Pages

Showing posts with label Kiram. Show all posts
Showing posts with label Kiram. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

LAHAD DATU : ESSCOM PERTINGKAT LAGI KESELAMATAN PERAIRAN DI SABAH


esscom

Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) membabitkan lima daerah di pantai timur Sabah dan ia terdiri daripada Sandakan, Tawau, Kunak, Kudah dan Lahad Datu. Dengan penubuhan ESSCOM ini akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.


Jika diperhalusi ESSCOM bukanlah sesuatu yang asing bagi Malaysia kerana ketika Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis pada tahun 1970-an, Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) secara khusus diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman tersebut.

Sudah pasti ada yang mempersoalkan mengapa baru kini kerajaan menubuhkan ESSCOM sedangkan ancaman keselamatan memang sudah lama ujud seperti beberapa siri penculikan yang didalangi oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

Perlu ditekankan bahawa selama ini sememangnya ujud beberapa struktur keselamatan khas khusus untuk menangani isu keselamatan Sabah yang dianggap begitu mencabar dan unik. Mencabar kerana perairan terbuka sepanjang 1,400 kilometer begitu sukar untuk diawasi dan unik kerana komposisi penduduk Sabah yang mempunyai sejarah asal usul begitu menarik.

Operasi Padanan & Sipadan Island Resort atau lebih dikenali dengan nama singkatan Ops Pasir adalah salah satu struktur keselamatan yang diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman khusus iaitu penculikan pelancong terutama sekali di pulau terpencil. Ops Pasir mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan diuruskan oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (MAB-ATM).

Begitu juga dengan organisasi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen mempunyai peranan tertentu demi menjamin keselamatan perairan Sabah.

ESSCOM ditubuhkan bukan kerana fungsi ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tidak efektif atau untuk mengambil alih tugas tetapi sebenarnya untuk memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh entiti organisasi tersebut.

Selama ini setiap aktiviti organisasi tersebut melaksanakan tugas masing-masing secara berasingan kerana setiap entiti tersebut mempunyai arahan pusat (central command) yang berbeza. Timbul beberapa kekangan terutama sekali dari segi kepantasan berkongsi maklumat risikan kerana masing-masing mempunyai strategi dan kepentingan yang berlainan di antara satu sama lain.

Betapa pentingnya penyelarasan arahan pusat diserlahkan lagi apabila Ops Pasir ATM dikendalikan oleh MAB kerana untuk menyelaraskan tugas antara tiga cabang perkhidmatan utama mereka iaitu tentera darat, laut dan udara.

Amerika Syarikat (AS) umpamanya telah belajar dari kesilapan kerana tidak mempunyai penyelarasan perkongsian maklumat risikan di antara Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang mengakibatkan kegagalan mengesan plot serangan pengganas yang berlaku pada 11 September 2001.

Kini mereka menubuhkan satu entiti khas yang dipanggil Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Homeland Security) sebagai asas penyelarasan semua aktiviti keselamatan AS.

Dengan adanya entiti Homeland Security dengan diketuai oleh Setiausaha yang lebih popular dikenali sebagai Czar keselamatan, semua aktiviti umpamanya oleh FBI dan CIA dapat diselaraskan. Konsep ini bukan sesuatu yang asing dan ESSCOM juga mempunyai maksud yang serupa.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini.

“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.

“Kita dah kenal pasti beberapa kawasan bagi penubuhan ESSCOM. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, KDN sudah mengambil perhatian mengenai keperluan kabin, balai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta lima batalion yang perlu ditempatkan di kawasan berkenaan.

Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana Menteri 7 Mac lalu, ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pengganas di Kampung Tanduo, Lahat Datu dan kini pada peringkat akhir pelaksanaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga memaklumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, akan melancarkan unit rondaan bermotor pasukan polis di Kota Kinabalu hari ini dan di Sandakan pada hari berikutnya dalam usaha memberi keyakinan kepada penduduk Sabah bahawa negeri itu selamat.

Diharap dengan penubuhan ESSCOM ini tidak akan berlaku lagi pencerobohan pengganas dan keselamatan perairan Sabah akan lebih terjamin.


Sumber suaragenerasibaru

Saturday, 23 March 2013

LAHAD DATU : WARTAWAN AMERIKA DEDAH CAMPURTANGAN LUAR?!


Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.


Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia,dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika.

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.


Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.



Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia..


Dalam link ini (http://www.globalresearch.ca/us-sponsored-political-conspiracy-in-malaysia-the-mysterious-case-of-the-sulu-sultan/5327660), Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..

Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia.

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia.

Sumber KLIK daengselili

Friday, 22 March 2013

APA ITU ILMU KEBAL?!

Lahad Datu Dan Pengamal Syirik?!

" Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa. Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie."

Ilmu Kebal

ilmu kebal termasuk dalam kategori ilmu bathil yang terang. Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa.

Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie. Yang berlaku kepada ustaz mail, memang badan dia tak lut dek senjata tetapi dalam batin dan imannya lemah. Semakin dia usaha untuk mendekatkan diri dgn Allah, semakin dia jauh dari Allah. Time tu dia buat tabligh merata tempat.

Alhamdullilah dia dah berjaya keluarkan ilmu kebalnya dan akhirnya Allah memperkenankan hajatnya memulangkan ilmu kebalnya. Yang berlaku dkt kawan seguru saya pun hampir sama.

