Pages

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Monday, 1 April 2013

MELECUR NEWS!!! JOHOR CONFIRM MILIK PAKATAN - SALAHUDDIN AYUB




Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.

"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.

Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.

"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan BN.

Wednesday, 27 March 2013

HAJAT DAP JOHOR TIDAK PERLU DIPANDANG RINGAN





PENULIS harap tidak ada siapa percaya bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.

Dengan kedudukan semasa parti itu yang semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari kawasan kuatnya di Ipoh Timur.

Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?

Dari apa yang penulis nampak, pemindahan Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan datang.

Kemasukan Kit Siang ke negeri kubu kuat UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang cina.

Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.

Di kalangan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.

Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu kawasan bandar. Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik sekali.

Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.

Senario inilah yang diharapkan Kit Siang akan berlaku. Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.

BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan baik. Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih 8,000 undi pada 2008, tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

Sumber mykmu

Wednesday, 20 March 2013

AGENDA DAP UNTUK MENDOMINASI KERUSI JOHOR



Desas desus DAP meletakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah seolah-olah mempunyai agenda tersendiri dalam parti itu serta menyembunyikan ‘sesuatu’ daripada PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Percaturan DAP itu dilihat cuba memperalatkan Pakatan yang merupakan parti gabungan PKR dan PAS dengan menyatakan hasrat mendominasi terlebih dahulu kerusi di negeri menjadi kubu kuat UMNO – Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan 15 calon DAP daripada 26 kerusi dalam usaha rancangan menawan salah satu negeri kaya sumber ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, tindakan DAP itu juga sebagai salah satu cara untuk mencengkam serta mengawal ekonomi negeri Johor sekaligus menindas kaum Melayu..

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad baru-baru ini, budaya toleransi sudah lama wujud sejak beratus tahun dahulu antara kerajaan BN dan masyarakat Cina di negeri itu akan menjadi punca utama Pakatan gagal menawan Johor.

Masyarakat Cina di Johor istimewa dibandingkan dengan negeri lain kerana mereka memperolehi sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah yang sudah berusia 100 tahun, contohnya sistem pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah Foon Yew yang lebih lama usianya dari Merdeka dan tidak pernah diusik.

Pada sambutan perayaan Chingay yang ke 142 di Johor Bharu awal tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ia akan dijadikan sebagai Warisan Kebudayaan Kebangsaan dan berita itu amat menggembirakan masyarakat Cina.

DAP sebagai parti terkuat dalam Pakatan Pembangkang, berfahaman sekular yang bermakna mereka tidak menyokong duit kerajaan dibelanjakan untuk tujuan agama.

Jadi kalau Pakatan Pembangkang bercadang dan mengambil alih kepimpinan negeri Johor, satu dilema yang mereka akan hadapi ialah di segi falsafah politik DAP yang bertentangan dengan apa yang dilakukan di Johor sekarang.

Masyarakat Cina di sini agak istimewa kerana mereka mempunyai pelbagai perkara yang boleh dibanggakan antaranya sistem pendidikan sekolah Jenis Kebangsaan dan Menengah Cina (Foon Yew) yang usianya lebih lama dari Merdeka dan ‘Southern College’ yang bertaraf universiti.

Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU12.

Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri.

Di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.

Apa yang dibawa oleh pembangkang sebenarnya berasaskan pada anggapan bahawa pengundi Cina akan menyebelahi mereka, penulis rasa kita boleh bertahan. Johor berbeza dengan negeri lain.

Sehubungan itu, Pemimpin Pakatan Pembangkang dinasihatkan supaya berhenti berangan-angan seperti Mat Jenin sekiranya ingin menjadikan isu perkauman khususnya sebagai modal bagi meraih sokongan serta undi masyarakat Cina di Johor.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...