Pages

Wednesday, 8 May 2013

PANAS!!! KARPAL SIGH KIT SIANG MASIH PERLUKAN ANWAR SEBAGAI BAHAN POLITIK


Anwar Kekal Ketua Pembangkang – Kit Siang


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sekalipun DAP menang lebih banyak kerusi berbanding PKR.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara itu dipersetujui semua parti dalam pakatan pembangkang susulan kejayaan DAP memenangi 38 kerusi, PKR 30 dan PAS 21 pada pilihan raya umum ke-13 Ahad.

“Ini selaras dengan komitmen kami bahawa beliau akan memimpin kerajaan pakatan,” kata Anggota Parlimen Gelang Patah itu pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini Isnin.

Sementara itu, Setiausaha Pengelola DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata DAP akan memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan tiga kerusi parlimen iaitu Bentong dan Cameron Highlands di Pahang, serta Labis di Johor.

DAP kalah di Bentong kepada penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meraih majoriti 376 undi, manakala di Cameron Highlands mereka kalah dengan 462 undi kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Labis gagal direbut daripada anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Chua Tee Yong yang berkelebihan 353 undi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...