Pages

Showing posts with label HIMPUNAN 505. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN 505. Show all posts

Tuesday, 28 May 2013

TERBALIK PULAK DAH!!! ANWAR TAK PERNAH BUKTIKAN PUN YANG BUKTI VIDEO TU SALAH!!!



Kalau jenis anjing Pakatan Rakyat, sampai bila-bilalah kekal sebagai anjing. Kalau tak menggigit sebab dah tak bertaring dan bergigi, dapat menjalak pun jadilah.

Itulah yang sedang berlaku sekarang.

BABI-BABI Pakatan Rakyat telah menyiarkan gambar-gambar yang kononnya berlaku BLACKOUT di beberapa tempat pengiraan undi pada 5 Mei 2013. ANJING-ANJING Pakatan pun pakatlah menyalak habis-habisan kononnya, SPR menipu dan PRU13 tidak betul keputusannya kerana penipuan-penipuan tersebut.

Bergedik ekor ANJING-ANJING Pakatan apabila ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mengakui bahawa gambar yang dipertikaikan itu, sebenarnya adalah kejadian BLACK-OUT sebenar di Sekolah Kebangsaan Serdang, yang merupakan salah satu daripada pusat pengiraan undi di kawasannya. Tetapi tersangat menarik ialah apabila Noor Hanim Ismail ENGGAN membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan walaupun mengakui kejadian tersebut berlaku.

Lawak! Apasal? Takut kena buat pilihanraya balik sedangkan pemenangnya adalah Noor Hanim Ismail dari PAS? Atau sebenarnya dia terlalu teruja untuk menyokong teori BLACK-OUT sampai di luar kesedaran, pengakuannya itu boleh menimbulkan natijah dan kalau laporan polis dibuat, dia boleh hilang jawatan sebab buat laporan menipu, kemudian dihukum pula penjara?

SPR telah menjawab berhubung video dan gambar-gambar berkenaan. Malangnya, segala penjelasan yang diberikan, telah ditulikan dan didiamkan, sebaliknya ANJING-ANJING Pakatan terus menyalak mengikut nada tuan mereka, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Kononnya, SPR yang sepatutnya membuktikan gambar-gambar tersebut sebagai satu fitnah. Pihak yang menuduh pula tidak perlu berbuat apa-apa?

Ni sistem keadilan jenis apa pula yang dipakai oleh ANJING-ANJING Pakatan Rakyat nih?

Masa video Chinadoll Anwar Ibrahim, kutukan PKR terhadap Lim Guan Eng,dan segala macam video serta audio yang lain membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat, lain pula teori dan kaedah yang dipakai. Bila terkena kat batang hidung, lain pula yang diteorikan.

Bukankah SPR dah jawab semua fitnah tersebut dan menerangkan serta membuktikan bahawa segala bukti-bukti berkenaan adalah lakonan semula, satu penipuan dan pemerdayaan semata-mata? Mengapa pula ANJING-ANJING PAKATAN langsung tak boleh sanggah penjelasan SPR? Mengapa pula diminta SPR yang membuktikan segala bukti bangang yang mereka kemukakan itu sebagai fitnah?

Sepatutnya, merekalah yang membuktikan bahawa segala bukti yang dilampirkan adalah tulen, bukannya reka-rekaan, buat-buatan, dan tipu perdaya? Apatah lagi, beberapa pemimpin mereka sendiri telah menafikan segala kejadian yang mereka momokkan sebagai penipuan SPR itu. Para pemimpin mereka sendiri, menafikan bahawa kejadian black-out tidak berlaku. Bahkan perjalanan PRU-13 di kawasan masing-masing berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang was-was dan boleh dicurigai.

ANJING-ANJING Pakatan yang kuat sangat menyalak... buktikan terlebih dahulu fitnah anda. Kemudian, menggonggonglah sepuas-puas hati. Jangan sibuk nak suruh orang sanggah tapi anda sendiri gagal sepertimana Anwar Ibrahim yang tidak dapat menampilkan bukti kononnya berlaku BLACK-OUT sehingga perlu mengarahkan konco-konconya membuat laporan polis tentang DAKWAT KEKAL pulak!!!

Kalau dah dasar ANJING, sampai bila-bila pun, ANJING SAJALAH TARAFNYA!!!

Sumber theflyingkick

Friday, 24 May 2013

MAJORITI SENYAP RAKYAT TIDAK SETUJU HIMPUNAN 505 - AHMAD ZAHID

 
Ahmad Zahid Hamidi


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘majoriti senyap’ di kalangan rakyat tidak bersetuju dengan penganjuran Himpunan 505 oleh pihak pembangkang di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu ini kerana ia tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut sekiranya ia hanya akan menimbulkan kekacauan.

“Jadilah warganegara yang baik dan akuilah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta peraturan yang ada sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Jangan melakukan kekacauan kerana ‘majoriti senyap’ di kalangan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan mereka (penganjur). Jika ada yang masih berdegil, mereka harus ‘membayar dengan harga yang mahal’ (tindakan tegas) jika tindakan dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan 505 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu ini walaupun telah diberi amaran supaya pihak penganjur tidak meneruskan acara berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak polis sudah pun dimaklumkan lebih awal sekiranya terdapat rancangan untuk mengadakan perhimpunan yang bukan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

“Saya telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) untuk menguatkuasakan undang-undang dan saya harap pelaksanaannya dilakukan tanpa campur tangan saya.

“Saya (juga) harap mereka (penganjur) tidak akan ‘membayar sebarang harga’ maka hentikan perhimpunan itu. Dan jika mereka mahu meneruskan juga, tunggulah ‘harga yang mereka terpaksa bayar sendiri’,” tegas Ahmad Zahid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...