Pages

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

PANAS!! TSUNAMI CINA : BN TIDAK ADIL PADA KAUM CINA??? YOK SIASAT





Sudah sebulan PRU13 berlalu meninggalkan kita. Sudah sebulan juga heboh diperkatakan tentang sokongan bangsa Cina yang sudah beralih arah kepada Pakatan Pembangkang walaupun pada sebelum PRU mereka menunjukkan sokongan yang sangat kuat kepada Barisan Nasional.

Keyakinan Perdana Menteri, DS Najib Razak terhadap bangsa yang memonopoli ekonomi negara ini ketika itu sangat tinggi. Apa sahaja yang mereka mahukan diberikan semata-mata untuk menjaga hati bangsa ini supaya terus kekal menyokong kepimpinan Barisan Nasional seterusnya membolehkan Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan di Malaysia.

Justeru, apabila keputusan PRU13 diperolehi, realitinya tidak seperti apa yang diharapkan oleh kepimpinan Barisan Nasional. Rata-rata sokongan bangsa Cina pergi kepada Pakatan Pembangkang sehinggakan calon daripada bangsa Cina yang pertama kali bertanding di kawasan yang dahulunya di bawah pentadbiran Barisan Nasional berjaya memenangi kawasan tersebut sedangkan lawannya bukanlah sebarangan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional.

“Sekiranya Barisan Nasional ingin meraih semula sokongan dan undian daripada kaum Cina, mereka perlu bersikap lebih adil dalam menunaikan tuntutan yang dibuat sebelum ini.”

Petikan kata-kata di atas telah diucapkan oleh Ketua MCA Bahagian Sabak Bernam, Datuk Kee Ah Kaw kepada wartawan selepas pembelotan bangsa Cina terbongkar. Keadilan yang bagaimana lagi harus diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada bangsa yang tidak pernah tahu bersyukur dengan kelebihan yang telah mereka perolehi di Malaysia ini?

Bangsa pendatang yang satu ketika dahulu dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan kini mahu meminta itu dan ini termasuklah menjadi pemerintah negara. Adakah kesemua tuntutan mereka perlu diturutkan sedangkan bangsa yang lebih berhak pun tidak memperolehi kelebihan seperti yang telah diperolehi oleh bangsa Cina di Malaysia ini?

Ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cina dengan kebanyakan perniagaan walaupun menipu menggunakan nama berunsur kemelayuan sebagai tektik mengaut keuntungan daripada pengguna. Kebanyakan syarikat swasta pula tidak memberikan peluang kepada bangsa Melayu untuk menjadi orang-orang besar di dalamnya melainkan hanya sebagai pekerja-pekerja rendah yang sewenangnya boleh diperkotak-katikkan oleh mereka.

Syarikat-syarikat hartanah juga kebanyakannya milik bangsa Cina dan syarikat inilah yang sebenarnya menekan rakyat dengan membina rumah-rumah mahal yang tidak mampu dimiliki oleh bangsa Melayu yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Tidak cukup dengan itu, harga barang-barang pembinaan dinaikkan sesuka hati kerana bangsa mereka juga yang memonopoli bidang pemborongan untuk mengelakkan syarikat-syarikat pembinaan bumiputera menyaingi mereka dan yang dipersalahkan adalah kerajaan Barisan Nasional kononnya menyebabkan harga barang naik.

Mereka juga memonopoli pemborongan barangan makanan. Harga barangan makanan boleh sesuka hati dinaikkan oleh mereka ini dan seperti biasa tuduhan dilemparkan kepada kerajaan. Disebabkan untuk mengekalkan penguasaan mereka dalam semua bidang terutama makanan yang memberikan keuntungan semaksima mungkin kepada keturunan mereka, mereka telah sedaya-upaya mengganggu ladang ternakan lembu (NFC) yang diusahakan di bawah pembiayaan kerajaan.

Bangsa Cina selama ini sudah mendapat begitu banyak keistimewaan daripada kerajaan. Sebarang aktiviti ekonomi yang mereka lakukan tidak mendapat sekatan bahkan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Justeru, apa lagi yang mereka rasakan tidak mendapat keadilan daripada kerajaan Barisan Nasional?

Sekolah-sekolah vernakular juga mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan. Bahkan kawasan sekolah dan bangunan mereka sendiri kebanyakannya lebih cantik dan besar daripada sekolah bantuan penuh kerajaan. Adakah semua itu juga dikatakan tidak mendapat keadilan daripada kerajaan?

Sepatutnya bangsa Melayu Bumiputera sendiri yang bangkit mempertikaikan mengapakah begitu banyak keistimewaan dan kelebihan mereka dikurangkan semata-mata untuk kerajaan menjaga hati bangsa Cina dalam meneruskan kesinambungan politik Barisan Nasional di Malaysia ini.

Tuesday, 28 May 2013

MIC : BERHENTI PERTIKAI, FOKUS KEMAJUAN KEHIDUPAN MASYARAKAT INDIA - PAKAR





Denison Jayasooria




KUALA LUMPUR (Bernama) — Pemimpin-pemimpin MIC perlu berhenti daripada mempertikai mengenai kedudukan dan pelantikan jawatan, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kehidupan masyarakat India, kata seorang penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Selasa.

“Masalah orang India adalah besar dan banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Datuk Dr Denison Jayasooria, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik, UKM.

Dr Denison mengulas mengenai rungutan oleh MIC bahawa wakil parti itu yang sepatutnya mengetuai Unit Hal Ehwal India di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukannya pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy.

Waythamoorthy juga dilantik sebagai Senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Kenapa bising dengan pelantikan sekarang, selepas Najib menandatangani memorandum persefahaman dengan Hindraf bulan lepas mengenai penubuhan unit itu. Dari masa perjanjian itu ditandatangani sehingga pelantikan beliau, tiada pemimpin MIC menyuarakan bantahan terhadap terma (perjanjian), yang menyatakan peranan pelaksanaan oleh Hindraf,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Mengenai beberapa pihak yang membangkitkan mengenai keikhlasan Waythamoorthy, Dr Denison berkata hanya masa yang boleh menentukan sama ada keikhlasan Waythamoorthy adalah benar-benar untuk kepentingan masyarakat atau kepentingan diri.

“Pelantikan ini menunjukkan Najib menepati janji yang dibuat pada 18 April tahun ini. Kita perlu terima bahawa perdana menteri menepati janji berdasarkan pelan tindakan lima tahun yang ditandatangani,” katanya.

Beliau berkata Waythamoorthy, seorang yang bukan pemimpin politik, mungkin boleh memberi tumpuan dalam menyelesaikan pelbagai isu untuk faedah 40 peratus golongan bawahan masyarakat India.

Pelantikan itu, dikritik oleh beberapa individu, termasuk abang Waythamoorthy sendiri, Uthayakumar, yang mendakwa dirinya pemimpin Hindraf, kerana menerima jawatan kabinet dan menggelarkan adiknya itu sebagai oportunis politik.

Ketua Pemuda MIC T Mohan juga tidak berpuas hati dengan pelantikan itu dan menyatakatan ia akan semakin melemahkan sokongan masyarakat India terhadap kerajaan.

Sementara itu Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata pelantikan Waythamoorthy adalah prerogatif perdana menteri.

Oleh itu, beliau berkata pengerusi Hindraf yang dilantik khusus untuk membantu melaksanakan manifesto Barisan Nasional itu, perlu membawa perubahan positif kepada kedudukan sosio-ekonomi masyarakat India.

“Memandangkan beliau telah dilantik oleh perdana menteri, adalah lebih baik untuk kedua-dua pihak (Hindraf dan MIC) bekerjasama erat bagi memastikan hasil pelan tindakan itu, yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Pemimpin-pemimpin mesti berhenti bertengkar sesama sendiri, sebaliknya perlu membantu antara satu sama lain untuk pembangunan nasional,” katanya.

