Di saat ini majoriti rakyat Malaysia
sedang memberikan tumpuan kepada isu pencerobohan bersenjata sekumpulan
warga Filipina di Lahad Datu. Ada yang melahirkan rasa bimbang, takut,
sedih, simpati dan tidak kurang juga berdoa agar kemelut di Sabah ini
dapat diselesaikan secepat mungkin.
Namun, masih ada di kalangan mereka yang
begitu biadap dalam mengeluarkan pendapat berhubung kemelut terbabit.
Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ditanya oleh portal rasmi PKR,
Keadilan Daily menegaskan insiden tersebut adalah merupakan satu
konspirasi terancang oleh pihak pemerintah BN/Umno.
Kenyataan yang tidak sensitif itu,
benar-benar mengejutkan semua pihak, kerana merasakan kemelut Lahad Datu
adalah merupakan isu dan keselamatan negara yang tidak wajar untuk
dipolitik. Apa yang menghairankan, sebagai ahli politik Tian Chua
dilihat tidak bijak kerana ia bukan sahaja mengakibatkan kemarahan
rakyat, malah dilihat boleh menyebabkan kemerosoton sokongan pengikut
pakatan pembangkang.
Namun demi menyelamatkan survival
pakatan pembangkang khususnya politik Anwar Ibrahim, Tian Chua terpaksa
mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan sekiranya diteliti, ia adalah
merupakan satu strategi biasa untuk menyalahkan kerajaan dalam segala
hal dan di masa yang sama menyelamatkan pakatan atas tindakan yang
dilakukan sebelum ini.
Kemelut pencerobohan bersenjata di Lahad
Datu sehingga kini telah mengorbankan seramai 7 orang perwira dari PDRM
yang turut ditanggisi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.
Sebelum ini rakyat, telah dikejutkan
dengan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, yang merupakan agensi
berita antarabangsa paling berpengaruh berpengkalan di London mengenai
penglibatan pembangkang di negara ini berhubung isu Lahad Datu.
Tidak cukup dengan itu media-media rasmi
Filipina turut melaporkan perkara sama, yang memetik sumber dari
perisikan tentera negara tersebut. Mereka melaporkan Anwar Ibrahim
adalah merupakan dalang terhadap tragedi pencerobohan bersenjata itu.
Walaupun Anwar cuba menafikan
penglibatannya terhadap isu ini, namun sekiranya dilihat secara
keseluruhan, dakwaan tersebut mempunyai asas kebenarannya. Bagi yang
tidak mengikuti perkembangan politik tanahair, Anwar sebelum ini sering
mendakwa peluang pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN/Umno
adalah cerah walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya.
Ini disebabkan faktor sokongan rakyat di
Sabah yang dikatakan telah mula cenderung menyokong ideologi mereka. Di
tambah dengan isu kalimah Allah yang secara khususnya untuk menarik
simpati pengundi Kristian di negeri tersebut termasuk Sarawak. Ini
kerana umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah merupakan faktor
penentu kepada hala tuju politik di negara ini kerana sokongan mereka
akan menentukan kerajaan di Putrajaya.
Modus operandi mereka mudah, kerana
Anwar juga sedar kekuatan mulutnya dalam menabur pelbagai janji seperti
yang dilakukan terhadap rakyat di negara ini mampu diguna pakai untuk
isu Filipina.
Tambahan pula mengikut perkiraan
statistik, peratusan rakyat Sabah berbangsa Sulu adalah di anggarkan
seramai 60 ribu orang. Dengan kemasukkan penceroboh bersenjata yang
mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu ini diharapkan dapat
memberikan undi simpati kepada pakatan pembangkang yang dikatakan
menyokong gerakan ini.
Atas faktor hubungan dan pertalian
saudara di kalangan rakyat Filipina dan Malaysia yang berbangsa Sulu,
maka sudah tentu pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim
mengharapkan ia akan dapat memberikan kelebihan kepada gerakan
pembangang.
Kesimpulannya, hanya untuk memastikan
matlamat untuk ke Putrajaya tercapai, Anwar tergamak bersekongkol dengan
siapa sahaja, walaupun ia terpaksa mengorbankan nyawa rakyat negara
ini. Persoalannya mampukah rakyat menilai dan sedar akan pendekatan
‘matlamat menghalalkan cara’ ini?
Sumber KLIK suaragenerasibaru
Insyallah Terima Kasih Tuan kerana beri kerjasama.
ReplyDelete