Pages

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Friday, 24 May 2013

WAJIB BACA!!! AHLI UMNO MESTI BACA. MAI RISIK


AHLI UMNO WAJIB BACA !!!UMNO Bakal Tumbang PRU15 Jika Tidak Berubah.


OLEH : TOK GURU 86




Saki baki bahang PRU13 masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia terutama politikus-politikus yang menjadi watak utama dalam peperangan baru-baru ini. Analisa demi analisa telah dikeluarkan oleh beberapa pihak selepas keputusan PRU13 dibaca.

Bagi pihak yang menang, sudah pasti mereka menarik nafas lega kerana masih bertahan menjadi kerajaan kepada negara Malaysia. Bagi pihak yang menanggung kekalahan, mereka mencari seribu alasan dan menyalahkan orang lain di atas kekalahan mereka.

Bagi pihak pembangkang, sudah menjadi rutin kepada mereka untuk berpolitik sepanjang masa tidak kira di mana mereka berada. Seperti PRU yang lepas-lepas, hari ini keluar keputusan, pembangkang akan mula berkempen esok hari untuk PRU yang akan datang.

Gerak kerja kempen pembangkang untuk PRU14 sudah dimulakan oleh pihak mereka. 5 Mei SPR umum keputusan PRU13, 6 Mei mereka sudah mula jelajah Malaysia melancarkan ceramah umum.

Pastinya, ceramah umum itu bukanya semata-mata ingin membawa prosiding kepada SPR bagi membantah keputusan PRU13, tetapi inilah langkah awal mereka untuk berperang pada PRU14.

Pendek kata, pembangkang di Malaysia tidak ada kerja lain melainkan berpolitik 24 jam 1 hari 30 hari sebulan 365 hari setahun. Mereka ada strategi yang cukup hebat berbanding UMNO BN.

PAS akan menyusun ceramah umum di kampung-kampung Melayu. DAP akan berpolitik melalui laman sosial dengan tertubuhnya Red Bean Army manakala PKR berpolitik dengan kuasa asing bagi mencari dana untuk menampung gerak kerja mereka.

Kata orang tua, orang kalah akan bekerja keras untuk menang, manakala orang menang akan "over confident" dan kurang kerja. Inilah realiti politik Malaysia. Pembangkang akan kerja sepenuh masa, manakala UMNO/BN akan kerja minit yang terakhir.

Apapun, sebelum saya menulis panjang saya mohon maaf kerana menegur UMNO/BN melalui laman blog. Tetapi teguran ini disebabkan saya juga sayangkan UMNO/BN yang menjadi wadah perjuangan utama Melayu Islam di Tanah Melayu.




Kita tidak mahu UMNO/BN hanya menang sorak tetapi sedikit demi sedikit tanah dan maruah semakin tergadai. Kita tidak mahu UMNO terutamanya menjadi jaguh kampung.

UMNO harus berada dekat dengan rakyat terutama pengundi saluran 3,4,5 dan seterusnya. Mungkin PRU14, pengundi saluran 1 dan 2 masih setia dan akan terus memilih BN, tetapi kita bimbang PRU15, mereka akan meninggalkan dunia ini dan yang mengambil alih tempat mereka adalah anak muda belasan tahun yang ada hari ini.

Penganalisa politik ramai yang bercakap, kebanyakkan pengundi muda berpihak pada pembangkang pada PRU13, mereka inilah yang akan mengundi di saluran 1 dan 2 pada PRU15. Apakah PRU15 mereka akan sokong UMNO/BN?

Saya tidak kata yang UMNO adalah parti yang teruk dan rosak, tetapi segelintir pemimpin yang ada dalam UMNO seolah-olah bagaikan biawak hidup yang menjadi liabiliti yang dasyat pada UMNO. Mereka inilah punca orang ramai tidak mahu dekat dengan UMNO. Siapa mereka? Mungkin Najib Razak lebih kenali mereka.

Tradisi UMNO cukup mudah setiap kali PRU. Calon mestilah anak tempatan biarpun mereka hanya memiliki SPM. Berbeza dengan pembangkang, mereka tidak kira calon dari luar asalkan mereka dikalangan orang cerdik pandai yang boleh membawa aspirasi golongan muda ke dewan parlimen.

Penyakit yang menular dalam UMNO hari ini, jika ada anak tempatan yang profesional mahu libatkan diri dalam UMNO, pasti anak tempatan itu dicantas awal-awal bimbang dia boleh gugat kedudukan Ketua Bahagian mahupun apa-apa jawatan dalam UMNO.

Kalau tradisi inilah dikekalkan dalam UMNO, tunggulah akibatnya pada PRU15. Baik kumpulan mahasiswa, profesional dan penjawat awam, guru-guru akan bangkit menentang UMNO melalui kertas undi.




Husam perolehi 4 ribu lebih undi di Putrajaya.

Demokrasi yang subur di Malaysia tidak menghalang mana-mana pihak untuk memilih parti mana yang mereka suka. Biarpun mereka penjawat awam yang bertugas di bawah Goverment Of The Day Barisan Nasional, mahupun mereka mahasiswa yang mendapat bantuan daripada MARA atau JPA, mereka tetap ada hak undi pilih parti mana dalam PRU.

Kalau hari ini UMNO boleh menegur Anwar Ibrahim supaya terima keputusan PRU13 kerana rakyat sudah membuat pilihan yang tepat, maka PRU15 jika UMNO/BN tumbang, kita juga perlu terima qada dan qadar itu dengan hati yang terbuka.

Jangan pula bila kita kalah suatu hari nanti, kita akan salahkan pengundi yang tidak reti bersyukur dan sebagainya, sebaliknya, perlulah kita menilai diri kita dimana silapnya.

Tetapi, menyesal kemudian tidak ada guna. Selepas kalah baru nak cari kelemahan seolah-olah kita melakukan kerja yang sia-sia. Sekaranglah waktu yang tepat untuk UMNO/BN cermin diri mereka kenapa semakin ramai terutama anak muda mula menjauhi mereka.

Saya melihat, banyak perkara yang perlu ditransformkan dalam UMNO/BN. Politik adu domba dan mengampu perlu dibersihkan dalam UMNO. Amalan kronisme juga perlu dikaji balik.

Kalau bapa Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah anaknya Ketua Puteri. Kalau suami Timbalan Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah si isteri turut bertanding rebut jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian. Bukalah seluas-luasnya kepimpinan UMNO bahagian kepada masyarakat.

Jika ada kumpulan profesional ataupun bekas graduan yang mahu berjinak-jinak dengan UMNO/BN, janganlah cuba disekat niat murni mereka. Mereka inilah yang boleh menjadi pemikir kepada UMNO suatu hari nanti. Berkawanlah dengan mereka ini. Tetapi, kepada mereka yang baru sertai UMNO, jangan pula terlalu cepat gilakan jawatan hanya kerana kita mempunyai kelulusan yang tinggi.

Terdapat juga beberapa perkara yang kita perlu perbaiki dalam menjaga hubungan dengan penjawat awam. Penjawat awam tidaklah membenci UMNO/BN tetapi mereka cukup benci bila ada segelintir pemimpin UMNO yang bukan jawatan menteri atau EXCO melayan mereka bagaikan hamba.

Paling tidak masuk akal, ada juga Ketua UMNO cawangan menggunakan nama jawatan tersebut untuk mengugut penjawat awam setiap kali berurusan. Timbulah perasan benci penjawat awam kepada UMNO hanya kerana seorang Ketua Cawangan yang menekan kakitangan awam.

Menjadi satu tanggungjawab Perdana Menteri atau menteri-menteri lain untuk mengarahkan penjawat awam dalam memberi khidmat yang bagus pada pelanggan kerana gelaran mereka sebagai menteri. Tetapi kalau Ketua UMNO cawangan yang mengherdik penjawat awam, ini amatlah tidak masuk akal.



Tugas berat sayap Pemuda UMNO untuk PRU14 dan 15

Jika mereka masih bercuti meraikan kemenangan tipis PRU13, silakan bercuti untuk 2 atau 3 minggu. Kerja seorang politikus, mereka tidak perlu bercuti panjang. Gerak kerja perlu bermula dari sekarang demi sebuah perjuangan Alif Ba dan Ta.

Kalau tidak mahu UMNO/BN tersungkur pada PRU15, Transformasi dalam UMNO/BN perlulah dipandang serius. Najib Razak jangan hanya pandai bercakap tetapi gagal bertindak.

Pemuda UMNO janganlah hanya gah pada kereta dan baju korp0rat, tetapi biarlah gerak kerja setimpal dengan jawatan dan imbuhan yang diperolehi. Puteri UMNO pula janganlah bangga dengan Hand Bag GUCCI, LV, tudung Fareeda, sebaliknya teruskan mendekati golongan wanita muda baik di kampung mahupun mahasiswi.

Saya amat yakin, bukan semua ahli UMNO bermasalah, tetapi yang sedikit ini jika tidak dibendung boleh menjadi barah yang kritikal dalam tempoh masa yang panjang.

Teruslah berpegang kepada perlembagaan UMNO dalam setiap perjuangan kita. UMNO tertubuh demi membela nasib bangsa Melayu dan BN diwujudkan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik. Jika ianya tidak disalahgunakan, UMNO/BN pasti akan relevan sampai bila-bila.

Sumber anakjatimalaya93

Wednesday, 22 May 2013

UMNO PAS AKAN BERGABUNG MENJELANG 2014??! JOM RISIK


Segerakan Usaha Kerajaan Perpaduan – Fathul Bari

Berdasarkan senario politik semasa tanah air, pimpinan daripada Umno dan Pas perlu mempertimbangkan cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti berteraskan Islam dan Melayu itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu.



Kerajaan perpaduan itu jelas Fathul Bari bukanlah untuk mana-mana parti membubarkan parti mereka, tetapi cukuplah sekadar mewujudkan kerjasama antara mereka untuk kebaikan umat Islam dan Melayu secara keseluruhannya.

Bekas calon bagi kerusi Sanglang itu menegaskan Umno sebenarnya telah terlebih dahulu menghulurkan salam perdamaian kepada Pas, dan parti Islam itu jelasnya perlu menimbang perkara itu dan bersetuju membentuk perpaduan bersama untuk masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

Dengan keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan penurunan mendadak komuniti Cina kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dengan peratusan menyokong hanya 3%, yang mana dilihat merupakan ancaman kepada bangsa Melayu, sekaligus bakal menggagalkan usaha untuk memupuk perpaduan antara bangsa Malaysia.

Tuntutan perpaduan juga jelas Fathul Bari, adalah tuntutan syarak dan melaksanakan perkara itu bukan sahaja akan memanfaatkan umat Islam, tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya.

Melalui kerjasama Pas dan Umno, ia bukan sahaja dilihat akan mengukuhkan kedudukan sesuatu parti, tetapi akan memberi kekuatan kepada Islam dan Melayu, yang mana kian berpecah akibat perbezaan ideologi politik dan ketaasuban terhadap parti yang melampau.

Melayu kini terpecah kepada beberapa bahagian, apabila beberapa parti pembangkang mengamalkan penerimaan sebagai ahli secara terus. Ia menjadikan Melayu bukan sahaja menjadi ahli PAS, Umno, dan PKR, tetapi juga menyertai parti ‘ultra kiasu’, DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sebagai penasihat parti dan Karpal Singh sebagai Pengerusi.

Perkara itu menjadikan tiada pusat khas untuk Melayu bersatu di bawah satu bumbung, dan menjadikan mereka berpuak-puak sekaligus memberikan kelebihan kepada bangsa Cina yang dilihat bersatu untuk menumbangkan kerajaan dengan memilih DAP yang berpaksikan isu perkauman.

Malahan, prestasi cemerlang DAP berbanding rakan parti komponen yang lain seperti PKR dan Pas juga menjadi indikator mudah sebagai bukti betapa banyaknya undi Cina untuk DAP tetapi bukan rakan komponen mereka. Hanya melalui penyatuan Umno dan Pas, bangsa Melayu boleh bersatu dan membentuk bangsa yang kuat dan tidak tergugat degan ancaman luar dan dalaman sekaligus menjadikan Melayu sebagai bangsa yang dihormati dan disegani.

Gesaan Fathul Bari itu harus dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa pemahaman mendalam, mangsa kepada kerakusan dan kesombongan kepimpinan hari ini bakal memusnahkan impian dan harapan generasi Melayu Malaysia pada masa akan datang.

Tiada salahnya untuk Melayu bersatu demi kepentingan bangsa sendiri, dan tidak seharusnya Melayu takut untuk digelar rasis sekiranya berjuang untuk memartabatkan bangsa dan tanah Melayu.

Apalah setakat digelar rasis, sedangkan pejuang Melayu terdahulu seperti Tok Janggut dan Datuk Bahaman turut digelar sebagai pengganas kerana menentang penjajah. Setakat gelaran rasis untuk memperjuangkan kemaslahatan bangsa, ia hanyalah sekelumit daripada perjuangan tokoh Melayu zaman sebelum Kemerdekaan.

Pandangan Ustaz Fathul Bari Mengenai Kerajaan Perpaduan – Link Video

Friday, 17 May 2013

HANGAT!!! USTAZ NASA ULANGI KENYATAAN AGAR UMNO-PAS BERSATU. ANDA SETUJU?? JOM RISIK


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Khamis mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.


Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan PAS perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

“Kegagalan penyatuan di antara Umno dan PAS berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh,” katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

Beliau berkata, pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema ‘In Search of Human Security – Islamic Diplomacy and the Way Forward’ berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

“Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.

“Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam,” katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa PengajianIslam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan GerakanKesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.

Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - BERNAMA

Friday, 10 May 2013

Analisis PRU13 (3): Pencapaian Najib-Muhyiddin Lebih Baik Dari 2008




Suara-suara mencebik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah kedengaran. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan emel dari kumpulan penyokong Pak Lah mulai kedengaran menggesa Mohd Najib berundur kerana pencapaian yang lebih teruk daripada 2008.

Saya tidak menyatakan pencapaian Mohd Najib sesuatu yang hebat dan gah, namun ia masih boleh dibanggakan. Saya percaya fakta akan menunjukkan bahawa pencapaian Barisan Nasional di bawah Mohd Najib jauh lebih baik daripada Pak Lah. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka Pak Lah. Ini sekadar mahu mengingatkan kumpulan ini bahawa nasihat-nasihat mereka yang telah merosakkan Pak Lah tidak diperlukan dalam arus politik hari ini.

“Kumpulan ini menulis jika ketika BN hanya mendapat 140 kerusi Pak Lah diminta berundur oleh Muhyiddin dan pasukannya, mengapa sekarang bila Mohd Najib hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, beliau dan Muhyiddin tidak berundur?”

Secara logiknya memang Mohd Najib wajar berundur.

Najib Berhadapan Kekuatan Yang Lebih Besar

Namun kita kena ingat bahawa pencapaian BN hari ini secara keseluruhan jauh lebih baik dari BN semasa Pak Lah.
BN telah hilang 5 negeri – Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kepada Pakatan dalam pilihan raya lalu. Penguasaan ke atas Selangor dan Pulau Pinang menjadikan jentera Pakatan kali ini berkali ganda lebih baik daripada jentera mereka pada 2008. Manakala kedudukan mereka di Kedah dan Kelantan menjadikan kedudukan UMNO sendiri goyah.

Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), kali ini ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi. Jik Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan dikelilingi oleh penasihat-penasihatnya yang bodoh itu, kita sudah menjadi pembangkang hari ini.

Berhadapan dengan kekuatan jentera pilihan raya Pakatan yang jauh lebih besar daripada 2008, BN merampas kembali dua negeri yang kita kalah dalam pilihan raya yang lalu – Kedah dan Perak. Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa jika dilihat dengan jentera Pakatan, manifesto pakatan dan juga calon-calon yang mereka pertaruhkan kali ini berbanding 2008.

Pada zaman Pak Lah, UMNO mengalami perpecahan dan menuju kehancuran yang serius sehingga menyebabkan kita kehilangan Kedah, Perak dan Selangor serta kalah teruk di Kelantan. Akhirnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri keluar UMNO sebagai menyatakan kekecewaan beliau kepada Pak Lah. Situasi dalam UMNO hari ini sangat berlainan sama sekali. UMNO kembali menjadi Menteri Besar di Kedah dan Perak.

Rampas Dua Negeri, Kerus UMNO Bertambah

Hari ini Mohd Najib telah merampas kembali dua negeri yang kalah dalam pilihan raya lalu di samping mengekalkan negeri-negeri yang telah diperintah sebelum ini. Ini tentulah pencapaian lebih baik dari Pak Lah.

Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

Ini bermakna gandingan Mohd Najib – Muhyiddin telah berjaya mengukuhkan kembali sokongan kepada UMNO yang merosot teruk pada 2008. Justeru dari segi pencapaian UMNO, tiada sebab Mohd Najib perlu meletak sebagai jawatan Presiden UMNO. Mohd Najib telah menjalankan tanggungjawab beliau paling utama sebagai Presiden UMNO iaitu memulihkan parti.

Kehilangan tujuh kerusi Parlimen memang agak mengecewakan, namun Mohd Najib telah berjaya menambah sokongan pengundi terhadap BN daripada 4 juta pada 2008 kepada 5.3 juta pada 2013.

Dan kita semua tahu, pengurangan kerusi ini bukan kerana isu polisi yang lemah, kepimpinan yang lemah atau kebencian rakyat kepada kepimpinan negara seperti 2008.

Sebaliknya, peningkatan kerusi Pakatan kali ini hanyalah kerana kaum Cina mahu DAP berkuasa besar dalam politik negara. Ini telah saya bincangkan dalam siri kedua analisis PRU 13 semalam.

Mohd Najib Bukan Sempurna

Jadi mengapa Mohd Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO? Hanya orang yang tidak mahu berfikir, berdendam dan mahu merebut kuasa dalam UMNO sahaja yang mencadangkan sedemikian. Untuk mereka yang mahu UMNO terus kuat dan kukuh, mereka tahu bahawa parti berada dalam landasan yang betul di bawah Mohd Najib.

Namun Mohd najib bukan sempurna. Beliau perlu melakukan perubahan dan pembetulan diri, kerajaan dan parti bagi meneruskan momentum sokongan ini. Ini telah saya nyatakan dalam siri pertama analisis PRU 13 ini.

Kepada sahabat-sahabat yang menulis membelasah Mohd Najib dan Muhyiddin hari ini, tanyalah diri kita adakah kepimpinan Mohd Najib lebih baik atau buruk dari Pak Lah? Saya percaya ramai dalam hati nurani mereka menyatakan Mohd Najib lebih baik. Memang ada perkara kita tidak bersetuju dengan Mohd Najib, namun apakah ia satu justifikasi untuk menjatuhkannya dan membenarkan DAP menepuk tangan?

Mohd Najib memerlukan masa memperbaiki kerosakan yang berlaku sejak 2004 -2009. Ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat!\

Thursday, 9 May 2013

ALI ROSTAM SEDIH DISABOTAJ RAKAN??!! MAI JENGUK


Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya – Mohd Ali

MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang ‘menikamnya dari belakang’.

“Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya,” kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.

Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.

Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.

“Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih,” katanya.

Wednesday, 8 May 2013

HOT!! UMNO-PAS AKAN BEKERJASAMA SEKAT KEBANGKITAN DAP??!! MAI RISIK


Wujudkan Gabungan Kerjasama Umno-PAS Sekat Kemaraan DAP

KUALA LUMPUR: Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mewujudkan gabungan kerjasama antara PAS dan Umno sebagai langkah menyekat kemaraan DAP.

Beliau berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad, sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk diadakan perbincangan serius berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu.

“Sudah sampai masanya Umno dan PAS melupakan sengketa lama untuk secara serius duduk merancang dan memikirkan aganda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Keputusan PRU-13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, kembali berkuasa setelah memenangi 133 kerusi parlimen, diikuti DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).

