Wednesday, 8 May 2013
ANALISIS PRU13 : ANTI BUMIPUTRA MULA SUBUR, NAJIB PERLU BERTINDAK
Analisis PRU 13 (2) – Keputusan Yang Anti-Bumiputera, Kita Menanti Tindakan Mohd Najib
Supremo Parti Tindakan Demokratik, (DAP), Lim Kit Siang, menyatakan bahawa keputusan ini tidak harus dilihat sebagai keputusan perkauman oleh orang Cina. Kit Siang cuba menunjukkan keputusan pilihan raya ini merupakan kehendak rakyat Malaysia semata tanpa mahu isu kaum Cina.
Sebenarnya Lim Kit Siang tidak boleh menolak hakikat bahawa ini adalah keputusan politik kaum Cina menolak dominasi politik bumiputera, Islam dan Melayu. Apakah orang Cina akan menyokong Pakatan jika Hadi Awang dinamakan bakal Perdana Menteri Malaysia untuk Pakatan? Tidak!
Jutaan pengundi Cina membuat keputusan mengundi DAP, PKR dan Pas kerana DAP dan Anwar Ibrahim menjanjikan kesamarataan, penghapusan keistimewaan bumiputera dan menjatuhkan kuasa politik terpenting Bumiputera dan Melayu iaitu UMNO.
Tujuan orang Cina hanyalah untuk menjatuhkan UMNO yang telah selama 55 tahun “menindas” mereka dengan memberi pelbagai keistimewaan kepada bumiputera. Sebab itu kita lihat di kawasan-kawasan majoriti Cina, DAP akan menang dengan puluhan ribu undi.
Jika parti, calon dan khidmat wakil rakyat yang dijadikan alasan pemilihan tentulah pemimpin MCA seperti Datuk Seri Kong Chong Ha tidak tewas di Lumut. Apakah bentuk perkhidmatan dan pertolongan yang tidak diberikan kepada kaum Cina oleh Kon Chong Ha dan Datuk Seri Zambry Kadir. Tapi, kerana mahukan menjatuhkan UMNO mereka memilih untuk “membelasah” Kong Chong Ha.
Kita ambil contoh di DUN Sekinchan, Sungai Besar, Selangor. Apa yang Barisan Nasional tidak bantu mereka selama 5 tahun ini? Sekolah Cina? Bot nelayan? bantuan kebajikan? Malah bila mereka minta cina tempatan sebagai calon juga BN berikan. Akhirnya apa balasan mereka? Mereka beri undi kepada DAP dengan jumlah lebih besar walaupun ADUN Sekinchan Ng Sue Lim tidak memberi apa-apa bantuan kepada mereka.
Jentera DAP juga bertindak seperti kongsi gelap menahan orang bukan Cina yang hendak mengundi atas alasan mereka Bangladesh, Indonesia dan India. Mengapa mereka tidak pernah menahan seorang pun Cina yang cuba mengundi.
Berpuluh ribu Cina tidak boleh berbahasa Melayu tetapi tidak seorang pun ditahan kerana disyaki pengundi hantu. Hakikatnya begitu ramai Cina dari Tanah Besar Cina berada di Malaysia bekerja sebagai tukang urut, pelacur, pembantu rumah apakah tidak mustahil mereka ini pengundi hantu jika benar ada “hantu” boleh mengundi?
Mereka menyasarkan kaum lain kerana mereka tahu pilihan raya kali ini membabitkan pertentangan antara kepentingan Cina menentang kepentingan Islam dan Bumiputera.
Semua undi Cina pergi kepada PKR dan DAP. Tidak banyak yang mengundi Pas biar pun mereka di dalam Pakatan. Sebab itu Pas kalah banyak kerusi.
Sebab apa pengundi Cina tidak undi Pas tetapi undi PKR dan DAP? Sebab mereka melihat Pas seperti UMNO sahaja. Jika Pas dapat kerusi lebih mereka akan berhadapan masalah dan boleh menjejaskan agenda politik Cina mereka.
Kit Siang akan mendakwa Cina menolak BN kerana rasuah, korupsi dan menindas kaum lain. Kita akan kata kepadanya “uncle Kit! F U.” Kalau cina tolak BN kerana rasuah, kerana menindas, kerana penyelewengan mengapa setiap kali kita anjur program berpuluh ribu cina datang? Kalau tidak suka mengapa mahu datang? Jika ini kerajaan rasuah, korup dan seleweng kenapa makan bila kita buat program?
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO di sini hari ini berkata, BN Selangor meramalkan kemenangan di banyak kerusi.
“Sebelum ini program-program BN buat untuk masyarakat Cina mendapat kehadiran amat luar dugaan, kita sasarkan kehadiran 5,000 tetapi yang datang sehingga 10,000 orang.
“Waktu berkempen kehadiran pengundi-pengundi masyarakat Cina pada dasarnya seperti menyokong program BN begitu baik sekali,” kata Noh.
Bagaimanapun menurut beliau, pada hari pilihan raya semalam, BN Selangor tidak mendapat undi seperti yang diharapkan.
“Contohnya di bahagian saya walaupun majoriti saya meningkat berbanding 2008, begitu juga DUN Parlimen Tanjung Karang, tapi kami kalah teruk di kawasan majoritinya pengundi Cina. Tak ada satu peti undi pun kita menang di kawasan pengundi Cina.
“Tak ada satu pun yang saya tidak tolong kepada masyarakat Cina. Kita terkejut kita kalah banyak terutama di peti-peti undi Cina.” kata Noh.
Kita kalau benar kita benci orang kerana rasuah, kerana seleweng, kerana zalim tentulah kita tidak akan minta tolong, tidak akan datang majlis dan tidak akan salam dengan orang yang kita benci ini.
Skandal rasuah Selangor dalam 4 tahun Pakatan jauh lebih besar daripada tuduhan terhadan BN Selangor sejak 50 tahun lalu. Tanah negeri habis menjadi lombong pasir, syarikat-syarikat kerajaan negeri sedang mengadakan REIT bagi menuntungkan ahli politik, skandal Talam hampir RM 1 bilion dalam masa dua tahun. Inikah yang dikatakan Cina benci rasuah? bullshit!
Tidak! Cina tidak benci Noh Omar. Cina tidak benci BN. Tapi Cina sudah ada agenda mahu tukar kepimpinan yang jaga kepentingan bumiputera, Melayu dan Islam kepada kepimpinan Melayu yang diragui moralnya, yang telah melacurkan agama Islam danhak bumiputera.
Yang tinggal hari ini ialah kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib TUn Razak untuk membuktikan bahawa beliau bersedia membuat perubahan dan memberi keutamaan kepada mereka yang menyokong dasar dan kepimpinan beliau.
Najib mempunyai sehingga September ini untuk membuktikannya! Orang Melayu dan Bumiputera lain mahukan sesuatu yang lebih atas jasa mereka mengekalkan BN dan Najib di persada kuasa.
Ini bukan rasis! Dalam politik pihak yang menang harus untung lebih. Bumiputera sama ada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan menyokong BN. Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dan Melayu luar bandar membuktikan sokongan kepada BN.
Sekarang kita menanti kesetiaan Mohd najib kepada kita. Jika Pakatan menang pun tempoh hari tentulah kaum Cina yang mendapat untung besar seperti mana berlaku di Selangor. Justeru kaum bumiputera juga berhak untung besar atas kesetiaan mereka ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment