Pages

Showing posts with label NAJIB. Show all posts
Showing posts with label NAJIB. Show all posts

Monday, 29 April 2013

SELANGOR : PM JAMIN SELESAIKAN MALASAH AIR SELANGOR


Perdana Menteri ketika mengadakan ke Selangor baru-baru ini, berjanji akan segera menyelesaikan masalah air di negeri Selangor sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor pada PRU13 nanti.



Najib berkata, kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Dalam soal air, kita tengok mereka patut memberi tumpuan kepada satu penyelesaian tetapi mereka nak ambil alih syarikat bekalan air (Syabas). Mereka utamakan ambil alih syarikat. Mereka tidak mementingkan cara mana menyelesaikan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Ini tersasar fokusnya, ini tidak betul. Ini salah satu contoh kegagalan mereka, keutamaannya tak kena. Fokusnya tersasar dan mereka tidaklah layak (mentadbir), pihak yang layak patut diberi sokongan” katanya.

Malah rakyat sendiri rata telah mula serik dengan PKR yang terlalu banyak memberikan janji kosong dan janji yang tidak ditepati. Masalah air tidak selesai, masalah sampah dan masalah tempat letak kereta.

Masalah air Selangor telah lama menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat Selangor dan keengganan kerajaan Selangor untuk beri kerjasama dengan Syabas adalah punca utama perkara ini berlaku. Isu ini juga acapkali dipolitikkan oleh PR dengan
menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Malah, kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim juga semakin bodoh sombong dengan menolak pelawaan kerajaan Negeri Sembilan bagi menyelesaikan masalah air Selangor.

Akibat kedegilan Khalid itu juga, rakyat Selangor terpaksa menderita kerana bekalan air tidak dapat disalurkan dengan cekap dan efisyen.

Khalis sebaliknya memilih untuk menyalahkan SYABAS atas alasan syarikat konsesi air itu tidak berupaya menyelesaikan perkara itu.

Sedangkan, ketidakupayaan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dalam meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan oleh SYABAS.

Masalah yang dihadapai Selangor bersifat jangka panjang kerana tanpa pembinaan loji pemprosesan air bersih, banyak mana pun simpanan air mentah, rakyat masih tidak dapat menggunakannya.

Industri juga gagal berkembang dan ekonomi Selangor bergerak perlahan ekoran masalah air yang semakin meruncing. Nyata janji Datuk Seri Najib Razak memberikan nafas baru kepada rakyat Selangor kerana ia bersifat jangka masa panjang dan menyeluruh.

Jelas Khalid gagal menjaga kebajikan rakyat dan BN sahaja yang mempu memahami denyut nadi rakyat.

Monday, 8 April 2013

MANIFESTO BN : TERBAIK DALAM SEJARAH, HANYA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT.


Manifesto BN PRU13- Ibu Segala Manifesto

Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.

Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 – Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.

Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.

Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik. Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu. Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari. Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.

Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir. Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.

Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita . Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut. Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi


Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik. Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.

Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini, kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.

Thursday, 4 April 2013

GENAP 4 TAHUN NAJIB TERUS KEKAL PM MALAYSIA, PROGRAM TRANFORMASI TERLAKSANA



Hari ini 3 April genap YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:




1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 – Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 – Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.


* 4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.


* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

* 5 Okt 2011 – Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 – Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 – Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 – Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

* 15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


* 7 Mac 2013 – Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

* 11 Mac 2013 – Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 – Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 – Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

3. PENTADBIRAN

* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya — menteri dan timbalan Menteri – dalam mencapai matlamat pentadbirannya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

* 18 Julai 2009 – Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 – Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah – mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 – Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 – Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 – Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ dalam pengurusan tugas mereka, iaitu ‘mengurang’, ‘menghapus’, ‘mewujud’ dan ‘menambah peluang’.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 – Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 – Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)


* 25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).


4. EKONOMI DAN KEWANGAN

* 10 Mac 2009 – Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 – Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 – Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

* 15 Mei 2009 – Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 – Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 – Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 – Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.


* 23 Okt 2009 – Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama’ dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 – Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 – Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

* 10 Jun 2010 – Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 – Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 – Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 – Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya “memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism”.