- BERNAMA

Friday, 24 May 2013

WAJIB BACA!!! AHLI UMNO MESTI BACA. MAI RISIK


AHLI UMNO WAJIB BACA !!!UMNO Bakal Tumbang PRU15 Jika Tidak Berubah.


OLEH : TOK GURU 86




Saki baki bahang PRU13 masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia terutama politikus-politikus yang menjadi watak utama dalam peperangan baru-baru ini. Analisa demi analisa telah dikeluarkan oleh beberapa pihak selepas keputusan PRU13 dibaca.

Bagi pihak yang menang, sudah pasti mereka menarik nafas lega kerana masih bertahan menjadi kerajaan kepada negara Malaysia. Bagi pihak yang menanggung kekalahan, mereka mencari seribu alasan dan menyalahkan orang lain di atas kekalahan mereka.

Bagi pihak pembangkang, sudah menjadi rutin kepada mereka untuk berpolitik sepanjang masa tidak kira di mana mereka berada. Seperti PRU yang lepas-lepas, hari ini keluar keputusan, pembangkang akan mula berkempen esok hari untuk PRU yang akan datang.

Gerak kerja kempen pembangkang untuk PRU14 sudah dimulakan oleh pihak mereka. 5 Mei SPR umum keputusan PRU13, 6 Mei mereka sudah mula jelajah Malaysia melancarkan ceramah umum.

Pastinya, ceramah umum itu bukanya semata-mata ingin membawa prosiding kepada SPR bagi membantah keputusan PRU13, tetapi inilah langkah awal mereka untuk berperang pada PRU14.

Pendek kata, pembangkang di Malaysia tidak ada kerja lain melainkan berpolitik 24 jam 1 hari 30 hari sebulan 365 hari setahun. Mereka ada strategi yang cukup hebat berbanding UMNO BN.

PAS akan menyusun ceramah umum di kampung-kampung Melayu. DAP akan berpolitik melalui laman sosial dengan tertubuhnya Red Bean Army manakala PKR berpolitik dengan kuasa asing bagi mencari dana untuk menampung gerak kerja mereka.

Kata orang tua, orang kalah akan bekerja keras untuk menang, manakala orang menang akan "over confident" dan kurang kerja. Inilah realiti politik Malaysia. Pembangkang akan kerja sepenuh masa, manakala UMNO/BN akan kerja minit yang terakhir.

Apapun, sebelum saya menulis panjang saya mohon maaf kerana menegur UMNO/BN melalui laman blog. Tetapi teguran ini disebabkan saya juga sayangkan UMNO/BN yang menjadi wadah perjuangan utama Melayu Islam di Tanah Melayu.




Kita tidak mahu UMNO/BN hanya menang sorak tetapi sedikit demi sedikit tanah dan maruah semakin tergadai. Kita tidak mahu UMNO terutamanya menjadi jaguh kampung.

UMNO harus berada dekat dengan rakyat terutama pengundi saluran 3,4,5 dan seterusnya. Mungkin PRU14, pengundi saluran 1 dan 2 masih setia dan akan terus memilih BN, tetapi kita bimbang PRU15, mereka akan meninggalkan dunia ini dan yang mengambil alih tempat mereka adalah anak muda belasan tahun yang ada hari ini.

Penganalisa politik ramai yang bercakap, kebanyakkan pengundi muda berpihak pada pembangkang pada PRU13, mereka inilah yang akan mengundi di saluran 1 dan 2 pada PRU15. Apakah PRU15 mereka akan sokong UMNO/BN?

Saya tidak kata yang UMNO adalah parti yang teruk dan rosak, tetapi segelintir pemimpin yang ada dalam UMNO seolah-olah bagaikan biawak hidup yang menjadi liabiliti yang dasyat pada UMNO. Mereka inilah punca orang ramai tidak mahu dekat dengan UMNO. Siapa mereka? Mungkin Najib Razak lebih kenali mereka.

Tradisi UMNO cukup mudah setiap kali PRU. Calon mestilah anak tempatan biarpun mereka hanya memiliki SPM. Berbeza dengan pembangkang, mereka tidak kira calon dari luar asalkan mereka dikalangan orang cerdik pandai yang boleh membawa aspirasi golongan muda ke dewan parlimen.

Penyakit yang menular dalam UMNO hari ini, jika ada anak tempatan yang profesional mahu libatkan diri dalam UMNO, pasti anak tempatan itu dicantas awal-awal bimbang dia boleh gugat kedudukan Ketua Bahagian mahupun apa-apa jawatan dalam UMNO.

Kalau tradisi inilah dikekalkan dalam UMNO, tunggulah akibatnya pada PRU15. Baik kumpulan mahasiswa, profesional dan penjawat awam, guru-guru akan bangkit menentang UMNO melalui kertas undi.




Husam perolehi 4 ribu lebih undi di Putrajaya.

Demokrasi yang subur di Malaysia tidak menghalang mana-mana pihak untuk memilih parti mana yang mereka suka. Biarpun mereka penjawat awam yang bertugas di bawah Goverment Of The Day Barisan Nasional, mahupun mereka mahasiswa yang mendapat bantuan daripada MARA atau JPA, mereka tetap ada hak undi pilih parti mana dalam PRU.

Kalau hari ini UMNO boleh menegur Anwar Ibrahim supaya terima keputusan PRU13 kerana rakyat sudah membuat pilihan yang tepat, maka PRU15 jika UMNO/BN tumbang, kita juga perlu terima qada dan qadar itu dengan hati yang terbuka.

Jangan pula bila kita kalah suatu hari nanti, kita akan salahkan pengundi yang tidak reti bersyukur dan sebagainya, sebaliknya, perlulah kita menilai diri kita dimana silapnya.

Tetapi, menyesal kemudian tidak ada guna. Selepas kalah baru nak cari kelemahan seolah-olah kita melakukan kerja yang sia-sia. Sekaranglah waktu yang tepat untuk UMNO/BN cermin diri mereka kenapa semakin ramai terutama anak muda mula menjauhi mereka.

Saya melihat, banyak perkara yang perlu ditransformkan dalam UMNO/BN. Politik adu domba dan mengampu perlu dibersihkan dalam UMNO. Amalan kronisme juga perlu dikaji balik.

Kalau bapa Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah anaknya Ketua Puteri. Kalau suami Timbalan Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah si isteri turut bertanding rebut jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian. Bukalah seluas-luasnya kepimpinan UMNO bahagian kepada masyarakat.

Jika ada kumpulan profesional ataupun bekas graduan yang mahu berjinak-jinak dengan UMNO/BN, janganlah cuba disekat niat murni mereka. Mereka inilah yang boleh menjadi pemikir kepada UMNO suatu hari nanti. Berkawanlah dengan mereka ini. Tetapi, kepada mereka yang baru sertai UMNO, jangan pula terlalu cepat gilakan jawatan hanya kerana kita mempunyai kelulusan yang tinggi.

Terdapat juga beberapa perkara yang kita perlu perbaiki dalam menjaga hubungan dengan penjawat awam. Penjawat awam tidaklah membenci UMNO/BN tetapi mereka cukup benci bila ada segelintir pemimpin UMNO yang bukan jawatan menteri atau EXCO melayan mereka bagaikan hamba.

Paling tidak masuk akal, ada juga Ketua UMNO cawangan menggunakan nama jawatan tersebut untuk mengugut penjawat awam setiap kali berurusan. Timbulah perasan benci penjawat awam kepada UMNO hanya kerana seorang Ketua Cawangan yang menekan kakitangan awam.

Menjadi satu tanggungjawab Perdana Menteri atau menteri-menteri lain untuk mengarahkan penjawat awam dalam memberi khidmat yang bagus pada pelanggan kerana gelaran mereka sebagai menteri. Tetapi kalau Ketua UMNO cawangan yang mengherdik penjawat awam, ini amatlah tidak masuk akal.



