Selepas Johor, Kepimpinan Pas Kedah Pula Dilanda Badai

Selepas kemelut yang melanda antara
kepimpinan DAP dan PKR Johor, pakatan pembangkang sekali lagi berdepan
dengan masalah perpecahan di kalangan ahli penyokong menjelang
pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Insiden
terbaru ini melibatkan antara penyokong dan pengikut Pas di Kedah yang
secara terbuka menolak kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak. Kumpulan tersebut dikatakan telah mengadakan
demonstrasi aman dan turut mengumumkan menutup unit peti undi di
beberapa kawasan sebagai tanda bantahan.
Umum mengetahui sejak Pas pimpinan Pas
menerajui kerajaan Kedah, wujud pelbagai isu dalaman sehingga membawa
kepada perpecahan. Di kalangan pimpinan Pas negeri wujud beberapa
kelompok dan puak yang saling bercakaran antara satu sama lain.
Satu kumpulan dikatakan menyokong penuh
kepimpinan Azizan dan di satu pihak lagi menolak pendekatan Azizan yang
dikatakan lemah dan tidak menguntungkan pakatan di negeri Jelapang Padi
itu.
Kemelut perpecahan Pas di Kedah meletus
bila mana Datuk Ir Phahrolrazi mengetui sekumpul pemimpin untuk menolak
perlantikan semula jawatan Exco Kedah sebagai tekanan kepada kerajaan
negeri. Namun hasil campur tangan Pas pusat, drama pepecahan tersebut
berjaya ditamatkan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar.
Namun begitu, ianya tidak berhenti
setakat itu sahaja, bilamana tidak lama selepas itu beberapa ketua
pemuda Pas kawasan bangkit mempertahankan Ustaz Azizan. Mereka mengesa
agar pimpinan Pas pusat mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa
kumpulan pemimpin yang dilihat cuba mensabotaj kepimpinan Menteri Besar.
Beberapa laporan polis juga pernah
dibuat dan meminta agar pihak berkuasa seperti SPRM menjalankan siasatan
terhadap beberapa Exco yang dikatakan telah melakukan penyelewengan. Ia
ekoran dari laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara terhadap
kegagalan pihak kerajaan negeri berhubung isu perumahan rakyat kos
rendah.
Kelibat Azizan di salah satu program
anjuran BN yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri turut dijadikan isu
oleh ‘orang-orang tertentu’ di dalam Pas negeri sebagai tindak balas
sebelum ini. Isu tersebut dimainkan hampir saban hari, dan dijadikan
sebagai modal mereka di markas bagi mempengaruhi ahli akar umbi,
kononnya ustaz Azizan condong dan pro kepada BN/Umno.
Pas pusat sebelum ini juga, terpaksa
mengeluarkan beberapa kenyataan bagi menafikan sekaligus menutup isu
tersebut dari terus diperkatakan. Namun seperti kata pepatah ‘bangkai
gajah, masakan dapat ditutup dengan pelepah kelapa’ isu dalaman ini
semakin menjadi perbualan hangat dan menarik minat ramai penganalisa
politik.
Menurut sumber, kepimpinan Pas negeri
Kedah turut menerima tekanan dari pimpinan pakatan pembangkang pusat
khususnya DAP dan PKR. Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan
beberapa pendekatan ustaz Azizan yang dikatakan bercanggah dengan
keputusan pakatan pusat.
Isu KUIN sebagai contoh, beberapa
pimpinan PKR dan DAP pusat dikatakan menyelar tindakan ustaz Azizan
ekoran keputusan penggantungan sekumpulan penuntut yang dikatakan
bercanggah dengan kandungan ‘Buku Jingga’.
Tidak cukup dengan itu, keputusan
kerajaan negeri berhubung isu ‘garis panduan hiburan’ turut menerima
kritikan dan desakan sehingga menyebabkan Azizan terpaksa akur dan
menarik kembali keputusan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Ibarat retak menanti belah, ketika ustaz
Azizan menerima tekanan demi tekanan dari pimpinan parti gabungan, baik
pimpinan Pas negeri mahupun pusat seolah-olah mengambil pendekatan
lepas tanga. Tiada sebarang kenyataan mempertahankan atau membela ustaz
Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Negeri.
Inilah realiti yang perlu dilihat oleh
rakyat dan masyarakat. Parti yang selama ini melaungkan slogan Islam
sanggup membiarkan pemimpin, penyokong atau mana-mana ahli tanpa
sebarang pembelaan sekiranya dilihat cuba menguris hati dan perasaan
pemimpin di dalam DAP dan PKR.
Dan yang paling penting, mereka tergamak
malah sanggup mengambil keputusan memecat mana-mana ahli tanpa mengira
jawatan sekiranya dilihat melukakan hati insan bernama Anwar Ibrahim
yang pernah mendapat jolokan ‘anugerah tuhan’!!!
Sumber Klik http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70057
No comments:
Post a Comment