* 12 Julai 2011 – Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 – Menghadiri “Invest Malaysia New York 2011″ di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 – Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 – menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 – mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 – Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 – Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 – Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 – melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 – Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 – Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 – Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 – Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

* 26 Mac 2009 – Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 – Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

* 15 Ogos 2011 – Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 – Melancarkan buku bertajuk ‘Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat’, yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 – Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 – 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama

SPR BEKERJA KERAS PASTIKAN PRU BEBAS, ADIL - PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan suara rakyat dapat dinilai secara adil.

Perdana Menteri merujuk tiga inisiatif yang dilaksanakan suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.

Inisiatif terbabit ialah memastikan daftar pemilih tepat dan terkini, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara serta penggunaan dakwat kekal.

Menerusi entri bertajuk ‘Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil’ di laman blog 1Malaysia beliau, Najib berkata daftar pemilih yang tepat dan terkini bertujuan mencegah penipuan serta pengundi hantu.

“Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam daftar pemilih yang telah diwartakan,” katanya.

Beliau berkata undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara seperti Australia, United Kingdom, China dan Qatar pula memberikan mereka hak untuk mengundi. “Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal,” katanya.

Najib berkata langkah mewajibkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi mengenal pasti mereka yang sudah mengundi.

“Kesemua inisiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini, dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandatangani ikrar yang sama,” katanya.

Perdana Menteri berkata kini terpulang kepada rakyat untuk memastikan sama ada mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini. -BERNAMA

Wednesday, 3 April 2013

PRU 13, PAKATAN PEMBANGKANG AKAN TUMPAS - DAIM ZAINUDDIN


PRU13, Pakatan Pembangkang Akan Tumbang – Daim Zainuddin

Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!

Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13.

Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.
Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.
Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya. Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai ‘Budak Bermata Biru’ Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.
Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan.
Apa yang penting ialah, mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.

Tuesday, 2 April 2013

BREAKING NEWS!!! PARLIMEN BUBAR ESOK ???


Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya, bagi membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Spekulasi tersebut difahamkan berikutan pengedaran surat oleh Pejabat Perdana Menteri, meminta semua menteri kabinet untuk menghadiri mesyuarat dalam Suit lounge gelap dan tali leher merah untuk sesi fotografi.

Jika Parlimen dibubarkan esok, penamaan calon berkemungkinan akan diadakan kemudian minggu depan, manakala hari pengundian akan jatuh pada 27 April selewat-lewatnya.

Mengikut amalan, menteri-menteri kabinet akan mempunyai satu sesi foto dengan perdana menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir kabinet, diikuti oleh pengumuman mengenai pembubaran parlimen selepas itu.

Difahamkan bahawa sesi foto akan dilakukan sebelum mesyuarat kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak kemudiannya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan pembubaran parlimen.

Mengikut amalan menetapkan bahawa Perdana Menteri akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat kabinet untuk mendapatkan perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Beberapa menteri diberitakan mengesahkan bahawa mereka telah menerima surat, dan tidak menolak kemungkinan bahawa Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat itu.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia akan menandakan empat tahun penuh kepada tarikh Najib menerajui negara selepas beliau dilantik sebagai penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009.

Penggal lengkap kerajaan lima tahun akan berakhir pada 30 April dan selepas itu Parlimen akan terbubar secara automatik. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri Sembilan adalah negeri yang pertama yang terbubar secara automatik.

Sumber apple-biru

Friday, 29 March 2013

TARIKH AKHIR PEMBUBARAN PARLIMEN 30 APRIL - SPR




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.

Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

“Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.

Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. - BERNAMA

Friday, 22 March 2013

AZLAN MAHU NAJIB MINTA MAAF PADA ANWAR



Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa fitnah kes liwat II adalah konspirasi politik Perdana Menteri untuk memenjarakan Ketua Umum KEADILAN.

Azlan Mohd Lazim yang mengaku Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah mendedahkan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Kharil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Najib mesti meminta maaf dengan Anwar dan keluarga serta bertaubat di atas fitnah yang dilakukan.

“Kita tuntut Najib mohon maaf kepada Anwar, kerana beliau sebenarnya terlibat dalam konspirasi ini. Kebenaran ini sekaligus menutup penafian Najib yang bermati-matian tidak tahu menahu mengenai fitnah itu.

“Pengakuan bapa Saiful membuktikan fitnah ini konspirasi terancang untuk menjatuhkan Anwar,” katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Aishah, sebagai pemimpin Islam, Najib harus berani menyatakan kebenaran untuk membersihkan namanya jika tidak terlibat.

