Thursday, 9 May 2013
ALI ROSTAM SEDIH DISABOTAJ RAKAN??!! MAI JENGUK
Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya – Mohd Ali
MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang ‘menikamnya dari belakang’.
“Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya,” kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.
Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.
Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.
“Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih,” katanya.
Labels:
ALI ROSTAM,
BN,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteSabar Tok Ali setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kesabaran dan ketabahan Tok Ali.
Saya cadanfkan supaya Tok Ali dijadikan TYT Melaka kerana selama ini semua TYT melaka bukan anak jzti melaka.
Harap saranan dan cadangan ini dapat diteliti oleh PM.
wsalam..insyallah sy pasti rakyat Melaka terus berada dibelakang Tok Ali, jasa&keperibadian beliau tetap rakyat senangi. Doakan terbaik utk beliau.
ReplyDeletewahai ali rustam ...sesungguhnya menjadi pemimpin rakyat berat tanggung jawab nya.Saidini Umar RA pernah berkata semasa pemerintahan nya....iaitu kalau seekor kambing mati di Sungai Furat,Baghdad (iaitu Sg Euphrates,di IRAQ) sekalipun beliau akan di tanya oleh ALLAH di akhirat kelak. Mungkin ALLAH sayang akan kamu kerana itu jawatan pemimpin di berikan kepada orang lain yg lebih mampu menerajuinya. Ini semua kerja ALLAH >Dia yg memberi dan dia mengambil. Kita semua adalah milik ALLAH tuhan sekelian alam. IBLIS pun makhluk juga.ALLAH yg ciptakan IBLIS .ALLAH juga memberi mandat kpd IBLIS untuk menyesat anak ADAM sehingga nyawa di khalkum dan hingga hari KIAMAT.
ReplyDelete