jawatan itu.

Walaupun Anwar dilihat sebagai tokoh pembangkang paling laak untuk diketengahkan sebagai calon PM namun faktor lain menidakkan pula keserasian beliau kepada jawatan itu.

Beliau pernah menjadi orang nombor dua di bawah Tun Dr Mahathir, menteri kewangan selama lapan tahun serta menduduki jawatan timbalan presiden dalam UMNO.

Jika Anwar pernah mengatakan kepada pelapis-pelapis semasa mengetahui Abim dahulu bahawa seorang pemimpin itu harus bersih dan nampak bersih.

Di sini Anwar kecundang dalam penilaian kesesuaiannya sebagai PM.

Walaupun bijak berbicara, pandai berbahas, ada sifat kepimpinan tetapi pelakunya buruk dan jijik.

Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya.

Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri, Anwar tetap menafikannya.

Perilaku Anwwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral.

Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.

Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat, Eropah malah di Singapura juga.

Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit.

Walaupun mempunyai ‘creditial’ agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal, Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.

Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya, Mustafa Ali.

Jadi sebenarnya Mustafa lah de facto menteri besar yang sebenarnya dan bukannya Abdul Hadi.

Beliau juga takut kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan sentiasa akur kepada kehendak pemimpin veteran itu.

Jika Abdul Hadi menjadi PM, bukan beliau yang berkuasa tetapi Nik Aziz yang akan membuat semua keputusan penting bagi pihaknya.

Dalam Dap, barisan pimpinannya tidak banyak berubah sejak era tahun 1960an.

Umpamanya Lim Kit Siang masih terus menjadi pemimpin yang memegang kuasa sebenar di dalam Dap sejak 1969 bila mana parti-parti politik lain sudah banyak kali berganti pemimpin.

Monday, 1 April 2013

MELECUR NEWS!!! JOHOR CONFIRM MILIK PAKATAN - SALAHUDDIN AYUB




Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.

"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.

Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.

"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan BN.

Wednesday, 27 March 2013

HAJAT DAP JOHOR TIDAK PERLU DIPANDANG RINGAN





PENULIS harap tidak ada siapa percaya bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.

Dengan kedudukan semasa parti itu yang semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari kawasan kuatnya di Ipoh Timur.

Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?

Dari apa yang penulis nampak, pemindahan Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan datang.

Kemasukan Kit Siang ke negeri kubu kuat UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang cina.

Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.

Di kalangan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.

Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu kawasan bandar. Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik sekali.

Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.

Senario inilah yang diharapkan Kit Siang akan berlaku. Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.

BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan baik. Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih 8,000 undi pada 2008, tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

Sumber mykmu

DUN BUBAR : SPEAKER DUN NEGERI SEMBILAN MAKLUM SPR



SEREMBAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri DUN negeri ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), esok.

Beliau berkata, pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas DUN terbubar secara sendiri pada Khamis.
"Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Tapi jika tidak ada pembubaran esok, mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya DUN sudah terbubar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya mempunyai tempoh selama 60 hari selepas Khamis ini untuk menentukan tarikh bagi penamaan calon dan pilihan raya bagi negeri ini.

Bagaimanapun katanya, SPR mempunyai masa yang cukup untuk menunggu sehingga semua DUN di negeri lain dan Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya.

"SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara ini pada masa yang sesuai yang akan ditentukan kelak," katanya.
Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada Khamis ini selepas cukup tempoh lima tahun.

Tempoh lima tahun Dewan Rakyat pula berakhir 28 April depan.

Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi 21 kerusi sementara selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (4) dan PAS satu kerusi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pimpinan parti-parti pakatan pembangkang membincangkan pada mesyuarat hari ini mengenai tarikh pembubaran dewan undangan negeri yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Sebelum itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan dewan undangan di empat negeri itu dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab. - BERNAMA

Sumber bharian


Monday, 25 March 2013

BERTANDING GUNA TIKET PAS : UMPAMA BADAN LEMBU DAGING KHNZIR



ADA macam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor dengan menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentu di kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.

Sementara di kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Maklumlah, banyak disebut tentang kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu, tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?

Realitinya, orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP. Sebab itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah ada kes dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.

Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.

PAS (bukan PKR) dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin. Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang sekalipun!!



Itulah yang dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!! Tapi macam biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk mengambil kesempatan di atas ‘kecacatan’ PAS itu.

Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS ini. Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut. Itu gimik dan propa sahaja, bukan fakta yang sebenarnya.

Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.

Sumber KLIK mykmu

Wednesday, 20 March 2013

AGENDA DAP UNTUK MENDOMINASI KERUSI JOHOR



Desas desus DAP meletakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah seolah-olah mempunyai agenda tersendiri dalam parti itu serta menyembunyikan ‘sesuatu’ daripada PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Percaturan DAP itu dilihat cuba memperalatkan Pakatan yang merupakan parti gabungan PKR dan PAS dengan menyatakan hasrat mendominasi terlebih dahulu kerusi di negeri menjadi kubu kuat UMNO – Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan 15 calon DAP daripada 26 kerusi dalam usaha rancangan menawan salah satu negeri kaya sumber ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, tindakan DAP itu juga sebagai salah satu cara untuk mencengkam serta mengawal ekonomi negeri Johor sekaligus menindas kaum Melayu..

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad baru-baru ini, budaya toleransi sudah lama wujud sejak beratus tahun dahulu antara kerajaan BN dan masyarakat Cina di negeri itu akan menjadi punca utama Pakatan gagal menawan Johor.

Masyarakat Cina di Johor istimewa dibandingkan dengan negeri lain kerana mereka memperolehi sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah yang sudah berusia 100 tahun, contohnya sistem pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah Foon Yew yang lebih lama usianya dari Merdeka dan tidak pernah diusik.

Pada sambutan perayaan Chingay yang ke 142 di Johor Bharu awal tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ia akan dijadikan sebagai Warisan Kebudayaan Kebangsaan dan berita itu amat menggembirakan masyarakat Cina.

DAP sebagai parti terkuat dalam Pakatan Pembangkang, berfahaman sekular yang bermakna mereka tidak menyokong duit kerajaan dibelanjakan untuk tujuan agama.

Jadi kalau Pakatan Pembangkang bercadang dan mengambil alih kepimpinan negeri Johor, satu dilema yang mereka akan hadapi ialah di segi falsafah politik DAP yang bertentangan dengan apa yang dilakukan di Johor sekarang.

Masyarakat Cina di sini agak istimewa kerana mereka mempunyai pelbagai perkara yang boleh dibanggakan antaranya sistem pendidikan sekolah Jenis Kebangsaan dan Menengah Cina (Foon Yew) yang usianya lebih lama dari Merdeka dan ‘Southern College’ yang bertaraf universiti.

Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU12.

Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri.

Di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.

Apa yang dibawa oleh pembangkang sebenarnya berasaskan pada anggapan bahawa pengundi Cina akan menyebelahi mereka, penulis rasa kita boleh bertahan. Johor berbeza dengan negeri lain.

Sehubungan itu, Pemimpin Pakatan Pembangkang dinasihatkan supaya berhenti berangan-angan seperti Mat Jenin sekiranya ingin menjadikan isu perkauman khususnya sebagai modal bagi meraih sokongan serta undi masyarakat Cina di Johor.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...