“Pengakuan bapa Saiful secara terbuka tak boleh dipandang ringan. Najib perlu jawab kerana nama orang kanannya didakwa terlibat.
“Seorang Perdana Menteri Islam, Najib perlu menyatakan perkara sebenar di khalayak,” katanya.

Tambahnya, siasatan polis perlu disegerakan ke atas pihak yang terlibat merancang fitnah itu supaya nama Anwar dibersihkan sepenuhnya.

“Jika gagal, menunjukkan undang-undang dipermainkan sekaligus mencemar sistem perundangan negara,” katanya.

Sumber KLIK mediapermatangpauh

Tuesday, 19 March 2013

GEMPAR !!! DR. ASRI TOLAK PUJUK RAYU ANWAR



Tindakan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang memaklumkan mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri di laman twitternya nyata tidak dapat diterima oleh pimpinan tertinggi PKR khususnya Anwar Ibrahim. Ini kerana menurut sumber dalaman PKR, kenyataan Dr Asri yang seolah-olah memuji gaya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu telah menyebabkan PKR mengambil keputusan untuk tidak mencalonkannya dalam pilihanraya akan datang.

Dr Asri semalam, melalui laman sosialnya memaklumkan mengenai perjumpaan tersebut yang diadakan pada 2 minggu yang lalu.

“2 mnggu lepas YAB PM (Perdana Menteri) jemput saya ke pejabat beliau (untuk berjumpa secara) sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau mendengar dengan teliti (dan) saya hargai sikap itu” katanya.

Beliau sebelum ini dikatakan menjadi buruan PKR untuk diletakkan sebagai calon parti itu yang ingin menonjolkan tokoh agama sebagai salah satu cara untuk meraih simpati pengundi. Selain PKR, parti gabungan pakatan pembangkang seperti DAP dan Pas turut dikatakan berminat untuk mencalonkannya mewakili parti mereka di dalam pilihnaraya umum yang akan datang.

Malah PKR turut dikatakan menghantar salah seorang Naib Presidennya untuk berjumpa dengan Dr Asri agar segera menimbangkan tawaran yang diberikan itu. Dan usaha memujuk yang dilakukan itu dikatakan telah memakan masa hampir berbulan-bulan lamanya.

Tambah menarik perhatian ialah, Anwar Ibrahim turut mengunakan umpan jawatan untuk menarik minat penceramah itu dengan menawarkan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya pakatan berjaya mengekalkan negeri tersebut.

Secara keseluruhannya, melihat dari usaha yang dilakukan oleh Anwar ini nyata membuktikan bahwa parti itu benar-benar berada dalam keadaan yang terdesak dalam mengetengahkan calon yang boleh diterima rakyat.

Dengan usaha dan percubaan untuk memberikan rasuah jawatan kepada mana-mana pihak untuk menyokong mereka turut membuktikan budaya politik jijik yang diamalkan.

Ia juga secara tindak langsung membuktikan bahawa parti itu telah ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon, walaupun di pentas-pentas ceramah mereka mendakwa semakin diterima oleh rakyat.

Dan jangan dilupa, dari artis sehinggalah kepada pegawai tertinggi kerajaan, ramai dikatakan telah mula menyatakan hasrat untuk menyertai dan memberikan sokongan terbuka kepada mereka.

Masakan dalam ramai-ramai tokoh dan ikon yang menyertai mereka, tiada seorang pun yang difikirkan layak untuk diketengahkan sebagai calon. Atau mungkinkah Anwar sendiri masih sangsi dengan kelayakkan dan kredibiliti mereka? Atau mungkin juga Anwar merasakan peranan dan tugas mereka hanya layak digunakan sebagai tukang maki dan carut sahaja di atas pentas ceramah.

Terbaru, Dr Asri dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak bertanding di atas mana-mana parti kerana ingin bertindak sebgai pemikir yang kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

Ternyata rayuan Anwar selama berbulan-bulan untuk memujuk Dr Asri gagal dan telah ditolak mentah-mentah. Kenyataan sumber PKR seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini hanyalah merupakan satu sandiwara untuk mengelak Anwar mendapat malu.

Maklumlah selama berbulan usaha dilakukan untuk memujuk rayu Dr Asri telah ditolak mentah-mentah.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...