Dia menuntut ilmu selendang merah, sememangnya kebal badannya. kalau bergaduh tak pernah nak kalah. tetapi nak solat aje, ada benda hitam berdiri depan kain sejadahnya. Selain dari tu bunyi pahat tak kira siang malam mengekori kemana sahaja dia pergi (atas syiling).

ceritanya kalau ilmu kebal ini tergolong dalam ilmu yang haq, dah pasti ada cerita-cerita para sahabat yang dapat menguasai ilmu ini dan sudah pasti Rasullulah s.a.w dan para sahabat dah dapat ilmu ini dan amalkan. Ilmu kebal itu bathil kerana ianya menjauhkan diri anda dari syahid. Para sahabat dan bait Rasullulah s.a.w semua berlumba nakkan syahid, kita semua berlumba-lumba nak kebal???


Gambar Hiasan

Kalau kebal mcm mana nak dapat ganjaran syahid?? Kalau kebal pun, kulit yang kebal, kat dalam (iman dan bathin) langsung tak kebal. kalaulah ilmu kebal ini haq, Rasullulah s.a.w pasti dah kebal dan para-para sahabat pun semua kebal. rasullulah adalah gedung ilmu dan contoh kepada semua umatnya.

kawan saya dah rasa, ustaz mail sendiri dah rasa penangan ilmu kebal ni. Saya takde ilmu kebal, cuma dulu ada ilmu kuat badan. accidentlah banyak mana pun, langsung tak patah..luka2 adalah. Alhamdulillah saya dah berjaya pulangkan ilmu nie.

Terpulanglah kepada semua nak percaya atau tidak. Kawan saya amat bersyukur kerana Allah tunjukkan ilmu yang banyak menggangu darinya dan keluarga ialah ilmu kebal selengpang merah. Alhamdulillah dia dalam proses memulangkan segala ilmu bathil yang dia pernah ambil secara sengaja dan tidak.

wallahuaklam

Sumber KLIK ilmuhaq-danish

ISU LAHAD DATU : KES BUKAN SOAL SUKU TAPI SOAL PENGGANAS - PEGUAM NEGARA


TAWAU: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa kes lapan rakyat Filipina yang didakwa di Mahkamah Tawau hari ini bukan persoalan kaum tetapi soal aktiviti pengganas.

Beliau berkata dalam soal undang-undang, bukan suku kaum yang dilihat, sebaliknya kesalahan individu atau kumpulan terbabit sama ada menyalahi undang-undang ataupun tidak.

"Bagi saya, ini bukanlah persoalan kaum, sebaliknya ini adalah persoalan pengganas. Jangan lupa, orang kita (Melayu) pun ada. Contohnya Yazid Sufaat yang didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria.

"Dalam undang-undang kita tidak tengok dari segi itu (suku kaum). Saya tidak terkejut jika orang lain (suku lain) pun ada masuk (kumpulan pengganas)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini apabila diajukan soalan sama ada kelapan-lapan tertuduh dalam insiden pencerobohan Sabah itu daripada kaum Suluk atau sebaliknya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mamah, timbalannya Asisten Komisioner Mohd Shariff Wahid dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah.

Abdul Gani berkata setiap orang mahukan keadilan dan sesiapa yang patut dihukum perlu dihukum.
Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah kerana memahami kepentingan kes pendakwaan ke atas lapan tertuduh Filipina dengan mempercepatkan pendengaran kes.

Beliau juga memuji anggota keselamatan yang sentiasa bersedia dan prihatin dalam soal keselamatan.

"Kalau kita lihat (masa) kita nak tuduh pun begitu ramai polis berkawal. Kita juga hendak anggota polis ini menjaga keamanan. Jadi kita perlu perkara ini dipercepatkan," katanya. - BERNAMA

Sumber KLIK bharian

Thursday, 21 March 2013

ISU LAHAD DATU : 8 SUSPEK PENGGANAS SULU DIDAKWA PADA HARI RABU



LAHAD DATU: Seramai lapan warga asing didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.

Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.

Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).

Setakat Selasa, sejumlah 107 orang ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

ANWAR KHIANAT RUNDINGAN DENGAN SULU TENTANG SABAH



Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.

Berlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan.

Tujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.

Sementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah.

Bukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan.

Bagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini.

Komplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah.

Sememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak.

Pada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.

Anwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara.

Seperti pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam.

Kini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah.

Apabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.

Pengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi.

Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.

Pembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu.

Namun pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang mati terkorban.

Malah pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam dengan mengatakan mereka hanyalah ‘syahid dunia’.

Bagi mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Dengan mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat.

Kenyataan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka.

Strategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri.

Ini kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan daripada krisis ini.

Apa yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa Zionis-Yahudi.

Kiram dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan kejahilan mereka.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

Wednesday, 20 March 2013

MAHATHIR ADALAH DALANG SEBENAR INSIDEN LAHAD DATU?




Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said

Sumber KLIK mediapermatangpauh

INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE TELAH SAHKAN SABAH MILIK MALAYSIA




Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.

Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak “rakyat”, untuk menentukan pilihan sendiri

Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi “salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari” (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).

Malah menurut “Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah”, resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua “wilayah yang belum mencapai kemerdekaan” dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih”.

Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa.

Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.

Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah.

Sumber KLIK mykmu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...