Pages

Friday, 24 May 2013

HISHAMUDDIN RAIS SEDANG LARI KE SANA KE MARI MENCARI TEMPAT PERLINDUNGAN!!!



Si tua bangka tak sedar diri dan merupakan penganut agama Sosialisme aliran Karl Marx tegar, Hishamuddin Rais diberitakan sedang mencari-cari jalan untuk melarikan diri apabila kawan baiknya, Haris Ibrahim sudah pun ditahan oleh pihak polis.

Hishamuddin Rais yang sebelum ini kalau berucap, bukan main lagi berapi-api dan kononnya beranilah sangat, walaupun sejarah telah membuktikan, dia akan melarikan diri apabila ketakutan - perangai yang sama seperti Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR - semenjak dua tiga hari ini, senyap dan sunyi.

Semuanya bermula apabila Menteri KDN yang baru, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan keras dan membalas sinis kenyataan Anwar Ibrahim sebelum itu yang menyatakan, Malaysia bukan harta bapa Zahid dan Zahid pula berkata, Malaysia juga bukan harta pusaka mak bapak Anwar.

Sekaligus tindakan Zahid itu sudah cukup untuk menunjukkan kepada para penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia bahawa dia memang serius dengan tugas yang disandangnya sekarang.

Barangkali kerana itulah Hishamuddin sedar masa untuk berbulan madu dan rasa selesa seperti sebelum ini sudah tamat. Tersalah jangka kononnya Zahid adalah budak Anwar membuatkan Hishamuddin mengikut arus seperti mana perangainya yang biasa, iaitu menyanjung budaya hippies yang kononnya sangat bebas, serta KEMALUAN TIDAK BERTEMPAT.

Apabila Zahid Hamidi menyerahkan sebahagian kuasa kepada Ketua Polis Negara, nampaknya Hishamuddin Rais mula kempis perut. Telur sebijinya itu mula terkesot dan perangai tulennya iaitu PENAKUT kembali terserlah.

Nak menyorok yer, Isham? Kau nak menyorok kat mana? Negara ini tak cukup baik untuk kau yer? Apasal kau tak berambus jer keluar dari negara ini dan jadi bajingan di negara-negara Barat yang kau sanjung sangat?

Ooo, tak boleh yer? Sebab kau tak ada pasport antarabangsa Malaysia yer?

Alah, dulu kau boleh pergi ke mana-mana walaupun tak ada pasport dan kad pengenalan Malaysia kau boleh buang begitu sahaja. Takkan sekarang ni, kau takut pula kut? Pergi ler buat stand comedy sialan kau tu kat Singapura...

Ooo, lupa... kau ada rekod kena penjara di Singapura, kan? Tu pasal, kau tak boleh ke sana lagi...

Kat Malaysia jer, kau lepas bebas dan berlagak seolah-olah negara ini Anwar Ibrahim & Co yang punya.

Masa kau dah tiba, Ishamuddin Rais... mampus kering ler kau dalam penjara!

Nanti bolehlah kau buat autobiografi, bandingkan mana satu penjara yang best... penjara Singapura ke, penjara Australia ke, penjara India ke, penjara Belgium ke, atau penjara Malaysia...

Sumber theflyingkick

HOT!!! KHALID SEMAKIN PENING DENGAN PERANGAI AZMIN



Kegagalan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam cubaan untuk merampas kerusi Menteri Besar dari pengaruh Wan Azizah tidak menghalangnya dari meneruskan gerakan politik menghalang penguasaan Khalid Ibrahim secara menyeluruh di Selangor.



Terbaru Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan ‘ayam sabungnya’ dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendesak Khalid agar memberikan jawatan Exco kanan kepada Azmin atas faktor senioritinya dalam parti bermata satu itu. Sekiranya diberikan tempat sebagai Exco kanan, Azmin secara tidak langsung akan dapat mengawasi sumber yang banyak di Selangor seperti tanah, pelaburan dan infrastruktur.

