Pages

Thursday, 9 May 2013

BENARKAH AIR ASIA HENTIKAN IKLAN DALAM UTUSAN??!!! JOM RISIK


Air Asia Hentikan Iklan Dalam Utusan, Melayu Terus Sokong Tony Fernandez

KETUA Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Rosman Rani dalam laman FBnya mendakwa Utusan bersikap rasis apabila menerbitkan tajuk akhbar muka depannya hari ini yang berbunyi “Apa Lagi Cina Mahu?”.

Menurut Azran, tajuk tersebut menunjukkan Utusan tidak berotak (mindless), rasis dan sebagainya tanpa dia sedar yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyokong artikel tersebut. Bahasa mudahnya dia pun tuduh Perdana Menteri takde otak juga!!

Menariknya, semasa menjawab soalan dari rakan Facebooknya sama ada Air Asia X akan membeli iklan di Utusan, Azlan bongkak mengatakan tidak – ugutlah tu, macam Utusan kemaruk sangat dengan iklan dia.



Sebagai orang korporat yang hanya membaca akhbar (apatah lagi akhbar Melayu) sekali sekala, Azran sepatutnya melihat senario politik negara ini secara keseluruhan bukan sekerat-sekerat sebelum membuat dakwaan sedemikian.

Kau bacalah dulu suratkhabar cina dan tengok macam mana hari-hari dia racun orang cina dengan kenyataan rasis. Lepas tu sila komen sama ada suratkhabar cina ada otak atau tidak? Persoalan yang dibangkitkan Utusan itu tidak salah kerana pertama, ini kebebasan media, kedua kerajaan dah buat banyak untuk orang cina tapi mereka tetap bagi undi pada pembangkang.

Jadi apa salahnya Utusan tanya? Sejak bila pulak tanya pun salah, rasis? Bodoh punya botak.



Apa pun penulis tidak mahu mengulas panjang-panjang, takut nanti penulis pulak dituduh rasis. Tapi penulis wajib pertahankan bila ‘melayu murtad’ macam ini tuduh akhbar Melayu sebagai rasis, sedangkan dia tak tengok keseluruhan ‘gambar’ (picture).

Keputusan pilihanraya umum yang baru lepas ini pun bukti bahawa keputusan dibuat berdasarkan racism. Sekali lagi penulis taknak komen banyak, tapi sendiri mau ingatlah siapa sebenarnya yang rasis.

Hebat macam mana pun Azran sampai dilantik kedudukan sekarang, dia masih lagi tak faham apa yang ditulis dalam akhbar cina, silap-silap yang dok komen pasal Utusan itupun sebab baca tajuk saja, bukan baca isi sangat.

Penulis sebenarnya dah biasa dengan ‘Melayu murtad’ perasan hebat macam Azlan ini. Hanya sebab dia dikedudukan itu, cakap mat saleh berabuk sikit, dah pandai nak komen politik, siap tuduh orang lain takde otak. Perangai Azlan ni samalah macam Melayu yang dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini yang rasa dia berada dikedudukan itu sebab dia terer.

Tak tahu dia Melayu merasa jawatan itu sebab jasa UMNO.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...