Pages

Saturday, 18 May 2013

KABINET IKRAR TELUS BERINTEGRITI DALAM MENJALANKAN TUGAS


Najib Tekankan Kepentingan Ketelusan Dalam Pentadbiran Kerajaan

PUTRAJAYA– Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis menekankan peri pentingnya soal ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, kerana aspek inilah yang dieksploitasi dan digembar-gembur oleh pembangkang tanpa mengira sama ada ia bersandarkan kepada realiti atau persepsi.Beliau berkata ketika ini pembangkang nampaknya tahu bagaimana persepsi boleh mengatasi realiti.



Katanya dalam mesyuarat khas jemaah menteri yang dipengerusikan beliau buat kali pertama Khamis selepas PRU-13, beliau meminta supaya anggota pentadbiran kerajaan memberikan respons dengan lebih pantas dan lebih tegas terhadap sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang.

Perdana Menteri berkata beliau turut menegaskan betapa penting bagi anggota kabinet untuk bersedia dalam menghadapi penilaian awam yang lebih tinggi lagi.

“Maknanya jangkaan atau ‘expectation’ rakyat terhadap tingkah laku kita, sama ada pada diri kita mahupun anggota keluarga, adalah begitu tinggi. Oleh itu kita mesti menjaga apa saja yang kita lakukan, pembawaan kita, dan cara hidup kita, supaya rakyat tidak mempersoalkan apa sahaja yang melibatkan integriti kita sebagai anggota pentadbiran,” katanya.

Pagi ini semua anggota kabinet baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Istana Negara.

Mesyuarat pertama kabinet baharu hari ini berlangsung selama hampir dua jam, sejurus selepas mereka bergambar beramai-ramai di Aras Satu bangunan Putra Perdana di sini, pada kira-kira 3.15 petang.

Merujuk kepada anggota kabinet baharu Najib berkata beliau melihat mereka sememangnya bersemangat tinggi, dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai satu pasukan.

“Insya-Allah kita akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi dan melaksanakan segala amanah dan janji yang kita buat kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam mesyuarat pertama hari ini beliau menegaskan betapa pentingnya untuk menjunjung amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kerajaan.

Katanya beliau menegaskan bahawa apa sahaja yang disuarakan anggota kabinet, ia bukan atas nama individu, sebaliknya mewakili kerajaan, dan ia merupakan pendirian bersama.

“Apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama sebuah kerajaan, bukannya kita bergerak dalam ‘compartment’ (ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain) atau silo masing-masing. Saya tegaskan penting kita menjadi satu pasukan yang jitu, kukuh dan terselaras tindakan kita, sama ada dalam negara mahupun di luar negara, sama ada kita berbicara dengan media tempatan mahupun media antarabangsa,” katanya.

Beliau seterusnya meminta supaya setiap anggota kabinet memberi nilai tambah kepada perkhidmatan, dengan bukan hanya menjaga kementerian atau kawasan masing-masing, sebaliknya mesti sanggup melakukan lebih daripada itu, termasuk menyertai forum-forum bersama dengan rakyat, sama ada

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...