Pages

Showing posts with label AZZIMUDIE KIRAM. Show all posts
Showing posts with label AZZIMUDIE KIRAM. Show all posts

Monday, 8 April 2013

LAHAD DATU : ARAHAN TEMBAK KEPALA, PENGGANAS BENAR-BENAR 'KEBAL'.




LAHAD DATU 6 April – Pasukan keselamatan kini menyasarkan kepala musuh untuk ditembak jika berlaku sebarang pertempuran bagi memastikan mereka terbunuh.

Sumber memberitahu, tindakan itu diambil setelah menerima’pengajaran’ sebelum ini apabila kebanyakan pengganas termasuk wanita masih hidup biarpun beberapa kali ditembak pada anggota badan.

“Ada di antara mereka yang jatuh akibat ditembak di badan tetapi bangun semula dan melarikan diri. Ada pula yang langsung tidak jatuh dan mampu melarikan diri seperti biasa.

“Jalan terbaik untuk menghalang mereka daripada mara atau melepaskan diri ialah dengan menembak di kepala bagi memastikan mereka terus mati,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Beliau menambah, pernah berlaku seorang pengganas wanita langsung tidak tercedera biar pun ditembak berkali-kali ketika bersembunyi di salah sebuah rumah penduduk di situ.

“Bagaimanapun, disebabkan keadaannya yang lemah kerana tidak mempunyai makanan, wanita itu tidak dapat melarikan diri dan berjaya ditahan pasukan keselamatan,” ujarnya.

Sumber itu mendedahkan, pihak keselamatan turut giat mencari senjata disembunyikan pihak musuh selepas ada yang menyamar sebagai penduduk tempatan.

“Pengganas Kiram hanya menggunakan senjata lama seperti rifel garand dan senjata buatan sendiri. Begitu pun, senjata-senjata yang dibuat sendiri itu mempunyai ketepatan yang agak tinggi kerana mereka sebenarnya cukup mahir kerana lama terlibat dalam perang gerila sebelum ini.

“Apa pun anggota keselamatan kita tidak sedikit pun gentar. Kebanyakan pengganas ketika ini masih menjadikan kediaman penduduk di kawasan tertentu sebagai tempat persembunyian dan hanya mampu melarikan diri ke hutan atau ladang kelapa sawit sekiranya diserbu,” ujarnya.

Dalam pada itu, prihatin dengan nasib penduduk yang menjadi mangsa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membina penempatan sementara yang lebih selesa kepada penduduk yang terjejas teruk.

Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, penempatan itu diharap mampu memberi lebih keselesaan kepada penduduk berbanding pusat penempatan sementara sedia ada.

“Apabila bertemu dengan kebanyakan mangsa, perkara yang sering ditanya bagaimana nasib mereka yang kehilangan rumah? Kami amat bersimpati dan sedang memikirkan cara untuk menyediakan kehidupan lebih selesa.

“Sebagai contoh, mungkin kita boleh membina rumah panjang sementara rumah mereka dibina semula. Saya sendiri akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku penaung yayasan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman melawat kawasan yang terjejas ekoran pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di sini baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, Sukarti diberi penghormatan oleh 1MDB untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan anggota pasukan keselamatan bertugas.

Mengulas mengenai bantuan diberikan, Shamsul Anwar memberitahu, pihaknya membawa 3,000 kotak makanan berisi barangan makanan asas untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa pencerobohan.

Thursday, 4 April 2013

LAHAD DATU : BUKTI KEKEBALAN PENGGANAS!!!


“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.


Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.


“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.







DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.


Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.


Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.


Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.


Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.


“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.


Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.


Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.


Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.


Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.


Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.


Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.


Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.


Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas

Sumber sinarharian

Tuesday, 2 April 2013

"DATUK SERI" MUHAMMAD RIDZWAN PERNAH BUAT ONAR KETIKA PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH ??!!




Individu yang diminta kesan oleh polis, dikatakan akan ke Bukit Aman esok pagi untuk memberikan keterangan dan menyerah diri. Dalam kenyataan awalnya, Muhammad Ridzwan bagaimanapun, menafikan dia mempunyai hubungan akrab dengan Jamalul Kiram III sebaliknya dia hanya berhubungan dengan SULTAN MUEDZUL-LAIL KIRAM merangkap RAJA MUDA yang kononnya telah diiktiraf oleh Kerajaan Filipina.

Sama ada 'Datuk Seri' tersebut tahu atau tidak, yang pastinya yang dipanggilnya Sultan Muedzul-Lail Kiram itu sebenarnya adalah seorang penipu besar.



