Pages

Showing posts with label MAN U. Show all posts
Showing posts with label MAN U. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

SUKAN : MOYES GANTI FURGOOSEN




LONDON — Bekas pengurus Everton yang berusia 50 tahun itu telah menandatangani kontrak enam tahun dengan kelab Old Trafford itu dan akan serta mereka secara rasmi pada 1 Julai selepas mengakhiri musim dengan Everton.

Moyes menerima sokongan padu dari Sir Alex Ferguson yang telah mengumumkan persaraannya pada hari Rabu. Perlawanan pertama Moyes sebagai pengurus adalah dalam perlawanan Kommuniti Shield dengan Manchester City atau Wigan di Wembley pada 11 Ogos nanti.

Sir Alex Ferguson berkata: “Apabila kami bincang tentang calon-calon untuk jawatan ini, kami semua bersetuju bahawa David Moyes adalah yang terbaik.

“David adalah seorang yang mempunyai tahap integriti yang tinggi dan sering bekerja keras. Saya sudah lama minat dengan usaha dan pencapaiannya dan telah bertemunya sejak 1998 untuk memberinya jawatan penolong pengurus. Beliau telah mendorong kejayaan Everton.

“Kami yakin beliau mempunyai kualiti yang diperlukan sebagai pengurus kelab ini.”
Moyes berkata: “Saya bangga telah dipilih untuk menjadi pengurus baru Manchester united.

“Saya gembira yang Sir Alex berpendapat bahawa saya mampu menjalankan tanggungjawab yang besar ini. Sasya amat menghormati segala pencapaiannya.

“Saya tahu ia agak sukar untuk mengulangi pencapaian pengurus terbaik dalam sejarah bola sepak ini, tetapi peluang untuk mengurus Manchester United jarang diberi dan saya tidak sabar untuk mula musim baru nanti.”"Saya telah menikmati masa saya di Everton, lebih-lebih lagi dengan pengerusi, dan pihak pengurusan serta para pemain yang baik.” tambah Moyes.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan yang Everton akan mengakhiri musim dengan cara yang terbaik.

“Saya tidak akan lupakan para peminat Everton yang sentiasa memberi kami sokongan padu mereka.

“Saya tidak akan lupakan Everton seumur hidup saya.”

Jangka masa kontrak Moyes menunjukkan mengapa Jose Mourinho tidak dicalonkan.
Bagi pihak pengurusan Manchester United, mereka anggap Moyes sebagai seorang pengurus yang akan menyesuaikan diri dengan cara yang terbaik kepada tradisi kelab itu.

“Saya telah menegaskan bahawa pengurus seterusnya seharusnya mempunyai latar belakang yang sama dengan Manchester United.” kata Sir Bobby Charlton.

“David Moyes faham aspek yang membuat kelab ini istimewa.

“Kami telah mendapatkan seorang pengurus yang mampu memberi komitmen kepada kelab ini untuk jangka masa yang panjang. Keadaan yang stabil mendatangkan kejayaan.”

Saturday, 6 April 2013

SUKAN : VAN PERSIE TIDAK PERLU REHAT - FERGUSON


Ferguson: Van Persie Tidak Perlu Rehat

ENGLAND — Penyerang Belanda itu telah melalui sembilan perlawanan tanpa jaringan dan hanya menyumbangkan satu gol dalam 12 penampilan terakhirnya bersama United.

Itu adalah jangka masa yang paling lama bagi Van Persie untuk tidak menjaringkan gol sejak beliau tiba di England pada tahun 2004 dan telah menjadi pemain penting setelah beliau berpindah dari Arsenal ke Manchester United. Ramai mengatakan beliau akan menerima anugerah Pemain Terbaik pada tahun ini.

Walaupun beliau tidak dapat menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaanya, usaha beliau untuk menjadi penjaring gol di Sunderland namun gol itu dinamakan sebagai jaringan gol sendiri dari Titus Bramble.

Wayne Rooney akan kembali daripada kecederaan tidak lama lagi dan ia seperti masa yang tepat untuk beri Van Persie rehat.

Namun, Ferguson menyatakan di Older Trafford yang Van Persie tidak akan dapat berehat.

“Robin tidak perlu rehat,” kata beliau.