Tugas berat sayap Pemuda UMNO untuk PRU14 dan 15

Jika mereka masih bercuti meraikan kemenangan tipis PRU13, silakan bercuti untuk 2 atau 3 minggu. Kerja seorang politikus, mereka tidak perlu bercuti panjang. Gerak kerja perlu bermula dari sekarang demi sebuah perjuangan Alif Ba dan Ta.

Kalau tidak mahu UMNO/BN tersungkur pada PRU15, Transformasi dalam UMNO/BN perlulah dipandang serius. Najib Razak jangan hanya pandai bercakap tetapi gagal bertindak.

Pemuda UMNO janganlah hanya gah pada kereta dan baju korp0rat, tetapi biarlah gerak kerja setimpal dengan jawatan dan imbuhan yang diperolehi. Puteri UMNO pula janganlah bangga dengan Hand Bag GUCCI, LV, tudung Fareeda, sebaliknya teruskan mendekati golongan wanita muda baik di kampung mahupun mahasiswi.

Saya amat yakin, bukan semua ahli UMNO bermasalah, tetapi yang sedikit ini jika tidak dibendung boleh menjadi barah yang kritikal dalam tempoh masa yang panjang.

Teruslah berpegang kepada perlembagaan UMNO dalam setiap perjuangan kita. UMNO tertubuh demi membela nasib bangsa Melayu dan BN diwujudkan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik. Jika ianya tidak disalahgunakan, UMNO/BN pasti akan relevan sampai bila-bila.

Sumber anakjatimalaya93

Thursday, 23 May 2013

GEMPAR!!! Mukhriz Cabar Pembangkang Lepas Kuasa Di Pulau Pinang, Selangor & Kelantan






ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.

“Tidak wajar untuk mereka memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang mereka menangi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Mukhriz menyeru Anwar serta konco beliau dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata mereka tidak sepatutnya membazirkan masa menerusi perhimpunan yang boleh merosak keharmonian serta mencalar imej negara, khususnya negeri Kedah yang aman damai.

Mukhriz berkata jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut semalam yang terlalu sedikit jika dibanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti menolak budaya liar yang cuba dibawa penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.

“Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan negeri yang dipilih majoriti rakyat sekarang ialah memenuhi segala aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang, dan memenuhi ikrar melakukan transformasi bagi menjana pembangunan bermanfaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang.

“Sehubungan dengan itu, saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan,” katanya.

Wednesday, 22 May 2013

PANAS!!! BN BAKAL BERPECAH????!!! MAI BACA


DAP Ramal BN Bakal Berpecah???



Pakatan Rakyat (PR) benar-benar mengarut apabila meramalkan konflik dalaman Barisan Nasional (BN) akan membolehkan mereka menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pakar Strategi DAP Ong Kian Ming benar-benar bercakap tanpa fakta apabila mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika seminar Pasca PRU13 anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), kerana yang bergolak dan dipenuhi krisis adalah PR, dan bukannya BN.



Kian Ming menjangkakan BN akan hadapi masalah itu di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan memudahkan PR menawan Putrajaya, sedangkan konflik dalaman PR telah membuatkan Kedah kembali kepada BN dalam Pilhan Raya Umum ke-13 lalu.

Mungkin beliau terlupa konflik dalaman BN ketika PRU13 amatlah kecil berbanding parti komponen PR seperti DAP, PAS, dan PKR apabila mereka berebut beberapa kerusi, malah ada juga beberapa kawaan yang ditandingi oleh mereka sesama sendiri sehingga memberikan kemenangan kepada BN.

Contohnya kerusi di Semenyih dan Kota Damansara. Jelas kelihatan Kian Ming menggunakan fakta yang salah untuk bercakap kerana fakta sebenar adalah parti komponen PR tidak pernah bersatu dalam proses membuat keputusan.

PKR dengan kepala Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dengan kepala Lim Kit Siang, manakala PAS menjadi kuda tunggangan kepada semua dengan suara yang tidak kedengaran dalam parti.

Situasi sebenar yang berlaku adalah dengan PR berlanjutan dilanda krisis kepimpinan sepeti ini, lebih mudah BN menerima kepercayaan rakyat sekaligus kekal sebagai kerajaan pemerintah.

Jangan dilupakan sandiwara Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang mengugut untuk meninggalkan parti sekiranya jawatan Menteri Besar Selangor diserahkan kembali kepada Khalid. Beliau bagaimanapun berdolak-dalih ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu, sedangkan telah mengkritik Khalid secara terbuka di laman sosialnya.

Di mana kredibiliti pemimpin pembangkang dalam hal berkaitan kepimpinan dan perpaduan? Mereka bertelagah sesama mereka dalam isu pengunaan kalimah Allah, Hudud, kerusi pilihan raya, sehingga memaksa pemimpin seperti Karpal Singh mengeluarkan arahan supaya mereka berdiam diri.

Lebih jelas kelihatan adalah penyatuan anggota pemimpin BN yang tetap bersatu dan kekal sebagai sebuah parti yang mengutamakan rakyat walaupun PRU13 menjadi ujian terbesar mereka.

Malah, Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan betapa seriusnya pemimpin dengan iltizam transformasi itu untuk menjadikan Malaysia lebih baik untuk didiami.

Saturday, 18 May 2013

KABINET IKRAR TELUS BERINTEGRITI DALAM MENJALANKAN TUGAS


Najib Tekankan Kepentingan Ketelusan Dalam Pentadbiran Kerajaan

PUTRAJAYA– Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis menekankan peri pentingnya soal ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, kerana aspek inilah yang dieksploitasi dan digembar-gembur oleh pembangkang tanpa mengira sama ada ia bersandarkan kepada realiti atau persepsi.Beliau berkata ketika ini pembangkang nampaknya tahu bagaimana persepsi boleh mengatasi realiti.



Katanya dalam mesyuarat khas jemaah menteri yang dipengerusikan beliau buat kali pertama Khamis selepas PRU-13, beliau meminta supaya anggota pentadbiran kerajaan memberikan respons dengan lebih pantas dan lebih tegas terhadap sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang.

Perdana Menteri berkata beliau turut menegaskan betapa penting bagi anggota kabinet untuk bersedia dalam menghadapi penilaian awam yang lebih tinggi lagi.

“Maknanya jangkaan atau ‘expectation’ rakyat terhadap tingkah laku kita, sama ada pada diri kita mahupun anggota keluarga, adalah begitu tinggi. Oleh itu kita mesti menjaga apa saja yang kita lakukan, pembawaan kita, dan cara hidup kita, supaya rakyat tidak mempersoalkan apa sahaja yang melibatkan integriti kita sebagai anggota pentadbiran,” katanya.

Pagi ini semua anggota kabinet baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Istana Negara.

Mesyuarat pertama kabinet baharu hari ini berlangsung selama hampir dua jam, sejurus selepas mereka bergambar beramai-ramai di Aras Satu bangunan Putra Perdana di sini, pada kira-kira 3.15 petang.

Merujuk kepada anggota kabinet baharu Najib berkata beliau melihat mereka sememangnya bersemangat tinggi, dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai satu pasukan.

“Insya-Allah kita akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi dan melaksanakan segala amanah dan janji yang kita buat kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam mesyuarat pertama hari ini beliau menegaskan betapa pentingnya untuk menjunjung amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kerajaan.

Katanya beliau menegaskan bahawa apa sahaja yang disuarakan anggota kabinet, ia bukan atas nama individu, sebaliknya mewakili kerajaan, dan ia merupakan pendirian bersama.

“Apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama sebuah kerajaan, bukannya kita bergerak dalam ‘compartment’ (ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain) atau silo masing-masing. Saya tegaskan penting kita menjadi satu pasukan yang jitu, kukuh dan terselaras tindakan kita, sama ada dalam negara mahupun di luar negara, sama ada kita berbicara dengan media tempatan mahupun media antarabangsa,” katanya.