Mudarasullail ni confirm PELAWAK kerana ketika saya bersama satu bilik hotel ketika dulu beliau selalu memaparkan cerita lawak tentang dirinya (polis berjawatan DSP di Johor katanya, boleh tampar orang sesuka hati). Mau tak lawak, pada awalnya beliau mengaku Datu Muidzullail Kiram, alih-alih beliau mengubah namanya kepada Mudarasullail pula. Ustaz Hj Abdul Halim Abas Kedah dan saudara Al-Dusuni (perwira Muallaf Sabah dan pengasas Stesen Radio, CahayaFM) yang mengenali beliau, tergelak bila dengar nama barunya kerana jelas penipuan berupa lawak tersebut.


6. MR. MUDARASULAIL @ DATU PAIJAL -- Descent unknown. Outsider & Commoner. Not of Royal blood . He fabricates himself to be a Kiram. Not a descendant or male heir of HM Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). The claims of this man are pure fiction and fantasy made up by his warped and distorted mind. His claim as a datu is questionable and without foundation. He lives in Sabah and works in the police in a lowly position. His claims as sultan are deliberate manipulations to further confuse and destabilize the Sultanate of Sulu. (SUMBER)
Sebenarnya terdapat ramai individu yang mendakwa mereka sebagai Sultan Sulu. Dan individu-individu ini seringkali mencari duit dengan cara yang mudah dengan merapati dan memperdaya orang-orang kaya di Malaysia, terutama sekali yang cukup gila dengan gelaran dan tidak mempunyai usul periksa tetapi mempunyai angan-angan yang cukup tinggi.

'Datuk Seri' Muhammad Ridzwan itu sendiri mempunyai cerita-cerita yang tidak kurang menariknya. Ramai yang mengenali Ayahanda pertubuhan yang meniru PEKIDA itu menyatakan kehairanan bagaimana dia boleh 'berbinkan' Sulaiman sedangkan latar belakangnya, baik sebagai 'MAMAK' apatah lagi 'MELAYU' amat meragukan.

Namun yang pastinya, 'Datuk Seri' ini cukup gemar berdamping dengan mana-mana pemimpin UMNO. Asal ada pemimpin UMNO, asal ada kamera, mukanya pasti akan ada.

Ia samalah macam SAYUTI OMAR dan SYED HUSSIN AL-ATTAS zaman jual cover buku dulu... orang Utara panggil, TERHEMOI-HEMOI.

Gambar-gambar itu kemudiannya dijadikan sebagai modal untuk menunjukkan kononnya dia mempunyai hubungan rapat dengan para pemimpin UMNO.

Namun dalam satu kejadian sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, AYAHANDA inilah yang dikatakan mengamuk dan memecahkan pejabat UMNO kerana gagal mendapatkan duit. Diberitakan dialah orangnya yang mengarahkan semua pintu dan tingkap ditutup sambil menghalang mana-mana individu membukanya dengan gaya samseng!

PDRM pastinya mempunyai maklumat yang lebih lengkap sehingga memerlukan individu ini untuk menyerah diri dan memberikan keterangan yang sewajarnya!

Syabas PDRM... kasi tangkap sesiapa sahaja yang cuba menjahanamkan negara ini dengan apa cara sekalipun, biarpun sebarang gelaran yang mereka letakkan pada awal nama mereka, termasuklah seperti SYED, Al-Attas, Al-Bawah, Al-Tengah dan lebih-lebih lagi Al-Juburi apatah lagi gelaran-gelaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya.

Sumnber theflyingkick

Saturday, 30 March 2013

LAHAD DATU : ANWAR PERLU SEGERA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH


March 29, 2013 · 2 Comments


OPERASI tempur pasukan keselamatan negara di Lahad Datu, Semporna dan kawasan sekitarnya dikhabarkan semakin menghampiri penghujungnya. Kekuatan kuasa tembak paling maksimum dalam sejarah ketenteraan kita yang digunakan sepanjang usaha mengatasi krisis ini, ternyata memang membuahkan hasil.

Penulis katakan paling maksimum dalam sejarah, penulis tak kata itulah paling kuat yang tentera/polis kita ada.

Ini kerana jumlah aset yang digunakan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu ini begitu terhad sekali, tidak sampai 1/3 daripada jumlah kekuatan keseluruhan ATM pun. Bercakap tentang jet pejuang, hanya 8 buah (3 F/A 18D, 5 Hawk 208) dari keseluruhan berpuluh-puluh buah jet pejuang yang kita ada.

Kereta perisai Radpanzer Condor, kurang 30 dari lebih 400 buah kereta perisai jenis itu sahaja yang digerakkan, ACV-300 Adnan hanya 12 dari keseluruhan 311 buah yang dihantar ke Lahad Datu.

Masih ada lagi beratus-ratus buah kereta perisai jenis Daewoo MIFV 200, AFV Sibmas dan Scorpion, pelancar roket berganda Avibras MLRS dan kereta kebal utama MBT Pendekar yang tidak digunakan dalam operasi ini.



