Pages

Monday 18 March 2013

ANWAR SEORANG PEMIMPIN MUNAFIK




Seperti sudah menjadi lumrah, tiap kali Anwar membuka mulutnya di luar negara atau berdepan dengan media antarabangsa pasti akan ada kenyataan yang bercanggah dengan pendiriannya ketika berceramah dan berdepan dengan rakyat negara ini. Terbaru, ketika bercakap kepada The Sydney Morning Herald(SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang Lynas sekiranya siasatan awam mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.



Selain dari itu sebelum ini ketika ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal(WSJ) Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel yang akhirnya menimbulkan kemarahan dan kecaman masyarakat di Malaysia.

Manakala ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” diLondon School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, Anwar secara jelas menyatakan pendiriannya menyokong fahaman ‘pluralisme’. Ia merupakan satu ideologi yang menyamaratakan semua agama dan tidak ada mana-mana agama yang lebih benar daripada agama lain.

Pendirian yang mengatakan semua agama adalah benar adalah merupakan satu pendapat yang di tolak oleh Islam dan mereka yang mengambil pendirian tersebut boleh dikategorikan sebagai MURTAD.

Ia hanya merupakan satu contoh kecil yang pendirian Anwar yang boleh di ibaratkan sebagai ‘sesumpah’ dan munafik. Ini kerana ketika berdepan dengan satu golongan kenyataan Anwar akan selari dengan pendirian kumpulan tersebut dan akan berubah sekiranya berhadapan dengan kumpulan yang lain.

Namun apabila di persoalkan, Anwar dengan pantas akan mengatakan ia adalah merupakan salah BN/Umno, walaupun bukti dan fakta jelas menunjukkan ia adalah merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar.

Sebagai contoh mudah, kenyataan berhubung pluralisme adalah merupakan ucapan yang diambil dari blog rasminya dan bukannya diperolehi dari sumber lain. Masakan teks ucapan yang dikeluarkan oleh pihaknya sendiri boleh dikaitkan dengan BN/Umno?

Apabila sesuatu isu dilihat mendapat bantahan dan kecaman dari masyarakat maka Anwar dengan pantas akan mencari isu lain yang boleh digunakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat. Manakala ketika menyampaikan ceramah dia akan segera mengulas pendek bagi mempengaruhi masyarakat bahawa dirinya adalah merupakan mangsa fitnah.

Dengan berbekalkan beberapa baris ayat Al-Quran yang digunakan sebagai selingan, nama tokoh-tokoh Islam seperti Yusuf al-Qaradawi pula akan ‘dilacurkan’ semata-mata untuk memastikan para penyokongnya terus terpedaya.

Lihat sahaja bagaimana dia memperbodoh dan mengunakan Hadi Awang sebagai ‘kambing hitam’ berhubung isu kalimah Allah. Apabila melihat tentangan hebat dari majoriti masyarakat Islam dengan pantas kesalahan diletakkan keatas bahu Presiden Pas itu.

“Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan,”.

“Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

Kesimpulannya, selagi cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri belum tercapai, maka masyarakat khususnya para penyokongnya akan terus tertipu dan dipedaya dengan dakyah-dakyah songsang yang adakalanya jelas bertentangan dengan akidah.

Ia selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin Malik ra, “Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila dibandingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat-kedudukan dalam merosakkan agamanya.” (At-Tirmidzi)

Sumber KLIK suaragenerasibaru

1 comment:

  1. Sudah terang lagi bersuluh. DSAI bukan pemimpin yg perlu kita ikut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...