Tidak cukup dengan itu Zuraida turut memaklumkan PKR negeri telah mencadangkan beberapa nama untuk mengisi jawatan Exco negeri dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar. Ia secara tidak langsung menguatkan andaian, ‘kumpulan Azmin’ sedang berusaha untuk meletakkan pengaruh agar dapat mengawal pentadbiran Khalid.

Zuraida yang sinonim dengan gelaran ‘Mak Lampir’ ketika diminta mengulas lanjut mengatakan, gesaan tersebut bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar pakatan dapat diterjemahkan di peringkat negeri. Malah Zuraida turut menggunakan kesempatan tersebut untuk mengkritik pentadbiran Khalid yang dikatakan gagal memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Ekoran desakan dan tekanan yang diterima itu, Khalid dikatakan telah ‘mengadu’ kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menjadi orang tengah bagi menasihati Azmin. Ini kerana selaku ‘anak emas’ kepada Anwar, Khalid percaya Ketua Pembangkang itu mampu menjadi pendamai bagi menyelesaikan konflik yang semakin meruncing itu.

Menurut sumber, PKR Selangor turut menggunakan alasan ‘beri peluang kepada muka baru’ supaya Khalid menggugurkan semua penyandang jawatan Exco PKR. Sekiranya gesaan diterima, Khalid terpaksa menyingkirkan para penyokong kuatnya dari jawatan tersebut seperti Elizabeth Wong, Dr Xavier Jeyakumar, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail.

‘Kumpulan Azmin’ ketika ini sedang kuat melobi beberapa nama antara Adun Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. Ahli Exco Selangor dijangka mengangkat sumpah minggu depan.

Walaupun secara dasarnya keputusan akhir Exco Selangor adalah merupakan kuasa mutlak Menteri Besar, namun umum menyedari kegagalan Khalid menerima pakai gesaan Azmin bakal menyebabkan PKR di ‘landa badai’ buat kesekian kalinya. Sebagai contoh kegagalan Anwar tempoh hari, memujuk Azmin agar menerima keputusan Wan Azizah untuk meletakkan Khalid sebagai MB hampir sahaja meranapkan parti itu.

Ia ekoran dari ugutan yang dibuat Azmin sebelum ini untuk meletakan jawatan bersama para pengikutnya sekiranya Anwar akur dan tunduk dengan kehendak Azizah. Namun hasil ‘pujuk rayu’ Anwar, ahli parlimen Gombak itu akhirnya membatalkan hasratnya di saat akhir.



Namun pembatalan tersebut tidak bermakna Azmin patuh dengan arahan, namun ia lebih kepada strategi untuk melihat keikhlasan Anwar terhadap dirinya. Sebagai tanda protes, Azmin dan kumpulannya dilihat memulaukan program jelajah ‘Himpunan Kemarahan Rakyat’ yang dihadiri Anwar. Tidak cukup dengan itu, ‘anak emas’ Anwar itu juga dilihat mula ‘mesra’ dengan pimpinan Umno apabila dilihat berbalas pesanan melalui twitter. Sedangkan sebelum ini, Azmin tak ubah seperti ‘singa lapar’ apabila berdepan pemimpin Umno.

Kesimpulannya, ekoran masalah dan perpecahan dalaman yang melanda dan mungkin juga kerana sudah tidak tahan lagi dengan mainan politik kotor Anwar dan isterinya, Azmin yang dahulu garang akhirnya terpaksa mengemis kasih dan ihsan Umno. Nyata perjuangan sebenar mereka bukan atas dasar prinsip atau kebenaran tetapi lebih kepada politik yang mendambakan kuasa.

Apa yang diharapkan, semoga rakyat tidak lagi tertipu dengan sandiwara pembangkang dan mampu menilai dalam membuat pertimbangkan yang waras dan wajar.

#SudahKalah..Kalahlah

WAJIB BACA!!! AHLI UMNO MESTI BACA. MAI RISIK


AHLI UMNO WAJIB BACA !!!UMNO Bakal Tumbang PRU15 Jika Tidak Berubah.


OLEH : TOK GURU 86




Saki baki bahang PRU13 masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia terutama politikus-politikus yang menjadi watak utama dalam peperangan baru-baru ini. Analisa demi analisa telah dikeluarkan oleh beberapa pihak selepas keputusan PRU13 dibaca.