Maklum sahajalah, lawan lanun, cukuplah tu. Dengan keupayaan yang begitu kecil pun, sudah ramai Senator di Filipina yang bising, kononnya kerajaan kita menggunakan kuasa tembakyang keterlaluan

Cakap pasal keterlaluan, penulis rasa keterlaluan pulak bercerita tentang aset ketenteraan sedangkan matlamat menulis malam ini nak cerita benda lain.

Apa yang penulis cuba katakan, setelah operasi tempur semakin berkurangan sebab lanun pun dah tak berapa ramai lagi, bolehlah pihak polis menumpukan kepada mencari dalang di sebalik pencerobohan tersebut pula.

Nama paling favorite yang berlegar di kepala penulis ini sudah tentulah Anwar Ibrahim.

Dalang di Filipina kita dah tahu, dalang di Malaysia pun kita dah tahu tapi perlu disahkan sahaja, dengan mendakwa peliwat tua ini ke Mahkamah kerana cubaan menderhaka.

Selain tidak menyokong operasi pasukan keselamatan di Lahad Datu (kecuali dihujung-hujung), sepanjang krisis ini berlangsung, tak sekalipun terkeluar dari mulut Anwar ayat-ayat yang menghentam pencerobohan Sulu ini. Dia tak kutuk Misuari, dia tak kutuk Kiram, askar/polis yang gugur pun dia tak tunjuk simpati.

Dengar kata dia ada pergi ke Sabah baru-baru ini, tapi bukan ke Lahad Datu.

Semua ini sepatutnya menjadi modal permulaan yang kukuh untuk tindakan undang-undang selanjutnya ke atas Anwar. Mesti ada sebab kenapa berat sangat mula dia nak kutuk Misuari dan Kiram. Apa yang dia risau kalau kutuk 2 orang tu, takut 2 orang itu dedahkan peranan dia?

Sumber mykmu

Wednesday, 27 March 2013

LAHAD DATU : RUMAH HANCUR ROSAK DI KG TANDUO - PENDUDUK


LAHAD DATU: Rata-rata rumah di Kampung Tanduo hancur dan musnah selepas pengganas dari selatan Filipina menceroboh dan menawan kawasan yang dijadikan lokasi pertempuran dengan pasukan keselamatan itu sejak hampir sebulan kini.

Ada rumah yang mempunyai kesan tembakan dan pertempuran selain ada yang hanya tinggal tiang, atap atau serba serbi tidak lengkap.

Barang-barang keperluan, harta dan juga dokumen peribadi yang ditinggalkan di dalam rumah juga hilang atau dicuri.

Inilah gambaran yang diberikan dan diceritakan penduduk kepada Bernama selepas 20 ketua keluarga Kampung Tanduo dibawa masuk melawat rumah dan harta benda mereka pagi Selasa.

Pasukan keselamatan pada Selasa membenarkan mereka bersama-sama Pegawai Daerah dan Majlis Keselamatan Negara masuk ke kampung itu buat pertama kali sejak ia dijadikan lokasi pertempuran.

Sewaktu pengganas Sulu mula menceroboh kampung mereka Februari lalu, penduduk berkata mereka melarikan diri sehelai sepinggang kerana bimbang keselamatan dan nyawa terancam.

Asaad Majijil, 70, berkata rumahnya hancur dan dokumen peribadi keluarganya hilang.

“Saya tinggal di sini sejak 50 tahun lepas tapi ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.

“Ia sangat dahsyat dan menakutkan apabila melihat keadaan rumah saya dan sekitarnya tadi. Memang teruk,” katanya yang masih terkejut.

Jirannya, Apollo Hajirun, 42, berkata dua rumahnya hancur termasuk sebuah rumah yang hanya tinggal dinding dan mempunyai kesan tembakan.

Katanya pelbagai harta termasuk keretanya hilang selain barang keperluan turut lesap. Beliau yakin pengganas Sulu itu bertindak sedemikian kerana terdesak hingga mencuri makanan di dalam rumahnya.

Seorang lagi penduduk, Atareh Sabtal, 39, berkata penduduk berharap kerajaan memberi pampasan atau membuat perumahan rakyat kepada mereka.

“Saya tidak mahu tinggal di sini lagi jika tiada pasukan keselamatan menjaga kawasan ini.

“Saya juga tidak mahu tinggal dalam komuniti yang mempunyai musuh dalam selimut, jadi perlu ada sistem perumahan yang teratur,” katanya.

Pasukan keselamatan mula memasuki Kampung Tanduo kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa dengan kereta perisai polis Zabri mengetuai konvoi hampir 20 buah pelbagai kenderaan itu termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beberapa wakil media turut mengikuti konvoi itu secara haram dan mendapati perjalanan dari papan tanda “Ke Kampung Tanduo” hingga ke lokasi mengambil masa kira-kira sejam melalui kawasan ladang kelapa sawit yang tebal dan sedikit berpaya.

