Pages

Saturday, 4 May 2013

MAGIK!!! ISU AIR SELANGOR : KHALID JUMPA SUMBER AIR UTK RAKYAT SELANGOR??!! MAI RISIK


Terdesak Takut Kalah PRU13, Khalid Sediakan Kolam “Magik”!



Memang Khalid Ibrahim pandai buat lawak pada PRU kali ini. Sudah hampir kehilangan kerusi Menteri Besar Selangor dan mungkin tewas teruk di DUN Pelabuhan Klang pun dia masih lagi ada “mood” nak berlawak jenaka…

Lawak terbaru Khalid menyaksikan dia bagaikan David Copperfield membuat “silap mata” apabila memberitahu media bahawa dia sudah jumpa sumber air mentah baru bagi mengatasi masalah gangguan air di Selangor.

“Hairan bin ajaib”! Dulu puas pakar air kata Selangor ada masalah air dan perlukan sumber air mentah baru untuk menyelesaikan masalah rakyat itu, tapi Khalid “tergagap-gagap” menegaskan tidak berlaku sebarang masalah air di negeri itu. Sekarang sudah “tukar”, kah?

Kenapa Khalid sebok cari sumber air baru? Dulu kenapa tak percaya pada pakar air? Selepas tidak berkuasa di Selangor baru Khalid nak sedar? Sudah hampir PRU ke-13 baru “terjumpa” idea nak dapatkan bekalan air mentah baru? Sudah terlambat…

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah dapat ilham untuk menyelamatkan kerusi empuk Khalid dengan membina sebuah kolam air takungan bagi menyimpan air sungai yang melimpah di waktu hujan.

Dalam bahasa mudah, Khalid nak gali kolam yang besar untuk menakung air sungai yang penuh setiap kali hujan turun di sekitar Sungai Selangor. Mana pergi HORAS, “storm water” dan kaedah teknologi membran yang Khalid kaji dengan peruntukan berpuluh juta ringgit wang rakyat itu?

Katanya, kolam yang dia nak bina itu boleh bekalkan sebanyak 2 bilion meter padu air setiap hari pada rakyat Selangor! Biar betul? Khalid sekarang sudah main angka “bilion” meter padu sehari? Tapi realistikkah kata-kata Khalid itu?

Khalid nak takung air dalam kolam. Kenapa idea ini tidak terbit keluar sejak mula disebut pakar tentang keperluan Selangor yang memerlukan sumber air baru? Sebab Khalid takut diketawakan dengan idea sebodoh itu?

Idea Khalid dan LUAS itu hanya boleh berkesan sekiranya di musim hujan. Tapi kalau di musim kemarau panjang bagaimana pula? Sejak setahun dua ini cuaca kurang menentu sehingga negara kita pernah mengalami kemarau selama lebih empat bulan.

Sekiranya kemarau teruk dan paras air di Sungai Selangor surut teruk, air dari manakah yang Khalid nak guna untuk penuhkan “swimming pool” dia itu? Dia nak penuhkan kolam itu dengan air liur dia, kah? Atau dia nak paksa LUAS angkut air lombong untuk diisi dalam kolam itu?

Kalau betul pun Khalid korek kolam besar itu dan isi air penuh-penuh, air mentah itu perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada rakyat, bukan? Untuk itu, Khalid meletakkan beban tersebut kepada loji rawatan air berhampiran Sungai Selangor di Bestari Jaya.

“Menarik” sangatlah idea Khalid itu! Loji “purba” itu mahu digunakan untuk memproses air mentah dari kolam itu? Dia nak jahanamkan loji itu, kah?

Khalid tahu atau tidak bahawa loji-loji sedia ada di seluruh Selangor itu semuanya telah dan sedang beroperasi melebihi kapasiti asal? Kalau kereta kancil yang enjinnya hanya 850cc, bolehkah kereta itu dipaksa berlumba dan bersaing dengan kereta lumba Ferrari?

Kalau Khalid nak pertingkatkan kapasiti operasi loji itu pun, sampai bila loji itu boleh bertahan? Boleh tidak kalau Khalid berfikir secara jangka panjang? Kalau akal cetek dan berfikiran jangka singkat begini, tidak hairanlah jika Selangor dikatakan mundur ke belakang di bawah pentadbirannya!

Sudah-sudahlah Khalid, janganlah taburi janji manis lagi. Sudahlah gagal selesaikan masalah air di Selangor ketika dia berkuasa, malah dia betul-betul “muka tembok” apabila sanggup hadir merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2013 baru-baru ini.

Sekiranya dia ada rasa malu, saya yakin dia takkan berani tunjuk muka di majlis yang berkaitan dengan “air” di Selangor. Tapi mungkin menyedari dia tidak ada peluang menang di DUN Pelabuhan Klang, maka dia terpaksa tahan “muka tebal” dan umumkan “magik” di saat-saat genting ini.

Kalau nak tahu, itulah sikap Khalid Ibrahim, seorang ahli politik “cap ayam” yang dilantik Pakatan Haram untuk mengetuai kerajaan negeri mereka di negeri termaju itu.

Kalau itulah calon terbaik Pakatan Haram Selangor untuk jadi Menteri Besar, mereka boleh sediakan kotak awal-awal untuk mengusung barang-barang peribadi keluar dari kompleks Kerajaan Negeri selepas PRU ke-13 ini. Kalau tak ada kotak, boleh pergi cari di belakang Tesco…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...