Beliau seterusnya meminta supaya setiap anggota kabinet memberi nilai tambah kepada perkhidmatan, dengan bukan hanya menjaga kementerian atau kawasan masing-masing, sebaliknya mesti sanggup melakukan lebih daripada itu, termasuk menyertai forum-forum bersama dengan rakyat, sama ada

Saturday, 11 May 2013

PANAS!!! BN TAK BANTU BANGSA CINA?? JOM SIASAT.








POLITIK Malaysia 15 tahun dulu penuh dengan ‘pencerahan’, terutama bila ada pertembungan idealogi antara PAS dan UMNO. Maklumlah, waktu itu PAS dan DAP relatifnya 2 parti berbeza, PKR pula baru wujud dan kurang pengaruh.

Apa maksud pencerahan? Bila UMNO bangkang hudud, perlu dicerahkan bahawa hudud yang ditentang bukan hudud Islam, tapi hudud PAS, Islam yang dipersoalkan juga bukan Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw, tapi Islam sesat PAS.

Tapi bila PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat, isu pencerahan ini tidak lagi wujud kerana hudud bukan perjuangan, Islam hanya sampingan, yang utama pada PAS hari ini ialah impian ke Putrajaya. Buat satu ketika, semua kita cakap satu bahasa.

Hari ini isu pencerahan timbul semula, cuma bukan melibatkan PAS lagi sebaliknya DAP.

Semuanya setelah keputusan pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini menyaksikan pemulauan besar-besaran orang Cina lanjutan hasutan berbaur perkauman DAP terhadap parti-parti komponen BN sehingga calon-calonnya ditolak sepenuhnya oleh orang Cina, walaupun dari kalangan bangsa mereka sendiri.

Tindakan yang mengundang pertanyaan banyak pihak, apa dosa BN terhadap komuniti tersebut?

Pertanyaan dalam bentuk tajuk utama akhbar Utusan Malaysia kelmarin dan susulan berbentuk sokongan dari Perdana Menteri, diputar belitkan parti pembangkang terutama DAP dengan gambaran seolah-olah membuktikan komuniti Cina akan dipinggir BN untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Anwar yang cuba menyembunyikan kelemahannya menguasai undi Melayu, selain cuba mengelakkan perbalahan dalam soal jawatan MB di Selangor timbul di permukaan, mengambil peluang ini untuk menjadi hero dengan menjanjikan harapan palsu kepada masyarakat Cina – bahawa keputusan pilihanraya ini belum muktamad dan Pakatan Rakyat masih ada peluang dan orang Cina tidak akan tertindas, kononnya.

Justeru, penulis ingin membuat pencerahan disini bahawa BN tidak mendiskriminasi orang Cina seperti dakyah Anwar Ibrahim dan DAP.

Cuma atas pilihan komuniti itu sendiri, orang cina tidak mahu bersama-sama kerajaan dan dengan itu segala polisi yang akan diputuskan nanti adalah mengikut kehendak kabinet yang akan dibentuk tanpa penyertaan wakil-wakil MCA dan Gerakan yang menolak jawatan dalam kerajaan kerana prestasi buruk dalam PRU 13 yang lalu.

Ini bukan balas dendam, ini bukan cerita penganiayaan, tapi demi menghormati kehendak masyarakat cina sendiri.

Tapi taklah sampai tak makan, orang Cina bijak berniaga dan mampu menguruskan hidup tanpa bergantung pada kerajaan. Hanya perkara-perkara berkaitan polisi kerajaan itu sahajalah dimana masyarakat Cina tidak ada penyertaan, apatah lagi terlibat dalam membuat keputusan.

Menganiaya? Tidak sekali.

Jangan salahkan BN kenapa perkara ini terjadi, BN sendiri pun hanya dapat 3% undi cina, bakinya diserahkan tanpa belah bagi kepada Pakatan Rakyat. So, serve you right!!

Friday, 10 May 2013

Analisis PRU13 (3): Pencapaian Najib-Muhyiddin Lebih Baik Dari 2008




Suara-suara mencebik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah kedengaran. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan emel dari kumpulan penyokong Pak Lah mulai kedengaran menggesa Mohd Najib berundur kerana pencapaian yang lebih teruk daripada 2008.

Saya tidak menyatakan pencapaian Mohd Najib sesuatu yang hebat dan gah, namun ia masih boleh dibanggakan. Saya percaya fakta akan menunjukkan bahawa pencapaian Barisan Nasional di bawah Mohd Najib jauh lebih baik daripada Pak Lah. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka Pak Lah. Ini sekadar mahu mengingatkan kumpulan ini bahawa nasihat-nasihat mereka yang telah merosakkan Pak Lah tidak diperlukan dalam arus politik hari ini.

“Kumpulan ini menulis jika ketika BN hanya mendapat 140 kerusi Pak Lah diminta berundur oleh Muhyiddin dan pasukannya, mengapa sekarang bila Mohd Najib hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, beliau dan Muhyiddin tidak berundur?”

Secara logiknya memang Mohd Najib wajar berundur.

Najib Berhadapan Kekuatan Yang Lebih Besar

Namun kita kena ingat bahawa pencapaian BN hari ini secara keseluruhan jauh lebih baik dari BN semasa Pak Lah.
BN telah hilang 5 negeri – Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kepada Pakatan dalam pilihan raya lalu. Penguasaan ke atas Selangor dan Pulau Pinang menjadikan jentera Pakatan kali ini berkali ganda lebih baik daripada jentera mereka pada 2008. Manakala kedudukan mereka di Kedah dan Kelantan menjadikan kedudukan UMNO sendiri goyah.

Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), kali ini ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi. Jik Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan dikelilingi oleh penasihat-penasihatnya yang bodoh itu, kita sudah menjadi pembangkang hari ini.

Berhadapan dengan kekuatan jentera pilihan raya Pakatan yang jauh lebih besar daripada 2008, BN merampas kembali dua negeri yang kita kalah dalam pilihan raya yang lalu – Kedah dan Perak. Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa jika dilihat dengan jentera Pakatan, manifesto pakatan dan juga calon-calon yang mereka pertaruhkan kali ini berbanding 2008.

Pada zaman Pak Lah, UMNO mengalami perpecahan dan menuju kehancuran yang serius sehingga menyebabkan kita kehilangan Kedah, Perak dan Selangor serta kalah teruk di Kelantan. Akhirnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri keluar UMNO sebagai menyatakan kekecewaan beliau kepada Pak Lah. Situasi dalam UMNO hari ini sangat berlainan sama sekali. UMNO kembali menjadi Menteri Besar di Kedah dan Perak.

Rampas Dua Negeri, Kerus UMNO Bertambah

Hari ini Mohd Najib telah merampas kembali dua negeri yang kalah dalam pilihan raya lalu di samping mengekalkan negeri-negeri yang telah diperintah sebelum ini. Ini tentulah pencapaian lebih baik dari Pak Lah.

Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

Ini bermakna gandingan Mohd Najib – Muhyiddin telah berjaya mengukuhkan kembali sokongan kepada UMNO yang merosot teruk pada 2008. Justeru dari segi pencapaian UMNO, tiada sebab Mohd Najib perlu meletak sebagai jawatan Presiden UMNO. Mohd Najib telah menjalankan tanggungjawab beliau paling utama sebagai Presiden UMNO iaitu memulihkan parti.

Kehilangan tujuh kerusi Parlimen memang agak mengecewakan, namun Mohd Najib telah berjaya menambah sokongan pengundi terhadap BN daripada 4 juta pada 2008 kepada 5.3 juta pada 2013.

Dan kita semua tahu, pengurangan kerusi ini bukan kerana isu polisi yang lemah, kepimpinan yang lemah atau kebencian rakyat kepada kepimpinan negara seperti 2008.

Sebaliknya, peningkatan kerusi Pakatan kali ini hanyalah kerana kaum Cina mahu DAP berkuasa besar dalam politik negara. Ini telah saya bincangkan dalam siri kedua analisis PRU 13 semalam.

