Pages

Showing posts with label US. Show all posts
Showing posts with label US. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

HOT!!! US KECEWA GAGAL LETAK 'BONEKA' DI TANAH MELAYU. JOM SELIDIK


US Kecewa, GAGAL Letak Anwar Sebagai BONEKA di Malaysia





Di dalam kesibukan Anwar Ibrahim cuba membodohkan rakyat, untuk bangkit agar menolak keputusan pilihnaraya yang lalu, sebuah Pusat Penyelidikan Globalisasi, ‘Global Research’ yang berpangkalan di Canada baru-baru ini telah mendedahkan mengenai percubaan jahat kuasa asing untuk campur tangan dalam sistem politik negara.



Laporan bertajuk ‘Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi’ itu antara lainnya mengatakan Amerika Syarikat dan Britain telah gagal dalam cubaannya untuk meletakkan ‘proksi’ (pemimpin boneka) di Malaysia berikutan kekalahan pakatan pembangkang PRU 13. Malah laporan tersebut turut mengaitkan Anwar sebagai ‘pemimpin boneka’ asing yang berperanan untuk meluaskan pengaruh Amerika dan Britain khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Sebagai balasan, mereka akan menyalurkan bantuan kewangan dan menyokong gerakan Anwar yang berselindung di sebalik tema ‘kebebasan’, bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai Perdana Menteri. Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012.



Namun mereka hanya merancang, tetapi Allah swt adalah sebaik-baik perancangan, semua usaha mereka nyata GAGAL apabila Anwar tidak mampu mempengaruhi majoriti rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN/Umno. Ini kerana dunia mengetahui bagaimana Amerika dan Britain cuba bertindak sebagai ‘polis dunia’ dengan mencampuri urusan dalaman negara lain dengan meletakkan ‘pemimpin boneka’ di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Laporan tersebut turut menyebut di Rusia sebagai contoh, pemerhati pilihan raya ‘bebas’ iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui ‘National Endowment for Democracy’ (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia. Organisasi seperti Merdeka Center sebenarnya turut menerima tajaan dari Amerika menerusi NED untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan pilihanraya di Malaysia.

Selain itu, pertubuhan-pertubuhan media Barat akan turut dibayar untuk memainkan peranan membantu, untuk mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia. Global Research turut menjelaskan hubungan Ketua Umum PKR itu dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Center sahaja, tetapi telah diteruskan dengan gerakan pembangkang melalui Bersih.

Sebagai contoh, laungan Anwar mengenai “pilihanraya yang bersih dan adil,” telah mula digerakkan sebelum pilihanraya ke13 lagi. Sedangkan realitinya, Anwar dan gerakan Bersih pada ketika itu langsung tidak mempunyai sebarang bukti penipuan – sebaliknya, ini adalah bertujuan untuk menanam persepsi ke dalam minda rakyat bagi berdepan dengan kemungkinan pakatan kalah di dalam pilihnaraya.

Malah pernah satu ketika, Anwar mengistiharkan kemenangan bagi pihak pakatan pembangkang, walaupun pada ketika proses pengundian sedang berjalan. Sedangkan secara logiknya, selagi pusat pembuangan undi belum ditutup dan memulakan proses pengiraan adalah mustahil untuk Anwar mengetahui keputusan yang sebenar. Menurut penganalisa dan pemerhati politik ia adalah merupakan satu langkah yang provokatif, berbahaya, dan sangat tidak bertanggungjawab.

Ini kerana perbuatan itu jelas bertujuan untuk memanipulasi orang ramai dan menyediakan pentas baru buat dirinya untuk menghasut rakyat dan masyarakat agar bangkit memberontak. Malang buat rakyat kerana gagal melihat senario ini dari sudut pandang yang lebih luas.

Buat rakyat Malaysia, penjajahan alaf baru bukan lagi melalui peperangan, sebaliknya memadai dengan meletakkan seorang pemimpin yang sanggup menjadi boneka semata-mata untuk memenuhi impian menjadi Perdana Menteri.

Renung-renungkanlah dan Selamat beramal.

Laporan yang dikeluarkan oleh Global Research

Saturday, 23 March 2013

LAHAD DATU : WARTAWAN AMERIKA DEDAH CAMPURTANGAN LUAR?!


Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.


Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia,dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika.

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.


Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.



Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia..


Dalam link ini (http://www.globalresearch.ca/us-sponsored-political-conspiracy-in-malaysia-the-mysterious-case-of-the-sulu-sultan/5327660), Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..

Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia.

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia.

Sumber KLIK daengselili

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...