Hasan menarik perhatian berdasarkan keputusan pilihan raya itu, jelas kelihatan kehadiran PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP, bukan sebaliknya.

Menurutnya, pengundi Melayu atas nama setiakawan pakatan rakyat memberi undi kepada DAP di Gelang Patah tetapi di kebanyakan tempat dengan minoriti Cina, keadaan serupa tidak berlaku dan menyebabkan calon PAS kecundang di kawasan-kawasan berkenaan.

“Atas dasar ini, bukankah munasabah untuk dilihat secara serius gabungan kerjasama antara PAS dan Umno untuk menyekat kemaraan DAP,” katanya.

Perebutan bagi kerusi parlimen Gelang Patah di Johor menyaksikan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Hasan turut sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah untuk mengenal pasti dan memperbaiki segala kelemahan supaya selari dengan kehendak dan aspirasi majoriti pengundi dan penyokong mereka.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima suara rakyat yang disalurkan melalui PRU-13 walaupun kecewa dengan keputusan itu.

Menurutnya, segala permintaan untuk menambah baik proses pilihan raya dan amalan demokrasi di negara ini telah dituruti kerajaan, namun masih ada yang mempertikai keputusan suara rakyat pada PRU-13.

“Kita nak bekerja dan memenuhi mandat diberi rakyat dan bukan terus menerus bergaduh macam ni yang hanya akan merugikan negara. BN pun bukan menang besar, tapi kita terima hakikat itu kehendak rakyat,” kata Syed Ali.

Sementara itu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM)mahu pemimpin kerajaan yang baru dipilih di peringkat persekutuan dan negeri supaya mempunyai iltizam politik yang kuat untuk sentiasa memperbaiki dasar-dasar sosio-ekonomi.

Dalam satu kenyataan, Presiden ACCCIM, Datuk Lim Kok Cheong berkata membantu komuniti perniagaan, terutamanya sejumlah besar perusahaan kecil dan sederhana, adalah penting untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Beliau juga menyeru agar semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya yang ditunaikan dan bagi kerajaan membina Malaysia yang lebih harmoni dan progresif dengan melaksanakan program-program transformasi sosio-ekonomi yang memberi manfaat semua kaum. - BERNAMA

Monday, 6 May 2013

CHINESE TSUNAMI : PAS DITIPU DAP, UMNO DITIPU MCA!!! UMNO PAS BERGABUNGLAH UTK ISLAM!!!


CHINESE TSUNAMI: PAS DITIPU DAP, UMNO DITIPU MCA!!!


Pedih ke tak pedih, memang itulah yang berlaku!

TIDAK ADA CALON MCA yang bertanding di kawasan Cina pun yang menang kecuali di kawasan majoriti Melayu.

PAS HILANG BANYAK KERUSI kerana persekongkolan dengan DAP, sedangkan DAP pula meraih banyak kerusi kerana berjaya kudakan PAS.

PKR? Tak payah sebutlah... itu parti unik yang serba gormal dan menjadi kesayangan rakyat Selangor!

Sesiapa pun, termasuklah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menafikan tentang CHINESE TSUNAMI yang teruk melanda PRU13. Dan kali ini, barangkali barulah masing-masing sedar bahawa golongan muda yang kali pertama dan kedua mengundi, lebih memilih parti-parti dari Pakatan Rakyat terutama sekali DAP berbanding MCA dan UMNO sendiri.

Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga atau mengekalkan majoriti 2008 kerana faktor pengundi Cina. Itu tidak dapat disangkal lagi. Ini bukanlah kenyataan RASIS tetapi itulah hakikatnya.

Selepas ini, berapa banyak lagi yang akan dihamburkan untuk mengambil hati Cina? Berapa banyak elemen Islam yang akan dilacurkan untuk menyenangkan hati DAP? Dan berapa banyak pula kawasan Melayu-Bumiputera yang akan dikorbankan untuk memastikan kerajaan sedia hari mendapatkan undi dan pengaruh Cina pada PRU akan datang?

CHINESE TSUNAMI...

RED BEANS ARMY tajaan DAP telah berjaya sepenuhnya. Tidak sahaja berjaya membawa pengundi-pengundi muda Cina keluar mengundi dan memenangkan DAP dengan majoriti-majoriti yang sangat besar, tetapi juga berjaya mengalihkan otak Melayu-Bumiputera terutama dari golongan muda untuk menyokong DAP dan pada masa yang sama, melemahkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Hilang sudah cerita Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri. Hilang juga cerita Hadi Awang yang sepatutnya jadi Perdana Menteri. Yang pasti, walaupun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak jadi Perdana Menteri kerana hanya menang 35 kerusi Parlimen, tetapi merekalah pemenang sebenar dan kejayaan kerja-kerja propaganda yang dilakukan oleh DAP dari tahun 2008 sehingga 2013, telah pun membuahkan hasil yang lumayan.

Gagal mengambilalih Johor, gagal mengambilalih Negeri Sembilan, gagal mengambilalih Perak dan gagal juga di Sabah, tidak akan mematahkan semangat DAP. Sebaliknya mereka akan bekerja lebih kuat dan lebih cerdik berbanding sekarang.

Kalau sebelum ini RED BEANS ARMY terdiri daripada budak-budak Cina, tidak mustahil kuota tersebut akan dikurangkan dan kemasukan lebih ramai budak-budak Melayu akan dibuat oleh DAP. Pastinya dengan kejayaan menang besar di Selangor dan Pulau Pinang, akan membolehkan dana lebih besar untuk kerja-kerja siber disalurkan sepertimana peruntukan RM25 juta yang diberikan oleh Pakatan Selangor untuk media baru, amat berbaloi dengan keputusan PRU13 di negeri itu.

Adakah UMNO pula akan terus bergantung dan berharap yang MCA akan menolong mereka lepas ini? Atau UMNO akan kekal melihat sahaja perbuatan Chua Soi Lek yang cuba memusnahkan Barisan Nasional dari dalam?

Cakaplah apa pun, yang pasti, PAS kena main dek DAP dan UMNO pula sah-sah kena saiko dengan Chua Soi Lek yang meletakkan calon-calon kalah bagi menjamin kedudukan politiknya.

Jangan sembang tentang RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI kerana rumah yang duk ada sekarang ni, TAK PERNAH SIAP-SIAP dan SENTIASA PERLU DITUKANG. Kalau tidak, akan berkuburlah Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini!!!

Sumber theflyingkick

IMPIAN KAMI ANAK MUDA. PAS BERSAMA UMNO KE PUTRAJAYA!!!


Indahnya PAS Bersama UMNO!



Sebagai kita umat islam,adalah kita saling memaafkan antara satu sama lain, alangkah indahnya PAS bersama dengan UMNO untuk memerintah Sebuah Tanah Air di Negara Islam?!