Mohd Najib Bukan Sempurna

Jadi mengapa Mohd Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO? Hanya orang yang tidak mahu berfikir, berdendam dan mahu merebut kuasa dalam UMNO sahaja yang mencadangkan sedemikian. Untuk mereka yang mahu UMNO terus kuat dan kukuh, mereka tahu bahawa parti berada dalam landasan yang betul di bawah Mohd Najib.

Namun Mohd najib bukan sempurna. Beliau perlu melakukan perubahan dan pembetulan diri, kerajaan dan parti bagi meneruskan momentum sokongan ini. Ini telah saya nyatakan dalam siri pertama analisis PRU 13 ini.

Kepada sahabat-sahabat yang menulis membelasah Mohd Najib dan Muhyiddin hari ini, tanyalah diri kita adakah kepimpinan Mohd Najib lebih baik atau buruk dari Pak Lah? Saya percaya ramai dalam hati nurani mereka menyatakan Mohd Najib lebih baik. Memang ada perkara kita tidak bersetuju dengan Mohd Najib, namun apakah ia satu justifikasi untuk menjatuhkannya dan membenarkan DAP menepuk tangan?

Mohd Najib memerlukan masa memperbaiki kerosakan yang berlaku sejak 2004 -2009. Ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat!\

Thursday, 9 May 2013

ALI ROSTAM SEDIH DISABOTAJ RAKAN??!! MAI JENGUK


Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya – Mohd Ali

MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang ‘menikamnya dari belakang’.

“Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya,” kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.

Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.

Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.

“Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih,” katanya.

Sunday, 5 May 2013

“Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik tak siapa peduli,” - Tun M


Bicara Isu Semasa Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

IMG-20130501-WA0039
IMG-20130501-WA0017
IMG-20130501-WA0018
IMG-20130501-WA0020
IMG-20130501-WA0021
IMG-20130501-WA0022
IMG-20130501-WA0027
IMG-20130501-WA0029
IMG-20130501-WA0032
IMG-20130501-WA0035
IMG-20130501-WA0044

Shah Alam - Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah semalam tiba tepat jam 9.30 malam di Seksyen 6, Shah Alam bersama ribuan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur yang menyokong dan menanti beliau sejak 7.30 malam lagi.
Malam semalam adalah program Tun Mahathir bersama rakyat iaitu Bicara Isu Semasa bersama Tun Mahathir. Jelas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau masih tetap utuh apabila melihatkan kehadiran ribuan rakyat datang memenuhi parkir awam Seksyen 6 Shah Alam.
Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan kemudian Tun Mahathir terus memulakan ucapan beliau.
‘Saya tidak akan tarik balik kenyataan apa yang saya kata. Lim Kit Siang memang seorang yang rasis. Dia suruh bagitahu kawan dia si Karpal tu. Suruh saya tarik balik. Saya nak tarik balik buat apa, dia memang rasis’ ulang Tun berkali-kali.
‘Selama 87 tahun saya dok bercakap. Saya nak tutup mulut macam mana saya memang dah tak boleh tutup mulut saya nak bercakap. Dia nak bawa saya ke mahkamah bawalah’ seloroh Tun Mahathir tetapi mempunyai maksud yang mendalam.
‘Lim Kit Siang ni dia ke Gelang Patah sebab dia ingat di Gelang Patah ramai pengundi Cina. Dia bergantung kepada perkauman. Dia hasut orang Cina supaya membenci orang Melayu.’
Tun Dr Mahathir mengakhiri ucapan beliau dengan sebuah pantun. Walaupun lari maksud dua baris terakhir tetapi ada maksud tersirat yang terlalu mendalam untuk kita fahami. Banyak jasa yang telah Barisan nasional lakukan untuk negara ini.
“Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik tak siapa peduli,”

Saturday, 4 May 2013

TERKINI!! KEDUTAAN ASING RAMAL BN MENANG BESAR PRU13.



Pilihanraya Malaysia kali ini nampaknya bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia, tetapi entah kenapa negara-negara asing juga begitu teruja menunggunya. Rata-rata, pilihanraya yang dikatakan ‘ibu segala pilihanraya’ ini dianggap sebagai ketibaan di dua persimpangan bertentangan di mana salah satunya akan mengubah segala-galanya, iaitu daripada landskap dan struktur asas negara ini.

Dari satu segi pula, pilihanraya ini hanyalah salah satu dari beberapa pilihanraya yang perlu dilalui oleh Barisan Nasional, iaitu pertandingan untuk mengekalkan kuasa. Dalam kata lain, PRU hanyalah satu platform untuk parti BN meneruskan khidmat tidak kira siapa pun pemimpinnya.

Namun, bagi PR ia adalah lebih dari itu. Bagi pemimpin-pemimpin PR, pilihanraya adalah sesuatu yang peribadi. Ini kerana, jika pemimpin BN bersilih ganti, pemimpin PR pula menyaksikan muka yang sama sejak berpuluh tahun dahulu. Maka, pemimpin-pemimpin PR ini bukan lagi bertanding kerana parti tetapi sebenarnya mempertaruhkan ‘hidup’ mereka sendiri.

Memandangkan mereka masing-masing sudah mencapai usia senja, maka slogan ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya memaparkan keterdesakan yang tidak tertahan-tahan lagi seolah-olah jika kali ini kalah juga, maka ‘matilah’ mereka.

Malangnya, kita mempunyai berita buruk untuk pemimpin-pemimpin PR ini iaitu berita yang didapati dari sumber dalaman mengenai ramalan PRU kali ini.

Nampaknya, lima dari kedutaan asing percaya bahawa BN akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar dari PRU2008. Pihak asing yang berkata demikian ialah Kedutaan China, Taiwan, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat.

Kita tahu bahawa pihak gereja Jerusalem di Israel ada menghantar perutusan khas dalam bentuk video sebagai pembakar semangat untuk PR menghadapi PRU. Malah, pihak gereja itu tampak begitu yakin dengan kemenangan PR dan telah meraikannya lebih awal dengan ‘menerima’ Malaysia kedalam ‘jemaah’ mereka untuk sama-sama menuju cahaya keberkatan ‘the Lord’.

Namun, mengambil prinsip demokrasi, ramalan satu pihak sahaja tentulah tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan ramalan 5 pihak kedutaan asing tadi.

Lagipun, selalunya ramalan pihak kedutaan asing boleh dipercayai kerana mereka tidak terlibat dengan sentimen rakyat Malaysia. Pihak asing juga tidak perlu membuat atau menyebar ramalan palsu kerana maklumat yang tepat adalah penting untuk mereka mengatur langkah seterusnya dalam hubungan dengan Malaysia terutama dari segi dagangan.

Justeru, kita harap pemimpin-pemimpin PR bersedia untuk menerima kekalahan ini dengan baik. Kita tidak dapat membantu memujuk hati mereka dengan menukar slogan kepada ‘Lain Kalilah’ kerana kita tahu dalam usia mereka kini, ungkapan ‘lain kali’ tentu saja tidak relevan.

Anwar sudah berkata jika beliau kalah, beliau akan bersara dan mengajar di Perancis, mungkin kerana Perancis baru sahaja meluluskan undang-undang kahwin sejenis. Manakala, Lim Kit Siang pula telah menyatakan bahawa beliau bersedia menerima ‘kematiannya’ sendiri di Gelang Patah. Nik Aziz pula….mungkin beliau akan ‘terbersara’ sendiri tanpa sedar, sekiranya beliau kalah di kawasannya kali ini. Maka tinggallah Hadi Awang. Tetapi Hadi Awang juga katanya rela menjadi nelayan sahaja asalkan Islam menang.

Dan kita pasti, Islam akan terus menang di bawah BN dan tiada siapa yang akan mampu mengganggu-gugat Kalimah Allah lagi sekiranya PR terkubur. Dengan jaminan ini, kita harap Hadi Awang tidak begitu gusar dengan ramalan kedutaan asing tersebut.

Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz bagaimanapun terpaksa terus melayan kegusaran masing-masing sementara menunggu ‘hari perhitungan’. Seperti yang dikatakan tadi, kita faham betapa pentingnya PRU kali ini untuk mereka.