“Dia seorang pemain yang kuat. Ia amat mengecewakan gol di Sunderland tidak di beri kepadanya – Saya faham kerana gol itu di tepis.

“Ia satu tendangan yang sangat baik.

“Kehebatannya untuk berada di posisi pada masa itu sangat menakjubkan.”

Sebagai bekas pemain penyerang, Ferguson mampu memberi nasihat di masa seperti ini.

Beliau yakin Van Persie akan dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik dan selalu teringat kata-kata bapanya.

“Bapa says selau kata ‘pastikan kamu mengawal bola- jangan menepisnya atau cuba menggunakan tepi kaki untuk menjaringkan gol’,” kata Ferguson.

“Saya selalu memberitahu kata-kata itu kepada pemain penyerang. Jika penjaga gol dapat menangkap tendangan itu, anda boleh katakan ‘tangkapan yang sangat baik’ tetapi jika anda cuba menendang dengan tepi kaki tapi telah ditangkap dengan senang, anda akan di kritik.”

“Dia pasti akan menjaringkan gol. Semua penyerang mengalami masalah ini. Anda harus mengatasi masa itu dan selalu percaya dengan kekuatan dini sendiri.”

Monday, 1 April 2013

MUTAKHIR SUKAN : MAN U TUMBANG DI TANGAN CHELSEA 1-0


Skuad Red Devil terpaksa akur dengan kehebatan skuad The Blues, apabila tumpas dalam saingan Suku Akhir Piala FA 1-0 . Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang sensasi Demba Ba.

Tahniah kepada skuad Rafa Benitez.

Sunday, 31 March 2013

SUKAN : UNITED BERMAIN DUA PERLAWANAN DALAM TEMOH TIGA HARI






SIR ALEX FERGUSON kini berhadapan dengan dilema bagaimana hendak menyusun barisan pertahanannya yang rapuh apabila Manchester United dijadualkan bermain dua perlawanan dalam tempoh tiga hari mulai Sabtu ini.

Kelab itu dijadualkan bertemu dengan Sunderland dalam perlawanan liga perdana pada Sabtu petang dan kemudian pada hari Isnin pula mereka terpaksa berlepas ke London untuk bertemu Chelsea dalam perlawanan ulangan Piala FA.

United perlu terus menang untuk mengekalkan 15 mata di hadapan City dan begitu juga dalam perlawanan FA Inggeris apatah lagi kedua-duanya adalah kejohanan yang masih tinggal untuk mereka memenangi trofi musim ini.

Bekas juara Liga Perdana Inggeris itu telah tersingkir dari persaingan Liga Juara-Juara Eropah dan juga Piala Carling. Sejak beberapa bulan yang lalu Ferguson tidak dapat memilih beberapa pemain penting seperti pemain pertahanan Phil Jones dan pemain veteran, Paul Scholes kerana kecederaan.

Jones, 21, tidak dapat diturunkan sejak perlawanan Piala FA menentang Reading pada 18 Februari lalu.

Ini bermakna pemain England itu sudah tidak bermain selama lima minggu.

Dan Ferguson berharap Jones akan dapat disenaraikan untuk salah satu perlawanan itu nanti.

Sementara itu, Scholes, 38, sudah tidak bermain selama hampir dua bulan selepas mengalami kecederaan lutut yang serius ketika menentang Fulham Januari lalu.

Ferguson berkata yang Paul Scholes kini telah kembali berlatih bersama anggota skuad utama yang lain.

Lain-lain pemain utama seperti Ryan Giggs, Anderson, Nemanja Vidic, Alexander Buttner dan Rafa Da Silva yang tidak terlibat dengan perlawanan kelayakan Piala Dunia beberapa hari lalu bebas dari sebarang kecederaan dan boleh disenaraikan oleh Ferguson.

Dalam pada itu skuad Sunderland bimbingan Martin O’Neill perlu bangkit dari prestasi lembab dan mencatatkan kemenangan jika ingin terus kekal di liga perdana.

Mereka gagal mencatat walau satu kemenangan pun dalam tujuh perlawanan berturut-turut dengan dua pemain utama iaitu Steven Fletcher dan Lee Cattermole disahkan cedera dan tidak dapat bermain dalam kesemua baki perlawanan musim ini.

Sumber suaragenerasibaru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...