Aku sebagai anak muda, aku tak fikir UMNO pernah mengkhianati dan mengzalimi para muda mudi hari ini, semua terbela semua tersedia. Anak muda yang bersama PAS hari ini hanya dimomokkan kata-kata kecewa dari pemimpin PAS yang dahulu rasa berdendam dengan UMNO.


PAS jangan biarkan air amarah didalam diri pemimpin PAS terdahulu dan meracuni pemikiran kami anak muda. Negara ini akan kami ambil alih dari kalian, Mahukah kalian pergi meninggalkan kami dalam keadaan saling berdendam dan bermusuh musuhan sesama Islam?!





Sudah-sudah lah tu PAS, Hari ini Barisan Nasional masih kekal memerintah negara, PAS semakin nazak ditipu kafir harbi DAP.


Benar atau tidak?!Nilaikan..






PAS kian terhakis dipergunakan oleh DAP, Nak bersuara pun tidak berdaya!!!!

Sumber daengselili

Sunday, 5 May 2013

“Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik tak siapa peduli,” - Tun M


Bicara Isu Semasa Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

IMG-20130501-WA0039
IMG-20130501-WA0017
IMG-20130501-WA0018
IMG-20130501-WA0020
IMG-20130501-WA0021
IMG-20130501-WA0022
IMG-20130501-WA0027
IMG-20130501-WA0029
IMG-20130501-WA0032
IMG-20130501-WA0035
IMG-20130501-WA0044

Shah Alam - Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah semalam tiba tepat jam 9.30 malam di Seksyen 6, Shah Alam bersama ribuan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur yang menyokong dan menanti beliau sejak 7.30 malam lagi.
Malam semalam adalah program Tun Mahathir bersama rakyat iaitu Bicara Isu Semasa bersama Tun Mahathir. Jelas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau masih tetap utuh apabila melihatkan kehadiran ribuan rakyat datang memenuhi parkir awam Seksyen 6 Shah Alam.
Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan kemudian Tun Mahathir terus memulakan ucapan beliau.
‘Saya tidak akan tarik balik kenyataan apa yang saya kata. Lim Kit Siang memang seorang yang rasis. Dia suruh bagitahu kawan dia si Karpal tu. Suruh saya tarik balik. Saya nak tarik balik buat apa, dia memang rasis’ ulang Tun berkali-kali.
‘Selama 87 tahun saya dok bercakap. Saya nak tutup mulut macam mana saya memang dah tak boleh tutup mulut saya nak bercakap. Dia nak bawa saya ke mahkamah bawalah’ seloroh Tun Mahathir tetapi mempunyai maksud yang mendalam.
‘Lim Kit Siang ni dia ke Gelang Patah sebab dia ingat di Gelang Patah ramai pengundi Cina. Dia bergantung kepada perkauman. Dia hasut orang Cina supaya membenci orang Melayu.’
Tun Dr Mahathir mengakhiri ucapan beliau dengan sebuah pantun. Walaupun lari maksud dua baris terakhir tetapi ada maksud tersirat yang terlalu mendalam untuk kita fahami. Banyak jasa yang telah Barisan nasional lakukan untuk negara ini.
“Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik tak siapa peduli,”

Saturday, 4 May 2013

PANAS!!! PENERBANGAN KHAS = PENGUNDI HANTU = ANWAR GILA




Anwar Ibrahim hari ini menjejaki kegilaan Khalid Ibrahim apabila mendakwa Pejabat Perdana Menteri menerbangkan berpuluh ribu orang pengundi hantu dari pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Cuma berbeza dengan Khalid, Anwar kali ini menyatakan beliau mempunyai bukti bertulis dalam bentuk emel antara syarikat penerbangan dengan pejabat PM. Beliau juga telah mengurangkan jumlah pengundi yang diterbangkan daripada 130 ribu yang didakwa oleh Khalid kepada hanya 45,000 orang.

Sebenarnya ramai orang telah penat dengan tipu helah dan cerita-cerita bombastik Anwar bin Ibrahim ini. Anwar dalam keadaan merasakan beliau akan kalah teruk telah mencipta pelbagai isu yang boleh mencetuskan kerisauan dan kemarahan orang ramai terhadap BN. Beliau mahu mencipta persepsi bahawa pilihan raya ini dipenuhi dengan penipuan dan ketidaktelusan bagi tujuan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap BN.

Anwar Ibrahim tidak bercakap atas logik dan fakta tetapi masih berupaya mempengaruhi sebahagian orang dan memperbodohkan Malaysiakini.com.

Persoalan utama ialah jika benar terdapat tempahan untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya ia bukanlah satu kesalahan. Adalah hak untuk mana-mana parti politik membawa pengundi mereka dari luar kawasan untuk pulang mengundi.

Semua parti termasuk Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR mempunyai jentera yang menguruskan pengangkutan pengundi. Sama ada menggunakan kapal terbang, kereta, motosikal atau bas hanyalah bentuk pengangkutan. Bolehkah Anwar menafikan bahawa partinya juga mengangkut pengundi? Bolehkah Anwar nafikan bahawa partinya juga memberi duit tambang untuk pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi?

Jadilah sangatlah aneh untuk ada sesiapa yang percaya bahawa penerbangan khas ini, jika benar, ialah bertujuan untuk membawa pengundi hantu.

Jika Anwar ada bukti terdapat pengundi hantu sila tunjukkan supaya kita dapat menyelesaikan isu ini sebelum pilihan raya. Sangatlah aneh untuk Anwar mendakwa beliau ada bukti pengundi hantu tetapi menyembunyikan bukti tersebut untuk masa yang sesuai.

Jadi Anwar bukan bertujuan mahu mendapat pilihan raya yang bersih, tetapi beliau sekadar mahu menimbulkan huru-hara dengan cara menimbulkan kebencian penyokongnya kepada BN.

Dalam keadaan hampir kalah, Anwar akan muncul dengan pelbagai isu sensasi yang bertujuan menyakinkan penyokongnya bahawa mereka kalah bukan sebab rakyat tidak sokong tetapi sebab BN menipu.

Dan apakah Perdana Menteri begitu bodoh hendak terbangkan berpuluh ribu orang pekerja asing di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung? Lebih baik benarkan mereka mengundi di Sabah dan Sarawak sahaja.

Untuk Anwar cukuplah hampir dua dekad menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat yang kurang berfikir terhadap kerajaan. Cukuplah Anwar, saudara bukan muda lagi, ingat akhirat sama.

Monday, 29 April 2013

SELANGOR : PM JAMIN SELESAIKAN MALASAH AIR SELANGOR


Perdana Menteri ketika mengadakan ke Selangor baru-baru ini, berjanji akan segera menyelesaikan masalah air di negeri Selangor sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor pada PRU13 nanti.



