Pages

Showing posts with label UAI. Show all posts
Showing posts with label UAI. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

PANAS!! AZHAR IDRUS KATA PEMIMPIN BN PEMANDU MABUK?!




Rakyat Kelantan dinasihatkan supaya memilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.

Penceramah pro Pas, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu.

Sumber KLIK mediapermatangpauh

Saturday, 23 March 2013

9 NEGERI YANG BAKAL DITAWAN PAKATAN SELEPAS PRU 13?




Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Persoalannya negeri mana yang dimaksudkan oleh Dr Hatta tersebut? Untuk rekod Sarawak tidak akan ada Pilihanraya peringkat negeri kerana Pilihanraya Negeri Sarawak baru sahaja diadakan tahun lalu.

Jadi 12 negeri sahaja yang akan mengadakan pilihanraya negeri pada PRU 13 nanti iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Jadi 9 negeri yang dimaksudkan oleh Dr Hatta akan datang dari 12 negeri ini.

Pada congakan pemerhati politik negeri-negeri tersebut ialah Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Melaka. Manakala di Pahang dan Perlis BN hanya memenangi dengan majoriti kecil kurang dari 2/3.

Andaian ini dibuat berdasarkan kepada situasi terkini politik semasa yang memperlihatkan rakyat semakin berani menunjukkan sikap dan kecenderungan politik masing-masing. Konfiden terlebih Dr. Hatta ni.

Sumber KLIK mediapermatangpauh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...