Pages

Tuesday, 28 May 2013

MENGGELEGAK NEWS!!! 100% CINA GLC SUMPAH TIDAK UNDI BN LAGI?? MAI TENGOK


100% Cina GLC Sumpah Tidak Undi BN Lagi



SEHINGGA artikel ini ditulis, penulis tidak nampak lagi sebarang petunjuk bagaimana kerajaan mahu menguruskan orang Cina yang jelas menolak BN dalam pilihanraya umum yang lepas, sedangkan sudah ada tindak balas dari komuniti ini dengan menaikkan harga barang sebaik pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lepas.

Dalam sukan badminton yang turut dikuasai mereka, beberapa siri kekalahan kepada pasukan tidak ternama dunia pun sudah berlaku – yang mana penulis percaya sebahagian dari sabotaj untuk memalukan negara yang kekal dibawah pemerintahan BN selepas PRU13 yang lepas

Jangan salah faham, penulis tidak kata komuniti ini perlu ditindas, tapi nampaknya mereka boleh hidup sendiri tanpa bantuan kerajaan. Sekolah, tempat ibadat, waima pusat perniagaan pun mampu diadakan sendiri oleh mereka tanpa bantuan kerajaan.

Kita yakin, dalam soal tenaga kerja pun komuniti ini sudah boleh menguruskan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada kerajaan dan syarikat-syarikat besar yang ada kaitan dengannya; syarikat berkaitan kerajaan atau biasa kita kenal sebagai GLC ini.

Maka itu, kalau belum terfikir, penulis ingin cadangkan supaya jumlah komuniti ini dalam GLC-GLC utama dibawah Kementerian Kewangan, dikurangkan atau dihapuskan terus, terutama dalam hal berkaitan kewangan. Apa sudah tidak adakah orang Melayu/Bumiputera dan India yang boleh menguruskan hal kewangan ini dengan baik, mesti nak dari komuniti dia sahaja?

Apatah lagi penulis mendengar, keseluruhan komuniti ini dalam GLC sudah membuat pengisytiharan secara terbuka tidak akan mengundi kerajaan BN lagi!! Malah arahan Khazanah Malaysia agar email mesti dibuat dalam dwi bahasa (Melayu/Inggeris), menjadi cemuhan dan bahan jenaka komuniti ini dalam GLC.

Ini bukan benda baru, sudah agak lama berlaku tapi tak siapa yang nak bawa ke tengah.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut berkempen di kalangan kakitangan bawahan mereka sebelum PRU13 yang lepas – cuma mungkin tidak sampai ke tahap mengugut untuk memecat kakitangan yang tidak mengundi pembangkang seperti yang berlaku di salah sebuah cawangan bank Hong Leong, Johor Baru.

Penulis tidak mahu menamakan GLC yang mana satu, sebab yang terlibat ini terlalu banyak, kalau bukan semua. Tidak mengapa kalau tidak sokong kerajaan, tapi jangan burukkan atau hasut orang supaya benci kerajaan juga, ini sudah melampau.

Kita yakin kalau orang UMNO buat benda sama dalam GLC dibawah kerajaan Pulau Pinang atau Selangor, orang itu tidak akan disimpan lebih lama lagi, justeru, kerajaan BN juga tidak perlu nak menyimpan puak-puak ini lagi.

Ini masalah bila ketua GLC ingat mereka berada di atas sana sebab kebolehan dan kelulusan mereka semata-mata, bukan kerana polisi kerajaan yang memerintah. Walaupun kebanyakkan mereka ini Melayu, tapi sikap hidung tinggi dan mudah lupa diri telah menyebabkan mereka lupa diri dan terus mengekalkan komuniti yang akhirnya menggigit tangan mereka semula.

Cadangan menghantar ketua GLC untuk kursus kenegaraan di Biro Tatanegara memang wajar, biar depa sedar diri sikit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...