Najib berkata, kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Dalam soal air, kita tengok mereka patut memberi tumpuan kepada satu penyelesaian tetapi mereka nak ambil alih syarikat bekalan air (Syabas). Mereka utamakan ambil alih syarikat. Mereka tidak mementingkan cara mana menyelesaikan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Ini tersasar fokusnya, ini tidak betul. Ini salah satu contoh kegagalan mereka, keutamaannya tak kena. Fokusnya tersasar dan mereka tidaklah layak (mentadbir), pihak yang layak patut diberi sokongan” katanya.

Malah rakyat sendiri rata telah mula serik dengan PKR yang terlalu banyak memberikan janji kosong dan janji yang tidak ditepati. Masalah air tidak selesai, masalah sampah dan masalah tempat letak kereta.

Masalah air Selangor telah lama menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat Selangor dan keengganan kerajaan Selangor untuk beri kerjasama dengan Syabas adalah punca utama perkara ini berlaku. Isu ini juga acapkali dipolitikkan oleh PR dengan
menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Malah, kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim juga semakin bodoh sombong dengan menolak pelawaan kerajaan Negeri Sembilan bagi menyelesaikan masalah air Selangor.

Akibat kedegilan Khalid itu juga, rakyat Selangor terpaksa menderita kerana bekalan air tidak dapat disalurkan dengan cekap dan efisyen.

Khalis sebaliknya memilih untuk menyalahkan SYABAS atas alasan syarikat konsesi air itu tidak berupaya menyelesaikan perkara itu.

Sedangkan, ketidakupayaan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dalam meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan oleh SYABAS.

Masalah yang dihadapai Selangor bersifat jangka panjang kerana tanpa pembinaan loji pemprosesan air bersih, banyak mana pun simpanan air mentah, rakyat masih tidak dapat menggunakannya.

Industri juga gagal berkembang dan ekonomi Selangor bergerak perlahan ekoran masalah air yang semakin meruncing. Nyata janji Datuk Seri Najib Razak memberikan nafas baru kepada rakyat Selangor kerana ia bersifat jangka masa panjang dan menyeluruh.

Jelas Khalid gagal menjaga kebajikan rakyat dan BN sahaja yang mempu memahami denyut nadi rakyat.

Monday, 22 April 2013

LAGI BONGKAR!!! PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM & PKR DENGAN PELOBI YAHUDI DI US!!!




Kalau kita semua masih ingat, APCO pernah dijadikan senjata oleh Pakatan bagi menutup hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi. Namun, isu itu reda apabila sibertruper BN dan media barat sendiri mendedahkan penglibatan dan hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi-Zionis yang jauh lebih serius dan penuh kontroversi.


http://mymassa.blogspot.com/2010/12/renungan-petang-isnin-apco-milik-anwar.html


http://mymassa.blogspot.com/2010/05/isu-apco-anwar-dikecam-kerana-berpaling.html


Sehinggakan pernah satu ketika, dek kerana terlalu terdesak hendak mempertahankan Anwar, Presiden PAS sendiri, pengarang Amanat yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan kafir Zimmi dan inspirasi peristiwa Memali, terpaksa mengeluarkan fatwa yang menghalalkan membuat hubungan dengan Yahudi-Zionis.


http://mymassa.blogspot.com/2012/03/kenapa-pas-kata-halal-berniaga-dengan.html


Baru-baru ini timbul satu lagi bukti baru penglibatan Anwar Ibrahim dan PKR dengan pelobi Yahudi di US. Satu emel yang TERBOCOR, mendedahkan bahawa satu mesyuarat telah cuba diadakan di antara Orion Strategist dengan PKR bagi membantu parti tersebut memenangi PRU akan datang ini. Untuk rekod, Orion Strategist adalah satu syarikat perunding politik/pelobi milik Yahudi/US.





Leaked E-Mails Suggest PKR Hired Pro-Israeli Lobbyists in Washington

Wednesday, 03 April 2013







Parti Keadilan Rakyat has reportedly hired the services of a well known pro-Israeli lobbying and PR firm to promote the party in the United States.

Leaked e-mails, according to web portal FMT, suggest that PKR may have hired Orion Strategies to lobby on their behalf in Washington DC and to arrange meetings in Congress.

Most recently, according to FMT, the firm appears to have been trying to arrange a lobbying visit to Washington for party councilor and Suaram director Cynthia Gabriel. The trip was due to take place in mid-March but was postponed.

Orion Strategies represent numerous right-wing politicians in the U.S. and are also one of the fiercest defenders of the Israeli government. They are infamous for launching smear campaigns against American politicians deemed critical of the Jewish state.

Orion's Vice President, Michael Goldfarb, even launched a smear campaign against President Barack Obama during his re-election campaign last year, accusing the President of hanging out with critics of Israel.

Randy Scheunemann, a former advisor to U.S. Defense Secretary Donald Rumsfeld, heads Orion Strategies.

He earned notoriety for helping to establish the 'Committee for the Liberation of Iraq', which promoted the case for war in the U.S. media just prior to the invasion of Iraq in 2003 – a war that led to the deaths of 120,000 innocent Muslim civilians.

More recently, Scheunemann helped establish the 'Emergency Committee for Israel', a lobbying outfit which has close links to the hard right of Israeli politics and the Likud government of Prime Minister Benjamin Netanyahu.

The leaked documents, reported by FMT, suggest that Orion has been soliciting meetings with U.S. Congressmen and Senators for Gabriel, who was originally due to travel with Ibrahim Suffian of the Merdeka Centre.

Orion Strategies appear to have been briefing American politicians about the prospect of post-election violence and unrest in Malaysia.

Orion Strategies wrote that Gabriel would visit Washington to "discuss political developments in Malaysia prior to the upcoming parliamentary elections. Unresolved issues are threatening the integrity of Malaysia's electoral process and hold open the possibility, if not corrected, of plunging Malaysia into deep, post-electoral civil crisis."

Not surprisingly, PKR strategy director Rafizi Ramli has denied that his party hired any consultants, saying he never heard of Orion Strategies. "We believe that we have enough talent among our volunteers and leadership to spearhead the campaign on our own," he told FMT.

Anwar Ibrahim has previously been quick to condemn the Government for allegedly employ dirty tricks against his party. Now Rafizi is busy denying that Anwar or PKR would hire Washington lobbyists to employing the very same dirty tactics he claims to abhor. -https://www.thechoice.my/top-stories/64447-leaked-e-mails-suggest-pkr-hired-pro-israeli-lobbyists-in-washington

Lihat lagi bukti di bawah :


Nampaknya Anwar akan menggunakan segala macam cara yang boleh difikirkannya untuk memastikan dirinya dapat dinobatkan sebagai PM Malaysia selepas PRU ini. Setelah rancangannya untuk mewujudkan kucar-kacir dalam negara bermula di Sabah gagal, Anwar kini kembali kepada pendokongnya selama ini, iaitu pelobi Yahudi di US. Inilah yang dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara, walaupun menggunakan penyembelih umat Islam Palestin untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam, namun ianya tidak menjadi satu kesalahan buat Anwar. Asalkan kuasa mutlak dapat dikecapinya selepas PRU ini.