Maklumlah, seluruh hidup telah dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada perebutan kuasa sehingga tidak sempat menikmati keindahan dunia. Saban hari terasa diri dalam neraka walaupun dihiburkan oleh China Doll, jambu-jambu atau anak-anak ikan, dan walaupun wang sudah berkoyan-koyan. Entah kenapa tiba-tiba menjelang PRU ini, hidup terasa seperti sia-sia, bukan?

PANAS!!! PENERBANGAN KHAS = PENGUNDI HANTU = ANWAR GILA




Anwar Ibrahim hari ini menjejaki kegilaan Khalid Ibrahim apabila mendakwa Pejabat Perdana Menteri menerbangkan berpuluh ribu orang pengundi hantu dari pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Cuma berbeza dengan Khalid, Anwar kali ini menyatakan beliau mempunyai bukti bertulis dalam bentuk emel antara syarikat penerbangan dengan pejabat PM. Beliau juga telah mengurangkan jumlah pengundi yang diterbangkan daripada 130 ribu yang didakwa oleh Khalid kepada hanya 45,000 orang.

Sebenarnya ramai orang telah penat dengan tipu helah dan cerita-cerita bombastik Anwar bin Ibrahim ini. Anwar dalam keadaan merasakan beliau akan kalah teruk telah mencipta pelbagai isu yang boleh mencetuskan kerisauan dan kemarahan orang ramai terhadap BN. Beliau mahu mencipta persepsi bahawa pilihan raya ini dipenuhi dengan penipuan dan ketidaktelusan bagi tujuan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap BN.

Anwar Ibrahim tidak bercakap atas logik dan fakta tetapi masih berupaya mempengaruhi sebahagian orang dan memperbodohkan Malaysiakini.com.

Persoalan utama ialah jika benar terdapat tempahan untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya ia bukanlah satu kesalahan. Adalah hak untuk mana-mana parti politik membawa pengundi mereka dari luar kawasan untuk pulang mengundi.

Semua parti termasuk Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR mempunyai jentera yang menguruskan pengangkutan pengundi. Sama ada menggunakan kapal terbang, kereta, motosikal atau bas hanyalah bentuk pengangkutan. Bolehkah Anwar menafikan bahawa partinya juga mengangkut pengundi? Bolehkah Anwar nafikan bahawa partinya juga memberi duit tambang untuk pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi?

Jadilah sangatlah aneh untuk ada sesiapa yang percaya bahawa penerbangan khas ini, jika benar, ialah bertujuan untuk membawa pengundi hantu.

Jika Anwar ada bukti terdapat pengundi hantu sila tunjukkan supaya kita dapat menyelesaikan isu ini sebelum pilihan raya. Sangatlah aneh untuk Anwar mendakwa beliau ada bukti pengundi hantu tetapi menyembunyikan bukti tersebut untuk masa yang sesuai.

Jadi Anwar bukan bertujuan mahu mendapat pilihan raya yang bersih, tetapi beliau sekadar mahu menimbulkan huru-hara dengan cara menimbulkan kebencian penyokongnya kepada BN.

Dalam keadaan hampir kalah, Anwar akan muncul dengan pelbagai isu sensasi yang bertujuan menyakinkan penyokongnya bahawa mereka kalah bukan sebab rakyat tidak sokong tetapi sebab BN menipu.

Dan apakah Perdana Menteri begitu bodoh hendak terbangkan berpuluh ribu orang pekerja asing di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung? Lebih baik benarkan mereka mengundi di Sabah dan Sarawak sahaja.

Untuk Anwar cukuplah hampir dua dekad menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat yang kurang berfikir terhadap kerajaan. Cukuplah Anwar, saudara bukan muda lagi, ingat akhirat sama.

Monday, 29 April 2013

SELANGOR : PM JAMIN SELESAIKAN MALASAH AIR SELANGOR


Perdana Menteri ketika mengadakan ke Selangor baru-baru ini, berjanji akan segera menyelesaikan masalah air di negeri Selangor sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor pada PRU13 nanti.



Najib berkata, kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Dalam soal air, kita tengok mereka patut memberi tumpuan kepada satu penyelesaian tetapi mereka nak ambil alih syarikat bekalan air (Syabas). Mereka utamakan ambil alih syarikat. Mereka tidak mementingkan cara mana menyelesaikan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Ini tersasar fokusnya, ini tidak betul. Ini salah satu contoh kegagalan mereka, keutamaannya tak kena. Fokusnya tersasar dan mereka tidaklah layak (mentadbir), pihak yang layak patut diberi sokongan” katanya.

Malah rakyat sendiri rata telah mula serik dengan PKR yang terlalu banyak memberikan janji kosong dan janji yang tidak ditepati. Masalah air tidak selesai, masalah sampah dan masalah tempat letak kereta.

Masalah air Selangor telah lama menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat Selangor dan keengganan kerajaan Selangor untuk beri kerjasama dengan Syabas adalah punca utama perkara ini berlaku. Isu ini juga acapkali dipolitikkan oleh PR dengan
menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Malah, kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim juga semakin bodoh sombong dengan menolak pelawaan kerajaan Negeri Sembilan bagi menyelesaikan masalah air Selangor.

Akibat kedegilan Khalid itu juga, rakyat Selangor terpaksa menderita kerana bekalan air tidak dapat disalurkan dengan cekap dan efisyen.

Khalis sebaliknya memilih untuk menyalahkan SYABAS atas alasan syarikat konsesi air itu tidak berupaya menyelesaikan perkara itu.

Sedangkan, ketidakupayaan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dalam meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan oleh SYABAS.

Masalah yang dihadapai Selangor bersifat jangka panjang kerana tanpa pembinaan loji pemprosesan air bersih, banyak mana pun simpanan air mentah, rakyat masih tidak dapat menggunakannya.

Industri juga gagal berkembang dan ekonomi Selangor bergerak perlahan ekoran masalah air yang semakin meruncing. Nyata janji Datuk Seri Najib Razak memberikan nafas baru kepada rakyat Selangor kerana ia bersifat jangka masa panjang dan menyeluruh.

Jelas Khalid gagal menjaga kebajikan rakyat dan BN sahaja yang mempu memahami denyut nadi rakyat.

Sunday, 28 April 2013

MENGGELEGAK NEWS!!! DALANG INSIDEN LAHAD DATU AKAN DIDEDAH - ZAHID




BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak bercadang mendedahkan dalam tempoh terdekat dalang di sebalik insiden Lahad Datu, Sabah.

Katanya, jika pendedahan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

“Jadi tunggulah lepas pilihan raya nanti saya rasa saat yang terbaik. Sekarang ini kita hadapi pilihan raya dulu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Nelayan Sungai Tiang di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran yang mendesaknya mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang terlibat dalam insiden Lahad Datu.

Surendran dilaporkan berkata jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama berkenaan dalam tempoh 24 jam, jelas menunjukkan ia adalah “fitnah” yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid berkata segala maklumat mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak secara khusus menyebutkan sesiapa. Kenapa perlu melenting. Kenapa perlu memberikan amaran dalam tempoh 24 jam dan sebagainya,” katanya.

Semalam, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah itu. -BERNAMA

Monday, 22 April 2013

LAGI BONGKAR!!! PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM & PKR DENGAN PELOBI YAHUDI DI US!!!