Bagi pihak yang menang, sudah pasti mereka menarik nafas lega kerana masih bertahan menjadi kerajaan kepada negara Malaysia. Bagi pihak yang menanggung kekalahan, mereka mencari seribu alasan dan menyalahkan orang lain di atas kekalahan mereka.

Bagi pihak pembangkang, sudah menjadi rutin kepada mereka untuk berpolitik sepanjang masa tidak kira di mana mereka berada. Seperti PRU yang lepas-lepas, hari ini keluar keputusan, pembangkang akan mula berkempen esok hari untuk PRU yang akan datang.

Gerak kerja kempen pembangkang untuk PRU14 sudah dimulakan oleh pihak mereka. 5 Mei SPR umum keputusan PRU13, 6 Mei mereka sudah mula jelajah Malaysia melancarkan ceramah umum.

Pastinya, ceramah umum itu bukanya semata-mata ingin membawa prosiding kepada SPR bagi membantah keputusan PRU13, tetapi inilah langkah awal mereka untuk berperang pada PRU14.

Pendek kata, pembangkang di Malaysia tidak ada kerja lain melainkan berpolitik 24 jam 1 hari 30 hari sebulan 365 hari setahun. Mereka ada strategi yang cukup hebat berbanding UMNO BN.

PAS akan menyusun ceramah umum di kampung-kampung Melayu. DAP akan berpolitik melalui laman sosial dengan tertubuhnya Red Bean Army manakala PKR berpolitik dengan kuasa asing bagi mencari dana untuk menampung gerak kerja mereka.

Kata orang tua, orang kalah akan bekerja keras untuk menang, manakala orang menang akan "over confident" dan kurang kerja. Inilah realiti politik Malaysia. Pembangkang akan kerja sepenuh masa, manakala UMNO/BN akan kerja minit yang terakhir.

Apapun, sebelum saya menulis panjang saya mohon maaf kerana menegur UMNO/BN melalui laman blog. Tetapi teguran ini disebabkan saya juga sayangkan UMNO/BN yang menjadi wadah perjuangan utama Melayu Islam di Tanah Melayu.




Kita tidak mahu UMNO/BN hanya menang sorak tetapi sedikit demi sedikit tanah dan maruah semakin tergadai. Kita tidak mahu UMNO terutamanya menjadi jaguh kampung.

UMNO harus berada dekat dengan rakyat terutama pengundi saluran 3,4,5 dan seterusnya. Mungkin PRU14, pengundi saluran 1 dan 2 masih setia dan akan terus memilih BN, tetapi kita bimbang PRU15, mereka akan meninggalkan dunia ini dan yang mengambil alih tempat mereka adalah anak muda belasan tahun yang ada hari ini.

Penganalisa politik ramai yang bercakap, kebanyakkan pengundi muda berpihak pada pembangkang pada PRU13, mereka inilah yang akan mengundi di saluran 1 dan 2 pada PRU15. Apakah PRU15 mereka akan sokong UMNO/BN?

Saya tidak kata yang UMNO adalah parti yang teruk dan rosak, tetapi segelintir pemimpin yang ada dalam UMNO seolah-olah bagaikan biawak hidup yang menjadi liabiliti yang dasyat pada UMNO. Mereka inilah punca orang ramai tidak mahu dekat dengan UMNO. Siapa mereka? Mungkin Najib Razak lebih kenali mereka.

Tradisi UMNO cukup mudah setiap kali PRU. Calon mestilah anak tempatan biarpun mereka hanya memiliki SPM. Berbeza dengan pembangkang, mereka tidak kira calon dari luar asalkan mereka dikalangan orang cerdik pandai yang boleh membawa aspirasi golongan muda ke dewan parlimen.

Penyakit yang menular dalam UMNO hari ini, jika ada anak tempatan yang profesional mahu libatkan diri dalam UMNO, pasti anak tempatan itu dicantas awal-awal bimbang dia boleh gugat kedudukan Ketua Bahagian mahupun apa-apa jawatan dalam UMNO.