Turut kelihatan pekerja ladang yang dibenarkan mula bekerja pada hari ini untuk mengutip hasil kelapa sawit selepas operasi ditutup ekoran insiden pencerobohan pengganas itu.

Beberapa pusat kawalan ATM ditemui ketika perjalanan dengan suasana tenang dan sunyi sebelum konvoi tiba di kampung berkenaan.

Pasukan keselamatan yang menyedari kelibat media kemudian mengarahkan mereka pulang dan rombongan penduduk itu pula pulang ke kawasan pemindahan kira-kira pukul 1 petang.

Dilaporkan, pada 9 Februari lepas, pengganas Sulu memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Pada 12 Februari, penduduk kampung dan nelayan melihat kumpulan pengganas itu lengkap berpakaian ala tentera dan bersenjata berkumpul di kampung mereka sebelum membuat laporan polis.

Pada 1 Mac, anggota keselamatan diserang pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang menyaksikan dua anggota komando polis terkorban, tiga cedera dan 12 pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran setengah jam itu. 



PANAS!!! PEMEGANG RAHSIA BESAR BOCORKAN PERJANJIAN ANWAR DAN MISUARI



Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar
Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara. RPK juga merupakan
orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. 
Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga
Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah
kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang
ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan
sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan
 sendiri oleh RPK dalam temubualnya.


Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu
demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru,
 RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa
 dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila.
On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari
-- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government --
and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the
Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament
 -- another close friend of Anwar-- at the behest of Anwar.

A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and
seal the agreement. Anwar flew to Manila on flight MH 704 and if you were to check
 these flight details you can confirm that Anwar did make this trip, as he did the trip
 to Jakarta just two weeks or so earlier.

In that meeting, Anwar told Misuari that he needs the latter’s help to win the coming
general election. Pakatan Rakyat was confident of winning at least 82-85 of
the 165 seats in West Malaysia. It was the 57 seats in Sabah, Sarawak and
 Labuan that he was not confident of winning.
Seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident

MyMassa kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal.

Tujuan Anwar

Mahu menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara
 82-85 daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai
57 kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP Bn.

Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi.

Keuntungan Bagi Nur Misuari Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan
kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%,
maka kedua negeri itu mempunyaipendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak.Rakyat Filipina yang menyokong
 Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap,
sehingga memudahkan mereka berkerja.

Bagimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan?

Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan
Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar. Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamdkan perjanjian.

Laporan Yang Menyokong Perjanjian ini
Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah
 bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran
 Parlimen Malaysia.Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah.

Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama
bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III
menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas
utama mereka.Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan
termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina
pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.

Seterusnya di sini : http://musramrakunman.blogspot.com/2013/03/4-ogos-2012-mh704-anwar-terbang-ke.html

*Makin ramai blogger yang menyertai gerakan mendedahkan dalan di Lahad Datu
 termasuk Raja Petra. Ayuh rakan-rakan, kongsi dan sebarkan maklumat ini seluas mungkin!

HANGAT!!! ANWAR JUMPA PEMIMPIN FILIPINA




Anda baca dulu laporan di bawah. Di antaranya :

“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. - KeldaianDaily MiM musykil kerana Anwar Ibrahim merujuk kepada zaman beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri iaitu pada 1990-an apabila isu dakwaan penglibatan pakatan pembangkang dengan pencerobohan di Sabah yang berlaku sekarang ini (2013)!

Sila baca dakwaan di bawah :

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. BACA SINI Persoalannya ialah kenapakah Anwar tidak menjawab dakwaan perjumpaan beliau dengan Nur Misuari pada tahun 2012?

Kenapa? Why?

Dan jika pertemuan beliau dengan Nur Misuari pada tahun 90-an di atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri dan Nur Misuari sebagai pemimpin tertinggi MNLF, senarionya sekarang ialah ialah kedua-duanya tiada lagi kuasa eksekutif untuk menentukan sebarang keputusan sama ada di Malaysia dan juga Kepulauan Sulu.

Apakah Anwar akan menjawab persoalan pokok yang bermain di kepala rakyat Malaysia sekarang?

Dan selagi tiada jawapan konkrit, selagi itu juga rakyat akan percaya penglibatan Pakatan Pembangkang dengan penceroboh di Sabah.

 Sumber novandri

Tuesday, 26 March 2013

LAHAD DATU : AZZIMUDIE KIRAM AKAN HADAPI PERBICARAAN ATAS KESALAHAN JENAYAH - PEGUAM NEGARA

gani-patail-july27
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.

“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak… dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.

Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...