Kalau kita semua masih ingat, APCO pernah dijadikan senjata oleh Pakatan bagi menutup hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi. Namun, isu itu reda apabila sibertruper BN dan media barat sendiri mendedahkan penglibatan dan hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi-Zionis yang jauh lebih serius dan penuh kontroversi.


http://mymassa.blogspot.com/2010/12/renungan-petang-isnin-apco-milik-anwar.html


http://mymassa.blogspot.com/2010/05/isu-apco-anwar-dikecam-kerana-berpaling.html


Sehinggakan pernah satu ketika, dek kerana terlalu terdesak hendak mempertahankan Anwar, Presiden PAS sendiri, pengarang Amanat yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan kafir Zimmi dan inspirasi peristiwa Memali, terpaksa mengeluarkan fatwa yang menghalalkan membuat hubungan dengan Yahudi-Zionis.


http://mymassa.blogspot.com/2012/03/kenapa-pas-kata-halal-berniaga-dengan.html


Baru-baru ini timbul satu lagi bukti baru penglibatan Anwar Ibrahim dan PKR dengan pelobi Yahudi di US. Satu emel yang TERBOCOR, mendedahkan bahawa satu mesyuarat telah cuba diadakan di antara Orion Strategist dengan PKR bagi membantu parti tersebut memenangi PRU akan datang ini. Untuk rekod, Orion Strategist adalah satu syarikat perunding politik/pelobi milik Yahudi/US.





Leaked E-Mails Suggest PKR Hired Pro-Israeli Lobbyists in Washington

Wednesday, 03 April 2013







Parti Keadilan Rakyat has reportedly hired the services of a well known pro-Israeli lobbying and PR firm to promote the party in the United States.

Leaked e-mails, according to web portal FMT, suggest that PKR may have hired Orion Strategies to lobby on their behalf in Washington DC and to arrange meetings in Congress.

Most recently, according to FMT, the firm appears to have been trying to arrange a lobbying visit to Washington for party councilor and Suaram director Cynthia Gabriel. The trip was due to take place in mid-March but was postponed.

Orion Strategies represent numerous right-wing politicians in the U.S. and are also one of the fiercest defenders of the Israeli government. They are infamous for launching smear campaigns against American politicians deemed critical of the Jewish state.

Orion's Vice President, Michael Goldfarb, even launched a smear campaign against President Barack Obama during his re-election campaign last year, accusing the President of hanging out with critics of Israel.

Randy Scheunemann, a former advisor to U.S. Defense Secretary Donald Rumsfeld, heads Orion Strategies.

He earned notoriety for helping to establish the 'Committee for the Liberation of Iraq', which promoted the case for war in the U.S. media just prior to the invasion of Iraq in 2003 – a war that led to the deaths of 120,000 innocent Muslim civilians.

More recently, Scheunemann helped establish the 'Emergency Committee for Israel', a lobbying outfit which has close links to the hard right of Israeli politics and the Likud government of Prime Minister Benjamin Netanyahu.

The leaked documents, reported by FMT, suggest that Orion has been soliciting meetings with U.S. Congressmen and Senators for Gabriel, who was originally due to travel with Ibrahim Suffian of the Merdeka Centre.

Orion Strategies appear to have been briefing American politicians about the prospect of post-election violence and unrest in Malaysia.

Orion Strategies wrote that Gabriel would visit Washington to "discuss political developments in Malaysia prior to the upcoming parliamentary elections. Unresolved issues are threatening the integrity of Malaysia's electoral process and hold open the possibility, if not corrected, of plunging Malaysia into deep, post-electoral civil crisis."

Not surprisingly, PKR strategy director Rafizi Ramli has denied that his party hired any consultants, saying he never heard of Orion Strategies. "We believe that we have enough talent among our volunteers and leadership to spearhead the campaign on our own," he told FMT.

Anwar Ibrahim has previously been quick to condemn the Government for allegedly employ dirty tricks against his party. Now Rafizi is busy denying that Anwar or PKR would hire Washington lobbyists to employing the very same dirty tactics he claims to abhor. -https://www.thechoice.my/top-stories/64447-leaked-e-mails-suggest-pkr-hired-pro-israeli-lobbyists-in-washington

Lihat lagi bukti di bawah :


Nampaknya Anwar akan menggunakan segala macam cara yang boleh difikirkannya untuk memastikan dirinya dapat dinobatkan sebagai PM Malaysia selepas PRU ini. Setelah rancangannya untuk mewujudkan kucar-kacir dalam negara bermula di Sabah gagal, Anwar kini kembali kepada pendokongnya selama ini, iaitu pelobi Yahudi di US. Inilah yang dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara, walaupun menggunakan penyembelih umat Islam Palestin untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam, namun ianya tidak menjadi satu kesalahan buat Anwar. Asalkan kuasa mutlak dapat dikecapinya selepas PRU ini.

Namun, seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Walau sehebat mana sekalipun perancangan musuh-musuh Islam, namun ianya tetap tidak akan dapat mengatasi Qada' dan Qadar yang telah Allah SWT tetapkan. Anda semua boleh lihat sendiri, satu persatu perancangan jahat PKR dan Pakatan terdedah dengan sendiri tanpa perlu usaha keras UMNO. Ini semua bagi membuatkan kita semua berfikir dan memudahkan kita membuat pilihan PRU nanti. Pilihlah dengan nikmat akal yang telah Allah SWT berikan, dan janganlah menjadikan tangan-tangan kita sendiri sebagai penghancur masa depan anak-anak kita dan negara!

Pesan P.M : BUKTI DEPAN MATA TERANG LAGI BERSULUH, BICARA TANPA FAKTA    SERUPA MANUSIA TANPA ILMU, AKAL ALLAH BERIKAN UTK MENTAFSIR MENILAI..BERFIKIR DENGAN BIJAK.

Sumber mymassa thechoice

Sunday, 21 April 2013

BONGKAR!! KENAPA SELANGOR AKAN PULANG KE TANGAN BN?? JOM RISIK



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato SEri Anwar Ibrahim sepatutnya menyelesaikan permasalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang meneraju empat buah negeri ini. Bukannya bermimpi dan menggunakan ceramah-ceramah fitnah bagi mengambil alih Putrajaya. Anwar dilihat seolah-olah lupa bahawa Pakatan Rakyat sedang mengalami pelbagai masalah. Semakin hampir PRU13, semakin banyak pekung terbuka, timbul dari sikap pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Dengan sikap gelojoh ingin menawan Putrajaya, Anwar lupa pengikut-pengikutnya semakin ramai berpecah-belah dan sudah beralih arah.

Bagaimana Anwar boleh yakin bahawa pembangkang boleh mengambil-alih Putrajaya dari kerajaan sedangkan mempunyai masalah meletakkan calon-calon mereka untuk menjadi wakil rakyat seterusnya sebagai menteri. Sejak pembubaran Parlimen kita masih kabur lagi sama ada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bertanding atau tidak untuk PRU13 nanti.

Sekiranya bertanding,bagaimanakah pula dengan Azmin Ali yang kita tahu bahawa sejak dahulu tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Khalid Ibrahim? Azmin sendiri akan bertanding di Parlimen Gombak dan perebutan kerusi menteri Besar Selangor telah disedari sejak Pakatan memerintah Selangor.

Pembangkang sedang menghadapi beberapa masalah yang agak serius dalam struktur organisasi mereka jadi mereka perlu tahu bahawa ia adalah masa untuk mereka fikirkan kebaikan dan keburukan mereka untuk mengambil-alih Putrajaya atau bertindak menyelesaikan masalah dalaman yang mereka hadapi. Jangan disebabkan kerakusan Ketua Umum itu,hubungan pemimpin bawahan menjadi kucar-kacir.

Kita percaya akan berlaku peralihan kuasa di negeri Selangor dan yakin Barisan Nasional akan mengambil semula negeri itu. Melihat kepada kerjasama serta sikap berdedikasi dan penyelidikan yang telah dilakukan di Selangor, Barisan Nasional yakin akan mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagi persediaan PRU13 ini, Barisan nasional memberi tumpuan kepada penglibatan jentera dalam mengadakan kempen secara langsung dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah. Barisan Nasional Selangor juga telah menubuhkan pusat perkhidmatan dengan operator telefon bagi menjawab pelbagai pertanyaan serta aduan yang mana setiap aduan akan diambil perhatian.

Semoga Barisan Nasional akan dapat menawan Selangor kembali kerana banyak janji yang telah dibuat oleh Pakatan rakyat tidak tertunai. Rakyat sudah berubah dan akan kembalikan negeri Selangor kepada Barisan Nasional.