Kalau tradisi inilah dikekalkan dalam UMNO, tunggulah akibatnya pada PRU15. Baik kumpulan mahasiswa, profesional dan penjawat awam, guru-guru akan bangkit menentang UMNO melalui kertas undi.




Husam perolehi 4 ribu lebih undi di Putrajaya.

Demokrasi yang subur di Malaysia tidak menghalang mana-mana pihak untuk memilih parti mana yang mereka suka. Biarpun mereka penjawat awam yang bertugas di bawah Goverment Of The Day Barisan Nasional, mahupun mereka mahasiswa yang mendapat bantuan daripada MARA atau JPA, mereka tetap ada hak undi pilih parti mana dalam PRU.

Kalau hari ini UMNO boleh menegur Anwar Ibrahim supaya terima keputusan PRU13 kerana rakyat sudah membuat pilihan yang tepat, maka PRU15 jika UMNO/BN tumbang, kita juga perlu terima qada dan qadar itu dengan hati yang terbuka.

Jangan pula bila kita kalah suatu hari nanti, kita akan salahkan pengundi yang tidak reti bersyukur dan sebagainya, sebaliknya, perlulah kita menilai diri kita dimana silapnya.

Tetapi, menyesal kemudian tidak ada guna. Selepas kalah baru nak cari kelemahan seolah-olah kita melakukan kerja yang sia-sia. Sekaranglah waktu yang tepat untuk UMNO/BN cermin diri mereka kenapa semakin ramai terutama anak muda mula menjauhi mereka.

Saya melihat, banyak perkara yang perlu ditransformkan dalam UMNO/BN. Politik adu domba dan mengampu perlu dibersihkan dalam UMNO. Amalan kronisme juga perlu dikaji balik.

Kalau bapa Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah anaknya Ketua Puteri. Kalau suami Timbalan Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah si isteri turut bertanding rebut jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian. Bukalah seluas-luasnya kepimpinan UMNO bahagian kepada masyarakat.

Jika ada kumpulan profesional ataupun bekas graduan yang mahu berjinak-jinak dengan UMNO/BN, janganlah cuba disekat niat murni mereka. Mereka inilah yang boleh menjadi pemikir kepada UMNO suatu hari nanti. Berkawanlah dengan mereka ini. Tetapi, kepada mereka yang baru sertai UMNO, jangan pula terlalu cepat gilakan jawatan hanya kerana kita mempunyai kelulusan yang tinggi.

Terdapat juga beberapa perkara yang kita perlu perbaiki dalam menjaga hubungan dengan penjawat awam. Penjawat awam tidaklah membenci UMNO/BN tetapi mereka cukup benci bila ada segelintir pemimpin UMNO yang bukan jawatan menteri atau EXCO melayan mereka bagaikan hamba.

Paling tidak masuk akal, ada juga Ketua UMNO cawangan menggunakan nama jawatan tersebut untuk mengugut penjawat awam setiap kali berurusan. Timbulah perasan benci penjawat awam kepada UMNO hanya kerana seorang Ketua Cawangan yang menekan kakitangan awam.

Menjadi satu tanggungjawab Perdana Menteri atau menteri-menteri lain untuk mengarahkan penjawat awam dalam memberi khidmat yang bagus pada pelanggan kerana gelaran mereka sebagai menteri. Tetapi kalau Ketua UMNO cawangan yang mengherdik penjawat awam, ini amatlah tidak masuk akal.



Tugas berat sayap Pemuda UMNO untuk PRU14 dan 15

Jika mereka masih bercuti meraikan kemenangan tipis PRU13, silakan bercuti untuk 2 atau 3 minggu. Kerja seorang politikus, mereka tidak perlu bercuti panjang. Gerak kerja perlu bermula dari sekarang demi sebuah perjuangan Alif Ba dan Ta.

Kalau tidak mahu UMNO/BN tersungkur pada PRU15, Transformasi dalam UMNO/BN perlulah dipandang serius. Najib Razak jangan hanya pandai bercakap tetapi gagal bertindak.