Namun, seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Walau sehebat mana sekalipun perancangan musuh-musuh Islam, namun ianya tetap tidak akan dapat mengatasi Qada' dan Qadar yang telah Allah SWT tetapkan. Anda semua boleh lihat sendiri, satu persatu perancangan jahat PKR dan Pakatan terdedah dengan sendiri tanpa perlu usaha keras UMNO. Ini semua bagi membuatkan kita semua berfikir dan memudahkan kita membuat pilihan PRU nanti. Pilihlah dengan nikmat akal yang telah Allah SWT berikan, dan janganlah menjadikan tangan-tangan kita sendiri sebagai penghancur masa depan anak-anak kita dan negara!

Pesan P.M : BUKTI DEPAN MATA TERANG LAGI BERSULUH, BICARA TANPA FAKTA    SERUPA MANUSIA TANPA ILMU, AKAL ALLAH BERIKAN UTK MENTAFSIR MENILAI..BERFIKIR DENGAN BIJAK.

Sumber mymassa thechoice

Sunday, 21 April 2013

PANAS!!! UMNO TIDAK MENERIMA INDIVIDU YG BELOT.



PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

“Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

“Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

“Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya.

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-BERNAMA

Sumber suaragenerasibaru

Saturday, 20 April 2013

HOT!! SENARAI PENUH CALON BN JOHOR PRU 13



Syukur alhamdulillah, BN Johor telah pun selamat mengumumkan senarai calon untuk menghadapi PRU13 yang akan tiba pada 5 Mei 2013. Penulis berharap, kepada mereka yang gagal untuk mendapat tempat sebagai calon BN kali ini, agar berikanlah sokongan kepada calon yang terpilih.


Kepada bekas YB, pada pru yang lepas calon baru ini telah menyokong anda, kali ini berikanlah sokongan kepada mereka. Kepada penyokong bekas calon / mereka yang tidak tercalon, buangkanlah sikap "busuk" hati sekiranya ada.


Penulis mendapat info, ada segelintir penyokong bekas calon / yang tidak tercalon akan "menjatuhkan" calon baru ini ketika pemilihan UMNO hujung tahun nanti. Busuk hati betul, pemimpin anda pernah memegang "title" YB bertahun lamanya. Kini berilah peluang pada orang lain.


Adakah anda mahu pemimpin anda itu memimpin kawasan anda sehingga tidak mampu untuk berdiri lama sepertimama Nik Aziz? Ubahlah sikap pentingkan diri demi agama, bangsa dan negara.


Senarai nama calon Barisan Nasional Negeri Johor :

P140- Segamat: Datuk Subramaniam
N01- Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim
N02 – Jementah: Ling Ong Tee

P141 – Sekijang: Anwar Abd manap
N03- Pemanis: Low Ching Hoon
N04- Kemelah: Datuk Ayub Rahmat

P142- Labis: Datuk Chua Tee Yong
N05- Tenang: Azhar Ibrahim
N04-Bekok: Tan Chong

P143- Pagoh: Tan Sri muhyidin yasin
N07- Bukit Serampang: Ismail Mohamad (muka baru)
N08- Jorak: Datuk Dr Mohd Sharudin Mohd Saleh

P144- Ledang: Hamid Samuri
N09- Gambir: M. Asojan
N10- Tangkak: Goh Tee Tee N11- Sembrong: Abd Razak (muka baru)

P145- Bakri: Lee Ching Yong
N12- Bentayan: Foh Soh Lan
N13- Sg Abong: Datuk Aris mohd salleh
N14- Bkt Naning: Datuk Saiful Bahri

P146- Muar: Datuk Razali Ibrahim
N15- Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad
N16- Sg Balang: Zaiton Ismail

P147- Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad N17-
Semerah: Mohd Ismail Roslan (muka baru)
N18- Seri Medan: Datuk Zulkurnain kamisan

P148- Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong
N19- Yong Peng: Lim Kee Moi
N20- Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali

P149- Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi
N21- Parit Yaani: Tiow Yew Chuan
N22- Parit Raja: Datin Azizah Zakaria

P150- Batu Pahat: Dr Mohd Puad Zarkashi
N23- Penggaram: Ting Bang Siong
N24- Senggarang: Abd Aziz Ismail
N25- Rengit: Ayub Jamil

P151- Simpang Renggam: Liang Tik Ming N26-
Machap: Taib Abu Bakar
N27- Layang Layang: Abd Mutalib Abd Rahim

P152- Kluang: Datuk Hoo Kok Chung
N28- Mengkibol: Chai Kee Yaw
N29- Mahkota: Jais Sarday

P153- Sembrong: Datuk Seri Hishammundin Tun Hussein
N30- Paloh: Tioh Yap Kun
N31- Kahang: Vidyanathan

P154- Mersing: Datuk Abd Latif Ahmad
N32- Endau: Latif Bardi
N33- Tenggaroh: Ravi Kumar

P155- Tenggara: Datuk Halimah Sadique N32-
Parit: Datuk Badri Dasuki
N33- Pasir Raja: Dr Adham Baba

P156- Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin
N36- Sedeli: Rasman Isnin
N37- Johor Lama: Asiah Mohd Aris

P157- Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman
N38- Penawar: Hamimah Mansor
N39- Tanjung Surat: Sesis

P158- Tebrau.: Kuu Su Siang
N40- Tiram: Datuk Maulizan
N41- Puteri Wangsa: M. Surinarayan

P159- Pasir Gudang: Normala Abd Samad
N42- Johor Jaya: Tan Cher Puk
N43- Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

P160- Johor Bharu: Tan Sri Shahril Samad
N44- Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru
N45- Stulang: Chong See Chiong

P161- Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46- Pengkalan Rinting: Chang
N47- Kempas: Tengku Putera Harun

P162- Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman
N48- Skudai: Ling Ah Chai
N49- Nusajaya: Datuk Dr Zaini Abu Bakar

P163- Kulai: Teh Chi Ziang
N50- Bkt Permai: Mazlan Salleh
N51- Bkt Batu: Chia Chin Liang

SELAMAT MENGUNDI

Friday, 19 April 2013

SEJARAH TERCIPTA! HINDRAFF BN TEMUI KATA SEPAKAT


KUALA LUMPUR: Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf pada Khamis menjalin satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy meminta masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya umum nanti.

Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.

Mou digelar ‘Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India’ ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Waythamoorthy.

Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era baru dalam hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.

“Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk sama seperti ‘Arab Spring’ menjadi ‘Arab Winter’,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara. Najib berkata masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.

“Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia dan ini termasuk penduduk kaum India. “Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum India akan dilaksanakan. -BERNAMA

Thursday, 18 April 2013

KERAJAAN SEDIA BELANJA BESAR UTK PENDIDIKAN BAGI LAHIR MODAL INSAN - MUHYIDDIN




KULAIJAYA — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia melabur peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan sebagai usaha membangunkan rakyat dan negara.

Timbalan perdana menteri berkata perkara itu telah pun diberikan keutamaan oleh kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan bagi melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi.

“Kalau kerajaan belanja berbilion untuk pendidikan tidak mengapa kerana ia dapat menjana modal insan. Kita perlu modal insan kerana ia boleh membangunkan bidang ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya pada majlis pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di sini Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan akan memastikan bidang pendidikan dilaksanakan secara adil di seluruh negara.

“Kita (kerajaan) bukan sahaja mahu rakyat di bandar dilengkapi kemudahan pendidikan, kita juga bersikap adil di mana sahaja (di luar bandar dan pedalaman) bagi memberi pembelaan yang saksama (kepada rakyat)…inilah kerajaan yang adil,” katanya.

Beliau berkata kerajaan terus melaksanakan pelbagai perubahan termasuk transformasi terhadap pendidikan bagi memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju pada masa hadapan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak jemu dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia negara maju. Ini bukan mudah sebab dulu (sebelum merdeka) kita tidak ada apa-apa. Penjajah tidak kisah kalau kita tiada ilmu.

“Tetapi Malaysia yang dulunya mempunyai tujuh juta penduduk dan kini 28 juta penduduk, telah maju dalam semua bidang dan masyarakat antarabangsa memandang tinggi terhadap kita,” kata Muhyiddin.

Mengenai SMK Bukit Batu, beliau berkata pembinaan sekolah berkenaan yang melibatkan kos sebanyak RM30 juta dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata pembinaan sekolah itu di kawasan seluas kira-kira enam hektar akan dilengkapi 24 bilik darjah yang dapat menampung hampir 1,000 pelajar.

Timbalan perdana menteri berkata pada masa ini, penduduk di Bukit Batu terpaksa menghantar anak masing-masing ke SMK Kelapa Sawit yang terletak sejauh 14km dari petempatan mereka dan keadaan itu menyukarkan.

“Pembinaan sekolah ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak yang sebelum ini terpaksa berjalan kaki dan mengambil masa yang lama untuk pergi dan balik ke sekolah,” katanya.

Wednesday, 17 April 2013

PRU13 - FATHUL BARI CABAR HARON DIN DI PERLIS


FATHUL BARI BERENTAP DI PERLIS


Ustaz Fathul Bari dinamakan sebagai calon BN untuk kerusi Dun Sanglang, Perlis.
Dato' Seri Shahidan pula bakal berlawan dengan Haron Din di Arau.
Manakala MB Perlis umum tidak lagi bertanding atas faktor usia...

Tuesday, 16 April 2013

MESTI BACA!! BN AKAN MENANG PRU13?? KENAPA?? MAI SAT KITA KAJI..



SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pakatan Rakyat (PR).

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, masalah perebutan kerusi yang timbul antara parti komponen PR antara faktor penyumbang kelemahan PR.

“Banyak isu yang timbul dalam PR, antara yang besar adalah ketiadaan persefahaman dalam pengagihan kerusi kerana perkara ini menjadi perhatian berikutan semua pihak sedang menantikan hari penamaan calon.

“Selain itu, isu yang melibatkan moral pemimpin juga menjadi faktor semasa yang boleh menggugat kepercayaan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, ada pengundi yang menitik beratkan soal moral dan integriti seseorang pemimpin, sekaligus boleh memberikan kesan kepada parti.

“Di Malaysia sifat peribadi seseorang individu itu dilihat penting apatah lagi melibatkan parti yang selama ini membawa nama agama.

“Apabila isu itu timbul bersama bukti, ianya mampu menggugat kedudukan parti ketika ini walaupun kebenarannya masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Ketika ditanya apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berkenaan, beliau berpendapat, individu yang disabitkan sesuatu isu itu perlu berani tampil dengan membuat penafian bagi menarik kembali sokongan rakyat.

“Pemimpin terbabit perlu tampil menyatakan hujahnya bukan berdolak dalih menuduh pihak lain menjadi punca perkara itu timbul.

“Jika mengikut Islam, sumpah laknat adalah yang terbaik memandangkan keadaan kini kritikal, jika dibiarkan isu ini akan jadi liabiliti kepada parti” katanya.

Bagi Pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian, sokongan rakyat ketika ini dilihat berpihak kepada BN.

“Antara faktor penyumbang adalah gerak kerja dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa tahun ini.

Menurutnya, ketika ini BN mahupun PR dalam keadaan berhati-hati dan masing-masing susun strategi.

“BN masih punya kelemahan namun beberapa isu yang timbul dalam PR ketika ini beri kelebihan kepada BN.

“Dua elemen yang sangat penting adalah calon dan jentera, namun trend sebenar hanya boleh dilihat selepas penamaan calon,” katanya.

Monday, 8 April 2013

MANIFESTO BN : TERBAIK DALAM SEJARAH, HANYA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT.


Manifesto BN PRU13- Ibu Segala Manifesto

Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.

Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 – Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.

Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.

Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik. Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu. Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari. Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.

Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir. Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.

Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita . Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut. Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi


Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik. Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.

Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini, kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.

Sunday, 7 April 2013

MANIFESTO BN : JANJI TINGKATKAN KEUPAYAAN PDRM ATM & APMM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mempertingkatkan keupayaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman, selesa dan selamat.

BN dalam manifestonya bertemakan ‘Rakyat Didahulukan’ dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu adalah antara usaha membanteras jenayah dan juga menangani apa jua bentuk pencerobohandan ancaman luar.

Bagi meningkatkan keupayaan, BN berjanji akan menambah 4,000 anggota polis setiap tahun dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan diperkukuhkan dengan menambah 5,000 lagi kenderaan, selain memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

BN juga berjanji untuk menambah 50,000 anggota pasukan sukarelawan simpanan polis bagi membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

Bagi mengurangkan jenayah, BN berjanji mewujudkan program Safecam untuk menghubungkan sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) swasta dan awam di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai titik panas.

Penggunaan CCTV akan diperluaskan bagi memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan parkir, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah kerajaan, selain memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan lain bagi menurunkan kadar jenayah jalanan.

BN juga turut berjanji untuk memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan dan menggunakan sistem 6P untuk mengekang kedatangan pendatang asing tanpa izin. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...