PANAS!!! UMNO TIDAK MENERIMA INDIVIDU YG BELOT.



PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

“Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

“Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

“Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya.

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-BERNAMA

Sumber suaragenerasibaru

Saturday, 20 April 2013

HOT!! SENARAI PENUH CALON BN JOHOR PRU 13



Syukur alhamdulillah, BN Johor telah pun selamat mengumumkan senarai calon untuk menghadapi PRU13 yang akan tiba pada 5 Mei 2013. Penulis berharap, kepada mereka yang gagal untuk mendapat tempat sebagai calon BN kali ini, agar berikanlah sokongan kepada calon yang terpilih.


Kepada bekas YB, pada pru yang lepas calon baru ini telah menyokong anda, kali ini berikanlah sokongan kepada mereka. Kepada penyokong bekas calon / mereka yang tidak tercalon, buangkanlah sikap "busuk" hati sekiranya ada.


Penulis mendapat info, ada segelintir penyokong bekas calon / yang tidak tercalon akan "menjatuhkan" calon baru ini ketika pemilihan UMNO hujung tahun nanti. Busuk hati betul, pemimpin anda pernah memegang "title" YB bertahun lamanya. Kini berilah peluang pada orang lain.


Adakah anda mahu pemimpin anda itu memimpin kawasan anda sehingga tidak mampu untuk berdiri lama sepertimama Nik Aziz? Ubahlah sikap pentingkan diri demi agama, bangsa dan negara.


Senarai nama calon Barisan Nasional Negeri Johor :

P140- Segamat: Datuk Subramaniam
N01- Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim
N02 – Jementah: Ling Ong Tee

P141 – Sekijang: Anwar Abd manap
N03- Pemanis: Low Ching Hoon
N04- Kemelah: Datuk Ayub Rahmat

P142- Labis: Datuk Chua Tee Yong
N05- Tenang: Azhar Ibrahim
N04-Bekok: Tan Chong

P143- Pagoh: Tan Sri muhyidin yasin
N07- Bukit Serampang: Ismail Mohamad (muka baru)
N08- Jorak: Datuk Dr Mohd Sharudin Mohd Saleh

P144- Ledang: Hamid Samuri
N09- Gambir: M. Asojan
N10- Tangkak: Goh Tee Tee N11- Sembrong: Abd Razak (muka baru)

P145- Bakri: Lee Ching Yong
N12- Bentayan: Foh Soh Lan
N13- Sg Abong: Datuk Aris mohd salleh
N14- Bkt Naning: Datuk Saiful Bahri

P146- Muar: Datuk Razali Ibrahim
N15- Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad
N16- Sg Balang: Zaiton Ismail

P147- Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad N17-
Semerah: Mohd Ismail Roslan (muka baru)
N18- Seri Medan: Datuk Zulkurnain kamisan

P148- Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong
N19- Yong Peng: Lim Kee Moi
N20- Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali

P149- Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi
N21- Parit Yaani: Tiow Yew Chuan
N22- Parit Raja: Datin Azizah Zakaria

P150- Batu Pahat: Dr Mohd Puad Zarkashi
N23- Penggaram: Ting Bang Siong
N24- Senggarang: Abd Aziz Ismail
N25- Rengit: Ayub Jamil

P151- Simpang Renggam: Liang Tik Ming N26-
Machap: Taib Abu Bakar
N27- Layang Layang: Abd Mutalib Abd Rahim

P152- Kluang: Datuk Hoo Kok Chung
N28- Mengkibol: Chai Kee Yaw
N29- Mahkota: Jais Sarday

P153- Sembrong: Datuk Seri Hishammundin Tun Hussein
N30- Paloh: Tioh Yap Kun
N31- Kahang: Vidyanathan

P154- Mersing: Datuk Abd Latif Ahmad
N32- Endau: Latif Bardi
N33- Tenggaroh: Ravi Kumar

P155- Tenggara: Datuk Halimah Sadique N32-
Parit: Datuk Badri Dasuki
N33- Pasir Raja: Dr Adham Baba

P156- Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin
N36- Sedeli: Rasman Isnin
N37- Johor Lama: Asiah Mohd Aris

P157- Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman
N38- Penawar: Hamimah Mansor
N39- Tanjung Surat: Sesis

P158- Tebrau.: Kuu Su Siang
N40- Tiram: Datuk Maulizan
N41- Puteri Wangsa: M. Surinarayan

P159- Pasir Gudang: Normala Abd Samad
N42- Johor Jaya: Tan Cher Puk
N43- Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

P160- Johor Bharu: Tan Sri Shahril Samad
N44- Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru
N45- Stulang: Chong See Chiong

P161- Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46- Pengkalan Rinting: Chang
N47- Kempas: Tengku Putera Harun

P162- Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman
N48- Skudai: Ling Ah Chai
N49- Nusajaya: Datuk Dr Zaini Abu Bakar

P163- Kulai: Teh Chi Ziang
N50- Bkt Permai: Mazlan Salleh
N51- Bkt Batu: Chia Chin Liang

SELAMAT MENGUNDI

Friday, 19 April 2013

SEJARAH TERCIPTA! HINDRAFF BN TEMUI KATA SEPAKAT


KUALA LUMPUR: Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf pada Khamis menjalin satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy meminta masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya umum nanti.

Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.

Mou digelar ‘Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India’ ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Waythamoorthy.

Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era baru dalam hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.

“Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk sama seperti ‘Arab Spring’ menjadi ‘Arab Winter’,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara. Najib berkata masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.

“Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia dan ini termasuk penduduk kaum India. “Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum India akan dilaksanakan. -BERNAMA

Thursday, 18 April 2013

KERAJAAN SEDIA BELANJA BESAR UTK PENDIDIKAN BAGI LAHIR MODAL INSAN - MUHYIDDIN




KULAIJAYA — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia melabur peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan sebagai usaha membangunkan rakyat dan negara.

Timbalan perdana menteri berkata perkara itu telah pun diberikan keutamaan oleh kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan bagi melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi.

“Kalau kerajaan belanja berbilion untuk pendidikan tidak mengapa kerana ia dapat menjana modal insan. Kita perlu modal insan kerana ia boleh membangunkan bidang ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya pada majlis pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di sini Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan akan memastikan bidang pendidikan dilaksanakan secara adil di seluruh negara.

“Kita (kerajaan) bukan sahaja mahu rakyat di bandar dilengkapi kemudahan pendidikan, kita juga bersikap adil di mana sahaja (di luar bandar dan pedalaman) bagi memberi pembelaan yang saksama (kepada rakyat)…inilah kerajaan yang adil,” katanya.

Beliau berkata kerajaan terus melaksanakan pelbagai perubahan termasuk transformasi terhadap pendidikan bagi memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju pada masa hadapan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak jemu dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia negara maju. Ini bukan mudah sebab dulu (sebelum merdeka) kita tidak ada apa-apa. Penjajah tidak kisah kalau kita tiada ilmu.

“Tetapi Malaysia yang dulunya mempunyai tujuh juta penduduk dan kini 28 juta penduduk, telah maju dalam semua bidang dan masyarakat antarabangsa memandang tinggi terhadap kita,” kata Muhyiddin.

Mengenai SMK Bukit Batu, beliau berkata pembinaan sekolah berkenaan yang melibatkan kos sebanyak RM30 juta dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata pembinaan sekolah itu di kawasan seluas kira-kira enam hektar akan dilengkapi 24 bilik darjah yang dapat menampung hampir 1,000 pelajar.

Timbalan perdana menteri berkata pada masa ini, penduduk di Bukit Batu terpaksa menghantar anak masing-masing ke SMK Kelapa Sawit yang terletak sejauh 14km dari petempatan mereka dan keadaan itu menyukarkan.

“Pembinaan sekolah ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak yang sebelum ini terpaksa berjalan kaki dan mengambil masa yang lama untuk pergi dan balik ke sekolah,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...