Pemuda UMNO janganlah hanya gah pada kereta dan baju korp0rat, tetapi biarlah gerak kerja setimpal dengan jawatan dan imbuhan yang diperolehi. Puteri UMNO pula janganlah bangga dengan Hand Bag GUCCI, LV, tudung Fareeda, sebaliknya teruskan mendekati golongan wanita muda baik di kampung mahupun mahasiswi.

Saya amat yakin, bukan semua ahli UMNO bermasalah, tetapi yang sedikit ini jika tidak dibendung boleh menjadi barah yang kritikal dalam tempoh masa yang panjang.

Teruslah berpegang kepada perlembagaan UMNO dalam setiap perjuangan kita. UMNO tertubuh demi membela nasib bangsa Melayu dan BN diwujudkan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik. Jika ianya tidak disalahgunakan, UMNO/BN pasti akan relevan sampai bila-bila.

Sumber anakjatimalaya93

MAJORITI SENYAP RAKYAT TIDAK SETUJU HIMPUNAN 505 - AHMAD ZAHID

 
Ahmad Zahid Hamidi


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘majoriti senyap’ di kalangan rakyat tidak bersetuju dengan penganjuran Himpunan 505 oleh pihak pembangkang di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu ini kerana ia tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut sekiranya ia hanya akan menimbulkan kekacauan.

“Jadilah warganegara yang baik dan akuilah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta peraturan yang ada sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Jangan melakukan kekacauan kerana ‘majoriti senyap’ di kalangan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan mereka (penganjur). Jika ada yang masih berdegil, mereka harus ‘membayar dengan harga yang mahal’ (tindakan tegas) jika tindakan dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan 505 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu ini walaupun telah diberi amaran supaya pihak penganjur tidak meneruskan acara berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak polis sudah pun dimaklumkan lebih awal sekiranya terdapat rancangan untuk mengadakan perhimpunan yang bukan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

“Saya telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) untuk menguatkuasakan undang-undang dan saya harap pelaksanaannya dilakukan tanpa campur tangan saya.

“Saya (juga) harap mereka (penganjur) tidak akan ‘membayar sebarang harga’ maka hentikan perhimpunan itu. Dan jika mereka mahu meneruskan juga, tunggulah ‘harga yang mereka terpaksa bayar sendiri’,” tegas Ahmad Zahid.

Thursday, 23 May 2013

TOP STORY KES SOSILAWATI : TERTUDUH DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI


Sosilawati Lawiya




SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

- BERNAMA
Sumber suaragenerasibaru

GEMPAR!!! Mukhriz Cabar Pembangkang Lepas Kuasa Di Pulau Pinang, Selangor & Kelantan






ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.

“Tidak wajar untuk mereka memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang mereka menangi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Mukhriz menyeru Anwar serta konco beliau dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata mereka tidak sepatutnya membazirkan masa menerusi perhimpunan yang boleh merosak keharmonian serta mencalar imej negara, khususnya negeri Kedah yang aman damai.

Mukhriz berkata jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut semalam yang terlalu sedikit jika dibanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti menolak budaya liar yang cuba dibawa penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.

“Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan negeri yang dipilih majoriti rakyat sekarang ialah memenuhi segala aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang, dan memenuhi ikrar melakukan transformasi bagi menjana pembangunan bermanfaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang.

“Sehubungan dengan itu, saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan,” katanya.

SUKAN: HARIMAU SELATAN LEMASKAN KELANTAN DI LARKIN 2-0


Perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia, Johor DT vs Kelantan. Sekali lagi memihak kepada skuad bimbingan Fandi Ahmad menang bergaya membisukan penyokong fanatik Kelantan dengan membenam Skuad Dari Pantai Timur itu dengan jaringan 2-0. 

Jaringan dari pemain sensasi Shahrul Idlan Talaha & Mohd Nurul Azlan Bin Roya berjaya memberikan senyuman lebar kepada penyokong tuan rumah.

Tahniah, semoga terus berjaya . Luaskan KuasaMu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...