Pages

Showing posts with label Amerika Syarikat. Show all posts
Showing posts with label Amerika Syarikat. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

HOT!! BUKTI ISRAEL MAHUKAN KERAJAAN MALAYSIA DITUMBANGKAN


Bukti Israel Mahu Kerajaan Malaysia diTumbangkan

Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat. Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan ‘dicipta’ oleh UMNO. Mereka juga mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu tersebut.

Jelas, PR sudah panik. Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja. Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum. Mungkin juga kerana berkat doa solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.

Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun. Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu menolak mereka-mereka ini.

Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai mereka.

Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya. Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas. Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.

Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR. Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak ‘bersama’ mereka? Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi: ‘Malaysia bersama mereka’?

Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini? Masihkah kita ingin menafikannya?

Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi. Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk.

Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’? Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism. Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali.

Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.

Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali. Namun, beberapa pihak Kristian orthodox masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran yang berasal-usul dari puak Yahudi.

Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras pegangan agama mereka dari dalam.

Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran baru. Oleh itu, kita melihat bagaimana penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat mereka. Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara besar-besaran menolak LGBT. Malah, di Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka dengan kalimah ‘Allah’.

Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat?

Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan. Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam. Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia.

Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel. Fikirkanlah….

Monday, 22 April 2013

LAGI BONGKAR!!! PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM & PKR DENGAN PELOBI YAHUDI DI US!!!




Kalau kita semua masih ingat, APCO pernah dijadikan senjata oleh Pakatan bagi menutup hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi. Namun, isu itu reda apabila sibertruper BN dan media barat sendiri mendedahkan penglibatan dan hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi-Zionis yang jauh lebih serius dan penuh kontroversi.


http://mymassa.blogspot.com/2010/12/renungan-petang-isnin-apco-milik-anwar.html


http://mymassa.blogspot.com/2010/05/isu-apco-anwar-dikecam-kerana-berpaling.html


Sehinggakan pernah satu ketika, dek kerana terlalu terdesak hendak mempertahankan Anwar, Presiden PAS sendiri, pengarang Amanat yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan kafir Zimmi dan inspirasi peristiwa Memali, terpaksa mengeluarkan fatwa yang menghalalkan membuat hubungan dengan Yahudi-Zionis.


http://mymassa.blogspot.com/2012/03/kenapa-pas-kata-halal-berniaga-dengan.html


Baru-baru ini timbul satu lagi bukti baru penglibatan Anwar Ibrahim dan PKR dengan pelobi Yahudi di US. Satu emel yang TERBOCOR, mendedahkan bahawa satu mesyuarat telah cuba diadakan di antara Orion Strategist dengan PKR bagi membantu parti tersebut memenangi PRU akan datang ini. Untuk rekod, Orion Strategist adalah satu syarikat perunding politik/pelobi milik Yahudi/US.





Leaked E-Mails Suggest PKR Hired Pro-Israeli Lobbyists in Washington

Wednesday, 03 April 2013







Parti Keadilan Rakyat has reportedly hired the services of a well known pro-Israeli lobbying and PR firm to promote the party in the United States.

Leaked e-mails, according to web portal FMT, suggest that PKR may have hired Orion Strategies to lobby on their behalf in Washington DC and to arrange meetings in Congress.

Most recently, according to FMT, the firm appears to have been trying to arrange a lobbying visit to Washington for party councilor and Suaram director Cynthia Gabriel. The trip was due to take place in mid-March but was postponed.

Orion Strategies represent numerous right-wing politicians in the U.S. and are also one of the fiercest defenders of the Israeli government. They are infamous for launching smear campaigns against American politicians deemed critical of the Jewish state.

Orion's Vice President, Michael Goldfarb, even launched a smear campaign against President Barack Obama during his re-election campaign last year, accusing the President of hanging out with critics of Israel.

Randy Scheunemann, a former advisor to U.S. Defense Secretary Donald Rumsfeld, heads Orion Strategies.

He earned notoriety for helping to establish the 'Committee for the Liberation of Iraq', which promoted the case for war in the U.S. media just prior to the invasion of Iraq in 2003 – a war that led to the deaths of 120,000 innocent Muslim civilians.

More recently, Scheunemann helped establish the 'Emergency Committee for Israel', a lobbying outfit which has close links to the hard right of Israeli politics and the Likud government of Prime Minister Benjamin Netanyahu.

The leaked documents, reported by FMT, suggest that Orion has been soliciting meetings with U.S. Congressmen and Senators for Gabriel, who was originally due to travel with Ibrahim Suffian of the Merdeka Centre.

Orion Strategies appear to have been briefing American politicians about the prospect of post-election violence and unrest in Malaysia.

Orion Strategies wrote that Gabriel would visit Washington to "discuss political developments in Malaysia prior to the upcoming parliamentary elections. Unresolved issues are threatening the integrity of Malaysia's electoral process and hold open the possibility, if not corrected, of plunging Malaysia into deep, post-electoral civil crisis."

Not surprisingly, PKR strategy director Rafizi Ramli has denied that his party hired any consultants, saying he never heard of Orion Strategies. "We believe that we have enough talent among our volunteers and leadership to spearhead the campaign on our own," he told FMT.

Anwar Ibrahim has previously been quick to condemn the Government for allegedly employ dirty tricks against his party. Now Rafizi is busy denying that Anwar or PKR would hire Washington lobbyists to employing the very same dirty tactics he claims to abhor. -https://www.thechoice.my/top-stories/64447-leaked-e-mails-suggest-pkr-hired-pro-israeli-lobbyists-in-washington

Lihat lagi bukti di bawah :


Nampaknya Anwar akan menggunakan segala macam cara yang boleh difikirkannya untuk memastikan dirinya dapat dinobatkan sebagai PM Malaysia selepas PRU ini. Setelah rancangannya untuk mewujudkan kucar-kacir dalam negara bermula di Sabah gagal, Anwar kini kembali kepada pendokongnya selama ini, iaitu pelobi Yahudi di US. Inilah yang dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara, walaupun menggunakan penyembelih umat Islam Palestin untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam, namun ianya tidak menjadi satu kesalahan buat Anwar. Asalkan kuasa mutlak dapat dikecapinya selepas PRU ini.

Namun, seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Walau sehebat mana sekalipun perancangan musuh-musuh Islam, namun ianya tetap tidak akan dapat mengatasi Qada' dan Qadar yang telah Allah SWT tetapkan. Anda semua boleh lihat sendiri, satu persatu perancangan jahat PKR dan Pakatan terdedah dengan sendiri tanpa perlu usaha keras UMNO. Ini semua bagi membuatkan kita semua berfikir dan memudahkan kita membuat pilihan PRU nanti. Pilihlah dengan nikmat akal yang telah Allah SWT berikan, dan janganlah menjadikan tangan-tangan kita sendiri sebagai penghancur masa depan anak-anak kita dan negara!

Pesan P.M : BUKTI DEPAN MATA TERANG LAGI BERSULUH, BICARA TANPA FAKTA    SERUPA MANUSIA TANPA ILMU, AKAL ALLAH BERIKAN UTK MENTAFSIR MENILAI..BERFIKIR DENGAN BIJAK.

Sumber mymassa thechoice

Saturday, 23 March 2013

LAHAD DATU : WARTAWAN AMERIKA DEDAH CAMPURTANGAN LUAR?!


Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.


Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia,dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika.

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.


Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.



Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia..


Dalam link ini (http://www.globalresearch.ca/us-sponsored-political-conspiracy-in-malaysia-the-mysterious-case-of-the-sulu-sultan/5327660), Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..

Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia.

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia.

Sumber KLIK daengselili

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...